Friday, February 11, 2011

Ganguan Di Waktu Malam

Sepanjang 3 minggu aku keja, mesti aku balik umah je, rehat-rehat jap, pastuh mata aku mesti berat. Biarpun malam masih awal. Mata aku ni seakan terkatup rapat. Fuh memang sangat penat bekerja, tapi aku seronok. Mungkin itu minat aku. Nape aku kata penat??Sebab aku kena ngajor 26 jam seminggu. Sampai tak da suara dibuatnya. Adoila..apa2pun aku dapat claim.Hi3. Yang penting aku dapat tunaikan tanggungjawab aku. Dan yang penting budak-budak faham. Itu yang aku paling puas hati. Aku open minded, student boleh tanya apa sahaja bila time lecturer ur time tutorial. Kalau boleh aku nak suh dorang faham time tu jugak.

Sepanjang 2 minggu aku dok kat umah ni, tak pernah ada gangguan selama nih. Biarpun aku selalu terjaga pada waktu malam. Malam tadi disebabkan aku terlalu penat, pas magrib aku terus tido. Penat sebab apa pun aku tak tau sebb aku kelas 2 jam je. Memang mata nih x boleh nak buka rasanya. Aku set jam 10 mlm, mlsnya aku nak bangun. Sambung tido lagi. Tiba-tiba dalam kul 11 lebih, aku bunyi berdentum-dentum, bunyi apakah itu. Kuat memang kuatlah. Dunia nak kiamat ke? Pas tuh aku dengar bunyi percikan api. Banyak kali macam tuh. Setiap kali itu aku sedar. Nak marah ni bila tidoku terganggu. Adoila. Last2 aku tak leh nak tido. Nak wat ape erk. Mujurlah aku bawak balik kertas2 student , dapat jugak aku tanda. Sampai nak dekat kul 1 rasanya bunyi tuh. Memang mengganggu betullah, spoil aku nk tido, Dahlah aku dok sorang2. Hu3. Aku saja yang dengar atau orang lain pun dengar gak. Aku pun tak pasti.Bunyi apa yer. Sebb sebelum nih aku tak pernah dengarpun. Orang pecahkan batu ke???Apa-apapun aku memang ingat lagi bunyi-bunyian semalam. Hu3. Mungkinkah ada lagi selepas ini??

1 Comment:

  1. cik gha said...
    smbut cny tu...

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online