Saturday, April 4, 2009

HARI YANG MENGGEMBIRAKAN

Pagi ini aku bangun dengan keadaan yang segar, mungkin disebabkan oleh selesai 1 paper final exam.....Otak tak berfikir apa-apa kerana baki final exam jumaat ini. Jadi ada masa 7 hari untuk menyiapkan diri dengan persiapan final tersebut. Jadi lapangkan kepala supaya dapat studi dengan tenang. Pagi ini aku dikejutkan dengan berita gembira...Sedang aku mengemas tiba-tiba deringan telefon handphoneku berbunyi....Pelik juga tertera no telefon rumah....di awal-awal pagi. Selalunya kalau ma dan abah mahu telefon mesti di waktu malam. Di fikiranku mesti ada perkara penting yang hendak disampaikan. Ma memberitahu aku mendapat tawaran biasiswa....Alhamdulillah akhirnya aku perolehi biasiswa untuk menampung pembelajaranku. Tidak lah aku berhutang sana-sini untuk menghabiskan pengajian ini. Ah......sekarangpun dah beriban-riban behutang dengan PTPTN.....Entah bilalah mahu dibayar.....Pinjaman Yayasan Pahang akan menyusul......tetapi disebabkan biasiwa ni mungkin aku menolak untuk YP. Kena tengok pertimbangan yang biasiswa macammana dahulu....Setahuku biasiswa ini hanya menampung yuran pengajianku sahaja...Mungkin aku membuat pinjaman YP untuk sara hidup. Semasa permohonan pinjaman aku hanya minta cukup-cukup untuk yuran pengajian dan sara hidup. Tidak kurang dan tidak lebih....Malas nak berhutang banyak....Tetapi permohonan aku berjaya...aku dapat 2 kali ganda nilai yang aku minta.....Mulalah bermacam-macam perancangan di kepala apabila pegang nilai 2 kali ganda....Inilah manusia....sentiasa alpa apabila mendapat sesuatu tanpa usaha ibarat durian runtuh.... Bila difikirkan semula kenapalah semasa diploma dahulu aku x ambil pinjaman YP.....tiada caj yang dikenakan kalau hendak dibandingkan dengan PTPTN.....Entah.....dah lepas usah dikenang....mungkin masa itu otak x berfikir panjang.....Alhamdulilllah.....Allah mempermudahkan segala urusan.....mungkin rezeki ku untuk mendapat biasiswa ini......Semasa degreepun aku juga mendapat biasiswa JPA. Terasa seronok apabila mendapat biasiswa kerana di alam persekolahan aku tidak pernah langsung mendapat biasiswa.....mungkin disebabkan keluargaku mampu walaupun keputusanku boleh dikatakan cemerlang....Mungkin pada masa itu rezeki bukan berpihak kepadaku...Apabila mendapat gembira ini, aku rasa berkobar-kobar dan bersemangat untuk menghabiskan pengajian ini....Pada mulanya aku sambung master ini hanya untuk persinggahan sahaja.....Mungkin perancangan hidupku akan berubah....Biarlah masa yang menentukan.....Syukur kepada-Nya kerana memberi rezeki dan nikmat kepada hamba-Mu ini.......Yang pasti aku betul-betul gembira.....

0 Comments:

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online