Thursday, December 29, 2011
Akhirnya AidilFitri 2011 menjelma. Aku beraya di Batu Pahat dahulu baru di Pahang. Kami tidak menghadapi masalah untuk beraya di mana dulu. Lagipun ma sarankan beraya di Johor dahulu, disebabkan kami tidak sempat menziarahi saudara- mara selepas kami berkahwin. Lagipun abang-abangku beraya di Pahang. Akupun jenis tak kisah. Yang pasti setiap raya, kami mesti beraya di kedua-dua tempat.
Suasana hari raya berbeza. Masakan juga berbeza. Di sini, masakan tradisional seperti ketupat, lontong dan kuah lodeh pasti ada. Manakala di Pahang, menu utama kami adalah nasi impit, kuah kacang dan nasi dagang. Awal pagi, kami bersalam-salaman memohon kemaafan antara satu sama lain. First time aku beraya dengan status isteri dan bersalaman dengan husbandku di pagi raya. Di Johor, saudara mara ramai datang menziarahi antara satu sama lain. Begitu juga dengan kami. Tambahan pula di Johor, semua saudara mara tinggal berdekatan. Memang seronok, sebab aku pun suka berjalan-jalan nih. 3 ari pun masih tidak mencukupi rasanya. Hari raya ke empat aku pulang ke Pahang. Di pahang, kami hanya dok di rumah sahaja. Di pahang aku tahu, tak ramai yang datang kecuali kawan-kawan abangku sahaja. Sauadara aku pula jauh di Kelantan.
Tempat berlainan, suasanapun berlainan. Itulah yang kualami pada raya kali ini. Dengan status yang baru dan pertambahan keluarga yang besar di belah husbandku. Aku masih cuba mengingat nama-nama saudara baru aku. Cuba bergaul rapat dengan mereka. Itu yang aku cuba buat sekarang. Suasana berbeza membuatkan aku kena serasi dengan suasana sekarang.