Wednesday, December 8, 2010

Sempurna Akhirnya....

Alhamdulillah, sempurna akhirnya... Setelah sekian lama berhempas pulas, akhirnya dihimpunkan menjadi satu. Dijilidkan, dan dijadikan bahan primer. Sungguh bersyukur tidak terkata..Segala penat lelah telah membuahkan hasil. Walaupun pada awalnya hampir berputus asa, dengan berkat kesabaran dan dorongan ibu bapa akhirnya tamat sudah pengajianku ini dengan jayanya. Boleh dikatakan agak baik dengan PNGK yg boleh dikatakan agak tinggi, Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi..Bagaimana hala tujuku selepas ini..Berusaha untuk mencari pekerjaan yg lebih baik dan berserah kepada-Nya..Cuma satu tapak lagi yg tinggal tapi aku cuba pendamkan dulu. Mencari pekerjaan dan sebuah kehidupan yg membahagiakan yang pasti setiap orang inginkan. Membalas jasa ibu bapa yang banyak berkorban biarpun mereka tidak minta untuk dibalas....Jasamu dikenang sampai bila2....


0 Comments:

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online