Thursday, April 23, 2009

Menghabiskan masa cuti semester amat lambat masa berlalu.....Memikirkan apa yang patut dibuat sepanjang cuti ini.....Untuk memikirkan tajuk proposal...idea masih belum tercetus di fikiran ini...Mungkin tiada kesungguhan lagi untuk mencari tajuk-tajuk yang sesuai...Entahlah bila last minute nanti baru terkulat-kulat mencari tajuk untuk tesis nanti...Semalam aku pergi ke kampus untuk selesaikan apa yang patut diselesaikan....Mengambil sijil di ips dan menghantar salinan surat pembiayaan untuk pengajian....Di awal semester baru nanti, tidaklah kelam kabut dibuatnya...Pabila semua urusan selesai aku pergi ke library....tujuan ku hanyalah satu iaitu meminjam buku untuk mengisi banyak masa yang aku telah aku bazirkan sebelum ini. Tapi buku apa yang ku pinjam hanya novel-novel saja tidak langsung sesat satu bukupun yang berkaitan dengan pendidikan... Ah...mungkin jiwa remaja masih bermaharajalela dalam diri ini..Semasa aku pergi ke bahagian novel, ada juga mata-mata yang memandang...Mungkin pelik almaklumlah sekarang minggu exam untuk pelajar degree....Mungkin mata-mata itu mengangak aku adalah antara daripada mereka yang sibuk menelaah pelajaran untuk menghadapi peperiksaan tetapi sempat lagi untuk membaca novel. Pandangan mereka aku tidak entahkan asalkan aku dapat meneruskan hobi lama ku...Sudah lama juga aku tak melayan novel-novel ini....Sejak habis degree aku tak berkesempatan untuk melayan hobiku ini...Mungkin sibuk dengan kerja pada waktu itu...Lima buah novel dalam genggaman yang mana 1 buku puratanya 500 ms....Terasa puas dapat meminjam novel-novel ini....Semasa aku turun setingkat demi setingkat mata-mata masih melirik ditanganku....Mungkin pelik...Pabila sampai di rumah aku baca sinopsis untuk kelima-lima novel tersebut.....Ah...menarik juga yer...X sabar untuk memulakan pembacaan...Selepas asar bermula pembacaanku......Benda lain tidak ku endahkan, hanya berkurung di dalam bilik melayan cerita cinta....Sekali-sekala keluar untuk mengambil angin...Yang peliknya aku tidak merasa mengantuk...Inilah dikatakan penangan buku-buku novel.....Kalau buku pelajaran, tak sampai sepuluh minit dah boleh kira berapa kali menguap ...Pelikkan...Bila pembacaan ilmiah tak sampai sejam,(jangan katakan sejam setengah jampun) matapun dah layu....Aku tak sabar-sabar untuk menghabiskan buku cerita ini.....Sedih...gembira semuanya ada...sampaikan aku terbuai-buai sekali....Ah...mengambil feelinglah kononnya....Apabila menghadap buku novel ini...sanggup aku berjaga sampai ke dinihari untuk menghabiskan cerita tersebut....Inilah tabiatku...selagi x dihabiskan buku novel...selagi itu jugalah tidak boleh tido...Begitulah hebatnya penangan buku novel ini..Dah lama tabiatku ini tidak kubuat..Alamatnya beberapa hari ini tidak cukup tido agaknya...bukan sebab studi tetapi melayan buku-buku novel ini....Kalaulah baca buku pelajaran macam baca buku novel alangkah bagusnya....Mungkin setiap sem mendapat 4+. Nak wat macamana hobiku tiba-tiba datang tanpa di undang..mungkin disebabkan kebosanan dan keboringan berada dirumah agaknya.......

