Saturday, April 3, 2010

Berakhir sudah...

Alhamdulillah kelas sudah selesai untuk semester ini. Ini bermakna aku sudah tidak ke kuliah lagi. Berakhirnya pembelajaranku di UPSI. Cuma hanya tinggal projek yang perlu kusiapkan. Tamat semester ini bermakna aku akan meninggalkan rumah sewaku di taman u, tinggalkan rakan-rakan pengajianku yang lain yang masih tidak menghabiskn subjek-subjek yang tinggal, tinggalnya asemen-asemen yang telah aku tempuh selama ni, tinggalkan aktiviti-aktiviti rutinku seperti menghadiri ke kelas, menyiapkan asemen dan berjaga malam. Segalanya terpahat dalam ingatan. Itulah kenanganku di upsi dalam masa yang singkat aku berada disini. Sekejap kurasakan masa berlalu biarpun semasa melaluinya kurasakan masa itu amat lambat, tetapi kini aku hampir-hampir sampai kepenghujungnya. Alhamdulillah. Biarpun bermacam-macam perkara telah berlaku sepanjang aku berada di sini namun aku semakin hampir untuk sampai ke titik noktah dunia master ini. Moga-moga yang hujung ini juga boleh mencatat sejarah lagi dalam hidupku sebagai penutup bagi pengajian ini. Amin.....Berakhirnya semester ini, aktivitiku akan berubah. Semoga aku dapat menempuh hari-hari yang mendatang dengan lebih tabah....

2 Comments:

  1. cik gha said...
    tingalkan sy..huhu
    yuhazlina said...
    jgn sedih...sedih..kyus akan sentiasa melawat(^_^)

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online