Wednesday, August 4, 2010
Kisah ini terjadi pada kawanku sendiri. Sebulan yang lalu aku dapat tahu dr fbku mengatakan kawanku telah selamat diijabkabulkan. Alhamdulillah selamat akhirnya. Walaupun aku tidak mendapat jemputan aku tidak kisah, kerana majlis hanya sekadar majlis akad nikah. Majlis resepsi mereka bulan 10 nanti. itulah yang diberitahu olehnya. Masa itu mungkin ramai tetamu yang datang ats jemputan kawan ku td. Hari ini baru aku dapat tahu, husband yang baru sama-sama melayari kehidupan rumah tangga meninggal dunia. Mungkin seminggu atau 2 mggu yang lalu tapi hari ini baru dikhabrkan melalui fb. Mungkin kawanku baru ada kekuatan untuk dikhabarkan pada orang lain. Owh..sekejap sahaja mereka mengecapi kebahagaian. Dalam masa yang singkat sahaja. Berat yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Bagaimanalah kalau ia terjadi pada diriku. Tidak sanggup untuk aku menghadapinya. Kadang kala kita tidak tahu. Ajal maut di tangan Tuhan. Hanya berdoa semoga kita dipanjangkan umur dan hidup bahagia di kalangan orang-orang yang tersayang. Redha akan ketentuan-Nya. Menyulam cinta yang agak lama tapi sekejap sahaja bahagia yang dikecapi. Owh...mungkin agak lama untuk mengubati sakit derita kita yang hanya kita sahaja yang merasainya. Orang sekeliling hanya mampu memandang tetapi tidak mampu untuk mengubati duka lara diri sendiri....

- Buat sahabatku semoga tabah menghadapi dugaan hidup ini, walaupun terasa berat menanggungnya.
- Buat tunangku sama-sama kita berdoa agar kita dipanjangkan umor dan bahagia yang akan kita kecapi selama-lamanya..Amin....
4 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
dr Allah kita dtg, kpd Allah kita kembali..smoga die tabah mengharungi segalanya..
smoga yus dipanjangkan usia dan mengecapi bahagia brsama tunang tersayang..insyaAllah