Tuesday, April 21, 2009

Sudah beberapa hari aku tidak melayan blog ni.....Sabtu yang lalu aku telah pulang ke Pahang...tetapi bukan pulang ke rumah, aku pergi ke Kuantan untuk menziarahi mek(nenek)....Sudah beberapa minggu pembedahan terpaksa di tunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan sehingga aku melawatinya pembedahan tidak dijalankan lagi....Semua berkumpul dirumah paksu...Adik beradik aku semua ada.. Pak teh dari Johor pun datang untuk menziarahi mek.... Kedua-dua(mak teh n pak teh) mengambil cuti kecemasan untuk menziarahi mek. 2 hari ambil cuti mengajar dan anak-anaknya 2 hari juga tidak kesekolah...Aku pulang bersama famili abeya bertolak dari Kalumpang jam 9 dan sampai di Kuantan jam 1 petang. Akhirnya dapat juga ku jumpa ma dan abah...Terubat juga kerinduan di hati ini. Di rumah paksu riuh rendah dibuatnya. Mak sedara sepupu yang tidak pernah kujumpapun datang untuk menziarahi mek...Walaupun dia muda padaku sudah berpangkat mak sedara denganku. Apabila sampai disana, kami berehat-rehat dan makan tengahari....Mek pun ada sekali dah kuar hospital disebabkan tertunda tarikh pembedahan....Selepas zohor...kami merancang untuk pergi ke Teluk Cempedak....Tujuan balik ke Kuantan adalah untuk menziarahi mek tetapi sudah melencong dari tujuan yang sebenar...Pergi berjalan-jalan pulak..Dengan menaiki 3 buah kereta berkonvoilah kononnya kesana....mengambil angin. Bagilah peluang anak-anak sedara dan sepupuku bermain air pantai biarpun seketika. Selepas 1 jam disana, masing-masing membawa haluan sendiri....Aku telah pergi ke EC Cosmo melayan karenah adik bongsuku....Yang menjadi mangsanya abeya lah....Di suruhnya belanja makan pizza...Dah lah abeya tengah pokai sekarang....Apalagi aku pun join sekali lah...Untung juga adik bongsu minta akaknya pn dapat keuntungan darinya.


Pulang jam 6.30petang ke rumah paksu....Disebabkan ramai dirumah..risau tak muat tempat untuk tido...lepas maghrib pergi ke Pekan untuk bermalam disana...Masa untuk berjumpa mek sekejap sahaja disebabkan banyak masa dihabiskan dengan keluar berjalan-jalan...Ma dan abah pergi dahulu ke rumah abe din kerana bawak si kecil (Fatin) Mujur tak banyak ragam...Kami pula singgah ke Giant untuk membeli barang-barang makanan. Sampai di rumah abe din...penat rasanya badan..seharian berjalan....Sampai sahaja...makan, mandi solat dan tido....Fuh penat rasanya..Keesokannya hantar adik ke SHAH pekan dan pulang ke rumah....Aku naik kereta dengan ma dan abeya dengan familinya....Dalam kereta bermula bual bicara dengan ma dan abah....Di sebabkan aku terlalu mengantuk..hanya seketika sahaja..Aku tidak dapat melayani perbualan ma dan abah....terkilan juga...Entah kenapa tiba-tiba terasa mengantuk mungkin kepenatan semalam masih belum hilang...Akhirnya sampai juga di rumah ku sendiri...Ah lega rasanya...selain dapat mengubat kerinduan ma dan abah dapat juga ku mengubat kerinduan atas tilam yang empuk ini....Petang itu aku menghabiskan masa dengan ma berborak....Membodek pun ada juga...tp....x berjaya lagi...Macam mana yer. Mungkin belum kena caranya...Masa aku tidak sia-siakan kerana esoknya aku sudah mahu pulang ke Kalumpang. Aku gunakan masa sebaik-baiknya berbual-bual dengan ma dan abah....untuk menghilangkan kerinduan...Ah...Kerinduan Terubat Jua Akhirnya walaupun seketika sahaja.

