Friday, February 18, 2011
Wah entri kali ni, aku nak cite pasal student akulah pulak. Tak pernah lak aku cite pasal student aku. Dah nak sebulan aku keja kat sini. Kena lak ngajor math, budak-budak sem 1. So, x banyaklah peel sangat sebab budak-budak lagikan. Tapi itulah aku terpaksalah expres rakyat sebab banyak sangat dorang tertinggal silibus. Salah aku ke???Dah sebulan student masuk, subjek x diajar lagi. Pastuh kesannya kat akulah, kena ajor dgn cepat. Faham ke budaknya. Nasiblah dorang. Apapun aku cuba untuk memahamkan dorang. Kena ngjor 3 group and overall student 90++. Aku bab mengajor nih memang seronok, memang minat aku dari dulu. Tapi aku x taulah pulak kalau aku ngajor syok sendiri ke apa?? Setiap kali aku ngajor mesti aku tanya faham ke tak..Semua cakap faham. Faham!!! Faham miss.. Siap aku suh dorang buat kat depan lagi, x kira time turotial ataupun lecturer. So, bila buat kat depan semua betul lak tuh. Pelik aku. Tapi bila time quiz....fuh memnag mengecewakan. Sebab apa?? Sebab tak dapat menepati piawai aku...Faham ke tak dorang nih bila aku ajor. Confius aku. Nak kata bagi soalan susah, biasa2 je, format dia, standard final. Simple je...tapi nak buat macam mana. Apa inisiatif aku yer pas nih. Nak kata x bagi latihan semua aku bagi. Pening aku. Nak pergi kat setiap student, manalah aku sempat. Aduih... macam mana nih. Pening2...Aku kalau nak, and kalau boleh, semua nak lepas. Mudah2 an dorang berjaya subjek yang aku ajor nih.
Friday, February 11, 2011
Sepanjang 3 minggu aku keja, mesti aku balik umah je, rehat-rehat jap, pastuh mata aku mesti berat. Biarpun malam masih awal. Mata aku ni seakan terkatup rapat. Fuh memang sangat penat bekerja, tapi aku seronok. Mungkin itu minat aku. Nape aku kata penat??Sebab aku kena ngajor 26 jam seminggu. Sampai tak da suara dibuatnya. Adoila..apa2pun aku dapat claim.Hi3. Yang penting aku dapat tunaikan tanggungjawab aku. Dan yang penting budak-budak faham. Itu yang aku paling puas hati. Aku open minded, student boleh tanya apa sahaja bila time lecturer ur time tutorial. Kalau boleh aku nak suh dorang faham time tu jugak.
Sepanjang 2 minggu aku dok kat umah ni, tak pernah ada gangguan selama nih. Biarpun aku selalu terjaga pada waktu malam. Malam tadi disebabkan aku terlalu penat, pas magrib aku terus tido. Penat sebab apa pun aku tak tau sebb aku kelas 2 jam je. Memang mata nih x boleh nak buka rasanya. Aku set jam 10 mlm, mlsnya aku nak bangun. Sambung tido lagi. Tiba-tiba dalam kul 11 lebih, aku bunyi berdentum-dentum, bunyi apakah itu. Kuat memang kuatlah. Dunia nak kiamat ke? Pas tuh aku dengar bunyi percikan api. Banyak kali macam tuh. Setiap kali itu aku sedar. Nak marah ni bila tidoku terganggu. Adoila. Last2 aku tak leh nak tido. Nak wat ape erk. Mujurlah aku bawak balik kertas2 student , dapat jugak aku tanda. Sampai nak dekat kul 1 rasanya bunyi tuh. Memang mengganggu betullah, spoil aku nk tido, Dahlah aku dok sorang2. Hu3. Aku saja yang dengar atau orang lain pun dengar gak. Aku pun tak pasti.Bunyi apa yer. Sebb sebelum nih aku tak pernah dengarpun. Orang pecahkan batu ke???Apa-apapun aku memang ingat lagi bunyi-bunyian semalam. Hu3. Mungkinkah ada lagi selepas ini??
Wednesday, February 2, 2011
Pagi tadi aku down giler, bila dengar abang aku tak jadi nak balik. Mujur aku tak dak kelas, hari ni pun malas aku nak buat keja, biarpun keja berlambak-lambak, tapi disebabkan aura cuti, jadi aku malas nak buat keja, pastuh bila dengar abang aku kata tak jadi nak balik, lagilah malas aku nak buat keja. Perasaan bercampur baur. Kepada abangku, memang aku merajukpun tadi..Ha3..cuma aku tak mengaku je. (Tak malu betul, dah besar2 nak merajuk lg). Selagi aku belum kawen, aku kecik lagi ok. Terus aku tepon umh, kata nak drive sendiri, tapi aku tak berani nak cakap dengan abh, so aku cakap dengan ma je. Dapat dengan tunangku, sanggup nak tunjuk jalan dari seremban ke karak. Aku kata dari sampai karak baik hntr ke rumah terus. Hu3. Jadi, esok aku kena drive sorang2 dari seremban ke Uj. Biarpun aku tak tau jalan. Aku kena cuba. Bila lagikan. Sesat pun sesatlah, tapi mintak2 lah x sesat. Semoga Allah permudahkan perjalanan aku esok. Apa2pun aku pasti boleh untuk menempuh hari esok. Moga aku selamat sampai ke kg halaman esok.
Tuesday, February 1, 2011
Wah....sejak tahun baru 2011 azam aku x nak makan nasi. Boleh percaya ke??Ini gara-gara nak kurus punya pasal. Kononnya nak jadi pengantin yang cantik di hari yang bersejarah. Tapi setakat 2 minggu je aku tak sentuh nasi. Tahan jugak aku nih. Pastuh aku makan nasi semula, sebab apa??Sebab aku dok umh orang. Tiap2 pagi dibelikan nasi lemak, kemudian tghari mkn dengan kawa-kawan sekerja, dan petang mkn nasi lg. Tak kan aku nak jadi katak di bawah tempurung, so kena joint sekalilah. Untuk merapatkan talian silaturrahim. Jadi, 3 kali aku makan nasi. Alamak habislah diet aku. Tapi bila aku diet, aku tak boleh rasanya sebab aku kena mengajar. Tak ke pengsan aku nnti. Dahlah banyak jam aku kena ngajar. Jadi sekarang stail aku, tgahri pasti kena mkn dengan kadar yang sedikit. Yang aku happynya bila, aku dh x diet nih, berat aku still dh x naik, makin turun ada. 4 kg aku turun. Bahagia aku rasa... Sekarang misi aku lagi 4 kilo. 4 kilo untuk turun bukan untuk naik, okey. Mungkin disebabkan aku tension jadi berat aku menurun. Apapun aku happy sebab berat aku dah turun.