Tuesday, April 21, 2009

Sudah beberapa hari aku tidak melayan blog ni.....Sabtu yang lalu aku telah pulang ke Pahang...tetapi bukan pulang ke rumah, aku pergi ke Kuantan untuk menziarahi mek(nenek)....Sudah beberapa minggu pembedahan terpaksa di tunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan sehingga aku melawatinya pembedahan tidak dijalankan lagi....Semua berkumpul dirumah paksu...Adik beradik aku semua ada.. Pak teh dari Johor pun datang untuk menziarahi mek.... Kedua-dua(mak teh n pak teh) mengambil cuti kecemasan untuk menziarahi mek. 2 hari ambil cuti mengajar dan anak-anaknya 2 hari juga tidak kesekolah...Aku pulang bersama famili abeya bertolak dari Kalumpang jam 9 dan sampai di Kuantan jam 1 petang. Akhirnya dapat juga ku jumpa ma dan abah...Terubat juga kerinduan di hati ini. Di rumah paksu riuh rendah dibuatnya. Mak sedara sepupu yang tidak pernah kujumpapun datang untuk menziarahi mek...Walaupun dia muda padaku sudah berpangkat mak sedara denganku. Apabila sampai disana, kami berehat-rehat dan makan tengahari....Mek pun ada sekali dah kuar hospital disebabkan tertunda tarikh pembedahan....Selepas zohor...kami merancang untuk pergi ke Teluk Cempedak....Tujuan balik ke Kuantan adalah untuk menziarahi mek tetapi sudah melencong dari tujuan yang sebenar...Pergi berjalan-jalan pulak..Dengan menaiki 3 buah kereta berkonvoilah kononnya kesana....mengambil angin. Bagilah peluang anak-anak sedara dan sepupuku bermain air pantai biarpun seketika. Selepas 1 jam disana, masing-masing membawa haluan sendiri....Aku telah pergi ke EC Cosmo melayan karenah adik bongsuku....Yang menjadi mangsanya abeya lah....Di suruhnya belanja makan pizza...Dah lah abeya tengah pokai sekarang....Apalagi aku pun join sekali lah...Untung juga adik bongsu minta akaknya pn dapat keuntungan darinya.


Pulang jam 6.30petang ke rumah paksu....Disebabkan ramai dirumah..risau tak muat tempat untuk tido...lepas maghrib pergi ke Pekan untuk bermalam disana...Masa untuk berjumpa mek sekejap sahaja disebabkan banyak masa dihabiskan dengan keluar berjalan-jalan...Ma dan abah pergi dahulu ke rumah abe din kerana bawak si kecil (Fatin) Mujur tak banyak ragam...Kami pula singgah ke Giant untuk membeli barang-barang makanan. Sampai di rumah abe din...penat rasanya badan..seharian berjalan....Sampai sahaja...makan, mandi solat dan tido....Fuh penat rasanya..Keesokannya hantar adik ke SHAH pekan dan pulang ke rumah....Aku naik kereta dengan ma dan abeya dengan familinya....Dalam kereta bermula bual bicara dengan ma dan abah....Di sebabkan aku terlalu mengantuk..hanya seketika sahaja..Aku tidak dapat melayani perbualan ma dan abah....terkilan juga...Entah kenapa tiba-tiba terasa mengantuk mungkin kepenatan semalam masih belum hilang...Akhirnya sampai juga di rumah ku sendiri...Ah lega rasanya...selain dapat mengubat kerinduan ma dan abah dapat juga ku mengubat kerinduan atas tilam yang empuk ini....Petang itu aku menghabiskan masa dengan ma berborak....Membodek pun ada juga...tp....x berjaya lagi...Macam mana yer. Mungkin belum kena caranya...Masa aku tidak sia-siakan kerana esoknya aku sudah mahu pulang ke Kalumpang. Aku gunakan masa sebaik-baiknya berbual-bual dengan ma dan abah....untuk menghilangkan kerinduan...Ah...Kerinduan Terubat Jua Akhirnya walaupun seketika sahaja.

0 Comments:

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online