Thursday, April 16, 2009

Sudah 5 hari.....final exam habis.....Hanya untuk menunggu result kuar dan menunggu untuk masuk sem baru......Terasa bosan apabila memikirkan apa yang hendak dibuat setiap hari....Makan...tido....itulah kerjanya. Kerjapun setakat ni 1 kali seminggu. Bila time belajar, x sabar-sabar lak untuk cuti semester n apabila cuti x sabar untuk belajar...Beginilah rasanya....Bosan...bosan....Mungkin duduk di rumah abang kebosanan dapat dikurangkan...Banyak benda yng boleh dibuatnya....Anak-anak sedarapun ada untuk melayan mereka bermain. Untuk menunggu sabtu ni terasa lambatlah pulak......X sabar untuk balik Pahang biarpun bukan balik ke rumah tetapi dapat juga jumpa ma dan abah di Kuantan jadilah untuk melepaskan rindu...Nak jumpa si pengarang jantung hatipun lambat lagi....Tunggu cuti sekolah mungkin baru boleh berjumpa....Sentiasa sibuk mengalahkan YB gamaknya...Beginilah cinta jarak jauh....Memerlukan pengorbanan...dan sentiasa percaya-mempercayai antara satu sama lain...Hanya panggilan telefon pengubat rindu.Huhuhuhu..Aku rindu kamu...

Sunday, April 12, 2009

Lega Segalanya

Alhamdulillah, tamat sudah paper yang boleh dikatakan killer subjek..Aku dapat menghadapinya dengan tenang...walaupun pada mulanya terasa kegusaran dihati.....Mengambil masa hanya untuk 1 hari menghabiskan topik-topik yang dipelajari...Terasa ketensionan yang amat sangat... kerana tidak ada rehat yang cukup......Sepanjang minggu aku hanya menghabiskan 1 subjek sahaja untuk revision subjek statistik....dan inilah padahnya ketensionan membelenggu diri.....Alhamdulillah segalanya telah selesai.....Semoga aku dapat result yang terbaik antara yang terbaik.....Alangkah indahnya dapat merehatkan diri selama 2 bulan dari assignment-assignment dan kelas-kelas pengajaran......Di hari yang baik dan cuaca yang baik ini...kalumpang resort melambai-lambai.....Tunggu......aku akan tiba nanti.....Inilah masanya untuk bersukaria...

Sunday, April 5, 2009

Sedang khusyuk studi....tiba-tiba aku teringat ma dan abah nun jauh di kampung Felda Ulu Jempol...Mungkin kerana aku sudah lama tidak pulang ke sana....(3 bulan lamanya) Rasanya inilah kali pertama jangka masa yang lama aku tidak pulang......Tiba-tiba aku terasa rindu sangat-sangat pada mereka......Lepas final ni boleh r aku bercuti dalam seminggu di kampung untuk melepaskan rindu pada mereka....Dapat melihat muka merekapun jadilah supaya rinduku pada mereka dapat diubati...

Ah.....rindu bangat....Sejak dari kecil.....aku diasuh dan didik sesempurna yang mungkin oleh mereka....Menjadi anak yang solehah dan mendengar kata.....Diberikan ilmu dunia dan akhirat untuk panduan hidup....Terima kasih segala-galanya....Ma terima kasih kerana melahirkan na di dunia ini untuk mengenal dunia dan erti kehidupan yang sebenar. Terima kasih pada abah kerana menyediakan kelengkapan dan keperluan seharian selama ini dan sentiasa menasihati anakmu ini...supaya tidak kealpaan dengan dunia hari ini.. Ah.....pengorbanan ma dan abah tidak boleh diganti dengan wang ringgit. Akan sentiasa ku ingat pengorbananmu selama ini. PENGORBANANMU TIADA GALANG GANTINYA. Ma, abah....maafkan na kalau selama ni na ada tak mendengar kata ma dan abah dan kalau ada berkecil hati dengan sikap na selama ni.....

