Wednesday, December 28, 2011

Baik Berpada-pada

Dah lama aku tak dapat upah untuk membuat SPSS. Akhirnya aku dapat upah untuk membuat analisis data melalui instrumen soal selidik, tetapi dengan perantaraan orang. Aku menganalisis seperti biasa. Kalau ada keraguan maklumat yang diberi aku menanyakan dengan orang perantara. Akhirnya analisis data sudah siap. Biasanya setelah analisis data, baru aku letakkan harga, lihat pada kesukaran dan bilangan soalan yang hendak dianalisis juga aku mahu mereka puas hati dengan apa yang aku buat. Mana tau ada pembetulan ataupun apa-apa yang perlu ditambah. Setelah aku menetapkan harga, selalunya 2-3 ari bayaran di masukkan ke dalam akaunku. Selalunya mereka kaan menanyakan dulu mengenai bayaran, tapi aku tak letakkan dulu, dengan aku memang aku tak letakkan mahal, selalunya separuh harga lg murah daripada orang lain. So jangan risau, semua orang mampu untuk membayarnya.

Setelah lebih 10 data orang aku buatkan, tapi kali ini tidak seperti selalu. Aku selalu percaya, kalau kita baik hati, mesti orangpun baik dengan kita. Kita tolong dia, mesti dia tolong kita. Apa yang aku buat selalunya, adalah analisis untuk tesis sarjana. Aku menolong mereka untuk menghabiskan pengajian mereka. Tapi lain berlaku kali ini, dia tak membayar langsung atas apa yang aku buat. Bila dah terkena sekali, selepas ini aku akan terus menetapkan byran dan byr terus baru aku merelakan diri untuk menganalisis data tersebut. Bila dah terkena sekali , aku tak nak pisang berbuah dua kali. Mungkin orang pernah berkata-kata"Baik berpada-pada". Pernah orang yang menghantar data padaku, katakan padaku,

"Akak ni baiklah, biarpun bayaran sudah dibuat, masih tanya ada masalah lagi tak tentang data tuh, kadang-kadang bila upah dah dapat tak dihiraukan terus"
.
Aku berlainan, biar semua complete dan berjaya dalam menghabiskan tesis baru aku rasa puas hati, sebab hasil kerja kita ada dalam tesis orang lain. Itulah prinsip aku. Bila aku baik, jadi macam tu pula. Jadi selepas ini, aku tetapkan harga, bayar dahulu, baru aku buat. Ini sebab kita tidak kenal orangnya. Selalu urusan melalui pejabat pos untuk mengepos data-data dan melalui telekomunikasi handphone sahaja. Sebelum ini, aku berani ambil risiko, kita percayakan orang lain. So dia akan membayar setelah kita settlekan kerja dia, tapi tidak lain kali. Itu juga merupakan dapatan sampingan aku sejak 2 tahun yang lalu.

0 Comments:

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online