Sunday, April 5, 2009

Sedang khusyuk studi....tiba-tiba aku teringat ma dan abah nun jauh di kampung Felda Ulu Jempol...Mungkin kerana aku sudah lama tidak pulang ke sana....(3 bulan lamanya) Rasanya inilah kali pertama jangka masa yang lama aku tidak pulang......Tiba-tiba aku terasa rindu sangat-sangat pada mereka......Lepas final ni boleh r aku bercuti dalam seminggu di kampung untuk melepaskan rindu pada mereka....Dapat melihat muka merekapun jadilah supaya rinduku pada mereka dapat diubati...

Ah.....rindu bangat....Sejak dari kecil.....aku diasuh dan didik sesempurna yang mungkin oleh mereka....Menjadi anak yang solehah dan mendengar kata.....Diberikan ilmu dunia dan akhirat untuk panduan hidup....Terima kasih segala-galanya....Ma terima kasih kerana melahirkan na di dunia ini untuk mengenal dunia dan erti kehidupan yang sebenar. Terima kasih pada abah kerana menyediakan kelengkapan dan keperluan seharian selama ini dan sentiasa menasihati anakmu ini...supaya tidak kealpaan dengan dunia hari ini.. Ah.....pengorbanan ma dan abah tidak boleh diganti dengan wang ringgit. Akan sentiasa ku ingat pengorbananmu selama ini. PENGORBANANMU TIADA GALANG GANTINYA. Ma, abah....maafkan na kalau selama ni na ada tak mendengar kata ma dan abah dan kalau ada berkecil hati dengan sikap na selama ni.....

0 Comments:

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online