Saturday, April 4, 2009

Pagi ini aku bangun dengan keadaan yang segar, mungkin disebabkan oleh selesai 1 paper final exam.....Otak tak berfikir apa-apa kerana baki final exam jumaat ini. Jadi ada masa 7 hari untuk menyiapkan diri dengan persiapan final tersebut. Jadi lapangkan kepala supaya dapat studi dengan tenang. Pagi ini aku dikejutkan dengan berita gembira...Sedang aku mengemas tiba-tiba deringan telefon handphoneku berbunyi....Pelik juga tertera no telefon rumah....di awal-awal pagi. Selalunya kalau ma dan abah mahu telefon mesti di waktu malam. Di fikiranku mesti ada perkara penting yang hendak disampaikan. Ma memberitahu aku mendapat tawaran biasiswa....Alhamdulillah akhirnya aku perolehi biasiswa untuk menampung pembelajaranku. Tidak lah aku berhutang sana-sini untuk menghabiskan pengajian ini. Ah......sekarangpun dah beriban-riban behutang dengan PTPTN.....Entah bilalah mahu dibayar.....Pinjaman Yayasan Pahang akan menyusul......tetapi disebabkan biasiwa ni mungkin aku menolak untuk YP. Kena tengok pertimbangan yang biasiswa macammana dahulu....Setahuku biasiswa ini hanya menampung yuran pengajianku sahaja...Mungkin aku membuat pinjaman YP untuk sara hidup. Semasa permohonan pinjaman aku hanya minta cukup-cukup untuk yuran pengajian dan sara hidup. Tidak kurang dan tidak lebih....Malas nak berhutang banyak....Tetapi permohonan aku berjaya...aku dapat 2 kali ganda nilai yang aku minta.....Mulalah bermacam-macam perancangan di kepala apabila pegang nilai 2 kali ganda....Inilah manusia....sentiasa alpa apabila mendapat sesuatu tanpa usaha ibarat durian runtuh.... Bila difikirkan semula kenapalah semasa diploma dahulu aku x ambil pinjaman YP.....tiada caj yang dikenakan kalau hendak dibandingkan dengan PTPTN.....Entah.....dah lepas usah dikenang....mungkin masa itu otak x berfikir panjang.....Alhamdulilllah.....Allah mempermudahkan segala urusan.....mungkin rezeki ku untuk mendapat biasiswa ini......Semasa degreepun aku juga mendapat biasiswa JPA. Terasa seronok apabila mendapat biasiswa kerana di alam persekolahan aku tidak pernah langsung mendapat biasiswa.....mungkin disebabkan keluargaku mampu walaupun keputusanku boleh dikatakan cemerlang....Mungkin pada masa itu rezeki bukan berpihak kepadaku...Apabila mendapat gembira ini, aku rasa berkobar-kobar dan bersemangat untuk menghabiskan pengajian ini....Pada mulanya aku sambung master ini hanya untuk persinggahan sahaja.....Mungkin perancangan hidupku akan berubah....Biarlah masa yang menentukan.....Syukur kepada-Nya kerana memberi rezeki dan nikmat kepada hamba-Mu ini.......Yang pasti aku betul-betul gembira.....

Friday, April 3, 2009

Hari ini selesai aku menjalani satu paper final exam. Alhamdulillah aku dapat menjawabnya walaupun tidak kesemuanya betul...Kalau boleh aku mahu mendapat keputusan yang cemerlang. Lega rasanya untuk melepasi 1 minggu ni. Untuk merelaxkan diri aku melayan blog ini. Lapangkan hati dengan perkara-perkara yang dapat menenangkan fikiran. Sudah 2 minggu tak diupdate blog...terasa rindu rasanya....kekangan waktu menyebabkan blog ini sepi tanpa post-post yang baru..Bila mengimbau kembali sepanjang 2 minggu ni banyak perkara yang kulalui. Bermula dengan presentation untuk subjek math diibaratkan subjek yang paling killer untuk sem ni, kemudian menduduki ujian Mtest tanpa apa-apa persediaan. Tawakal kepada Allah sahaja....janji jawapan jangan dibiarkan kosong. Dapat atau tidak itu belakang kira...Yang penting mencuba jangan menyerah sebelum kalah. Kemudian menyiapkan report presentation.... pening juga bila difikirkan tambah lak final Ukp diadakan pada minggu ini..Yang penting kusiapkan report dahulu, kalau tak disiapkan awal alamatnya tak studilah ukp.... bagiku belajar tak bolh 2 in 1 ini boleh menyebabkan kecelaruan fikiran..Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Jadi siapkanlah satu persatu supaya setiap tugasan mendapat hasil yang baik. Sekarang tenangkan fikiran dan lapangkan hati untuk menghadapi 2 paper exam lagi....Good Luck untuk diriku sendiri...semoga ia menjadi pembakar semangat untuk berjaya.

 

blogger templates | Make Money Online