Tuesday, December 6, 2011
Aku berjalan lagi, 30 hb July aku perlu menghadiri majlis konvokesyenku sendiri. Penantian selama hampir 6 bulan untuk tunggu majlis konvo diadakan. Kami bertolak pada jumaat petang bersama parents, manakala husbandku menaiki bas dari Batu Pahat. Sampai di Tanjong Malim, jam 6 petang. Setengah jam berehat di rumah abang, aku dan adikku pergi berjalan di pekan Tanjong Malim. Almaklumlah dah lama tak ke sana. Berjalan sakan, tak kira penat. Mencuci mata, melihat pakaian -pakaian di sana dengan harga yang murah-murah...Akhirnya aku tersangkut jugak dengan satu pasang baju....Berbaloi dengan harganya..Berbelah bagi untuk membeli....Dengan pejam mata, akhirnya aku membeli juga baju tuh.... Kemudian kami pergi ke pesta konvo pada malamnya. Berjanji bertemu dengan abg n akak iparku di sana. Makan-makan dan jalan-jalan, smbil2 aku menunggu husbandku sampai. Adikku pulang dengan abangku.
Aku menunggu husbandku hampir 30 jam jugak rasanya. Hampir jam 11.30 p.m, husbandku baru sampai naik tren....Padanlah lama, rupa-rupanya terkandas di KL Sentral. Kami pergi ke rumah abang, untuk makan malam dan ,mengambil jubah ku untuk kupakai esok pagi. Kami tido di Sahara Inn. Disebabkan umh abangku penuh org...Balik2 terus tido. Masing-masing keletihan Keesokannya kami pergi ke majlis konvokesyen, agak lewat, kesian mak n ayahku menunggu, Hampir 7.15 a.m baru kami sampai. Sarapan pagi dahulu. Kelam kabut dibuatnya. Sampai di UPSI, aku terus melaporkan diri. Manakala mak n husabandku masuk ke dewan, dan ayahku pulak tak tahu kemana. Berasa berbangga dengan usaha ku selama ini. Akhirnya aku memperolehi Master. Tinggal setapak lagi ....Yang itu akan ku fikirkan kemudian. mahu berehat seketika.
Setelah tamat majlis konvokesyen, sesi bergambar bermula. Tak berapa happy, sebatch denganku tak ramai. Jadi aku hanya menangkap gambar bersama family dengan husbandku sahaja. Husbandku menghadiahkan bunga...Bestnya dapat meraikan dengan husband...Abangku pulak tak sampai2 lg , padahal juru kamera.....Rupanya-rupanya lama untuk membeli bunga...Selesai bergambar di dalam UPSI bersama parents, akhirnya kami pergi ke proton city untuk mengambil gambar sebab pemandangan yg cantik...Konon2 gambar outdoor, gitu. Tahulah orang tu hantu bergambar (mengata diri sendiri). Pantang depan kamera, asik nak berposing je....Untuk kenangankan, bila lagi time nilah. Penat bergambar pada hari yang panas yang terik, akhirnya kami balik ke kalumpang untuk mengisi perut. Baru teringat lapar. Masa bergambar tadi, tak ingat pulak.
Sambil-sambil makan, trnfer terus gambar dan terus upload di fb....Tak tahan. Adikku memujuk untuk pergi ke Kuala Lumpur, walhal dh kepenatan. Dok melayan karenahnya, husbandku masih larat untuk memandu, akhirnya jam 3.30 kami bertolak....Destinasi sbnrnya Sogo saja (Sebab ada Sale besar-besaran). kami pergi berempat, bawak anak sedara sorang.. Sampai jam 5...Kami ke Sogo sampai jam 7. Betapa ramainya orang..Nak membeli barang-barang bersesak-sesak. Masing-masing dapat barang. Almaklumlah sale. Kemudian kami pergi ke Jalan TAR mencari tudung yang dikirim oleh adik ipar..Badan dah terasa penat, tapi digahkan juga.Di Jalan TAR, ramai jugak orang sebab ada pasar malam.nak pengsan rasanya. Jadi kami hanya mencari barang yang dikirim sahaja. Tak larat untuk survey barang lain.....Jam 9 baru kami bertolak balik, dengan mengharungi jemnya...Fuh...sgt kepenatan...Hampir jam 11 sampai dirumah, isi perut dan balik ke hotel semula...
Keesokannya, kami hanya duduk di hotel merehatkan diri, sebelum kami pulang ke Pahang. Pagi kami makan di kedai mamak bawah, malas nak ke Kalumpang. Masa nak balik nnti singgah ambik mak, ayah n adik. Sebelum balik, aku ambil gambar konvokesyen ku di UPSI. Mals nak menyusahkan akak iparku. Cuma jubah tak sempat aku nak hntr. Mujur gambar yang diambil cantik dan kau berpuas hati. Kemudian kami pun pulang. Macam sardin rasanya..Penuh 5 orang..masa datang hanya 4 orang....Selamat sampai di ulu jempol....
Keesokkanya pula 1 Ramadhan, first time bersahur dengan husband sekali. tapi tak berkesempatan untuk berbuka bersama. Johor esok cuti. Jadi husband balik pada hari Isnin, dan aku menghntrnya ke Temerloh...