Friday, April 3, 2009

Hari ini selesai aku menjalani satu paper final exam. Alhamdulillah aku dapat menjawabnya walaupun tidak kesemuanya betul...Kalau boleh aku mahu mendapat keputusan yang cemerlang. Lega rasanya untuk melepasi 1 minggu ni. Untuk merelaxkan diri aku melayan blog ini. Lapangkan hati dengan perkara-perkara yang dapat menenangkan fikiran. Sudah 2 minggu tak diupdate blog...terasa rindu rasanya....kekangan waktu menyebabkan blog ini sepi tanpa post-post yang baru..Bila mengimbau kembali sepanjang 2 minggu ni banyak perkara yang kulalui. Bermula dengan presentation untuk subjek math diibaratkan subjek yang paling killer untuk sem ni, kemudian menduduki ujian Mtest tanpa apa-apa persediaan. Tawakal kepada Allah sahaja....janji jawapan jangan dibiarkan kosong. Dapat atau tidak itu belakang kira...Yang penting mencuba jangan menyerah sebelum kalah. Kemudian menyiapkan report presentation.... pening juga bila difikirkan tambah lak final Ukp diadakan pada minggu ini..Yang penting kusiapkan report dahulu, kalau tak disiapkan awal alamatnya tak studilah ukp.... bagiku belajar tak bolh 2 in 1 ini boleh menyebabkan kecelaruan fikiran..Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Jadi siapkanlah satu persatu supaya setiap tugasan mendapat hasil yang baik. Sekarang tenangkan fikiran dan lapangkan hati untuk menghadapi 2 paper exam lagi....Good Luck untuk diriku sendiri...semoga ia menjadi pembakar semangat untuk berjaya.

0 Comments:

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online