Wednesday, December 14, 2011
Bulan Ramadhan menjelma. Kami masih lagi berjauhan. Sentiasa bergilir di hujung minggu untuk pulang ke rumah sama ada di pahang atau di johor. Minggu pertama puasa, aku pulang ke Johor. Sudah menjadi tradisi di sana, tibanya bulan Ramadhan 'ngunjung' pasti akan dibuat. 'Ngunjung merupakan satu amalan di mana, kita memasak dirumah dan akan memberi kepada penduduk kampung'. Mak telah memilih minggu pertama untuk buat 'ngunjung'. Kerana minggu -minggu terakhir penuh dengan aktivit 'ngunjung'. Kadang kala dalam sehari boleh 4-5 penduduk kampung akan buat 'ngunjung'. Maksudnya tak perlu memasak untuk berbuka puasa kerana di meja penuh dengan pelbagai juadah. Bermula dari pagi sampai ke tengahari kami memasak. Memang agak penat. Memasak untuk 50 orang dengan pelbagai menu....Tanpa rehat. Kemudian diagih-agihkan pada saudara mara dan penduduk kampung. Puas hati juga, dan seronok bila bab masak-masak nih. Berminat tapi belum mahir lg dengan masakan Johor...Ahad, seperti biasa aku pulang ke pahang semula menjalaani kehidupan rutin seperti biasa.
Minggu berikutnya husbandku pula balik ke Pahang. Kebetulan time tuh aku demam, jadi x sempat aku nak bawak ke bazar ramdhan, hanya pergi ke klinik sahaja. Demam time puasa yang tak best, badan pulak kelesuan. Dugaan di bulan Ramdhan. Nampaknya puasa kali ini, aku berpuasa di Pahang dan Johor bersama family, tak perlu aku berbuka puasa keseorangan di rumah sewa ataupun dengan teman-teman seperti aku belajar dan bekerja dahulu.