Sunday, August 15, 2010
Sebenarnya aku tak tau nk tulis tajuk apa? Sesuaikah tajuk ini dengan apa yang nak aku ceritakan? Terpulang pada individu yang membaca entri blog ini dan tafsirkan sendiri. Semalam 4 ramadhan dan terawih yang ke 5 di masjid-masjid dan di surau-surau. Seperti biasa aku dan my housemate pergi ke surau berdekatan untuk mengimarahkan bulan ramadhan. Sebelum aku hendak ceritakan apa yang berlaku pada terawih yang ke 5 , aku menceritakan dahulu suasana pada terawih-terawih sebelum itu.
Terawih pertama:: Alhamdulillah hampir penuh surau bahagian jemaah perempuan, untuk menunaikan solat terawih. Sebaliknya tidak sampi sesuku jemaah lelaki yang hadir untuk bersama-sama menunaikan soalat sunat itu. Alhamdulillah solat terawih berjalan dengan lancar.
Terawih ke 2, bilangan kurasakan menunjukkan bilangan yang sama, walaupun imam bertukar berdasarkan suara yang mengimamkan solat. Alhamdulillah. Moga-moga mendapat rahmat dan keredhaan dari-Nya
Terawih ke 3 menunjukkan bilangan yang susut jemaah perempuan tetapi aku tidak pasti bagi jemaah lelaki. Mungkin disebabkan hujan menyebabkan tidak ramai yang hadir dalam bersama-sama untuk menunaikan soalt terawih, kerana majoritinya datang hanya berjalan kaki. Begitu banyak pahala yang dapat setiap tapak kita berjalan untuk menuju ke tempat beribadat.
Terawih ke 4 juga masih menunjukkan bilangan yg sedikit. Ini kerana disebbkan hujan. Sejak kebelakangan ini ditempatku, pada waktu petang hingga ke magrib akan hujan. Terawih kali dimulakan lambat. Aku membuat andaian mungkinkah sudah tidak ramai jemaah lelaki dan tidak mampu untuk mengimamkan solat. Kemanakah kaum2 lelaki yang patut memimpin dan mengimamkan solat. Patutkan aku membuat andaian yang sebegitu?? Lagipun azan isyak di azankan oleh budak. Tidak pasti untuk melatih atau kekurangan jemaah lelaki. Mungkin untuk melatih. Alhamdulillah walaupun lambat masih ada jemaah lelaki untuk mengimamkan solat terawih..
Terawih ke 5, menunjukkan bilangan yang telalu sedikit bagi jemaah perempuan. malangnya jemaah lelaki tidak ada langsung. Owh..tidak. Kami jemaah perempuan yang hadir menunggu sehingga jam 9 tetapi jemaah lelaki tidak juga menunjukkan batang hidung mereka. Akhirnya kami berkeputusan untuk berjemaah bersama-sama jemaah perempuan. Dimanakah jemaah lelaki walhal surau yang kami hadiri bukan kecil tetapi merupakan tempat yang besar untuk menunaikan ibadat di kawasan itu.
Tidak pernah terjadi lg kejadian seumpama ini. Dan inilah kali pertama yang terjadi dan aku juga berada di situ. Jika nak dibandingkan dengan tahun lepas, tahun lepas lebih baik dari tahun ini. Berdasarkan pemerhatian ku. Dimanakah istilah" Hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini" Aku bukanlah orang yang kuat ilmu agama sehinggakan dapat mengetahui yang hari ini lebih teruk dari semalam tp itulah berdasarkan apa yang pernah aku alami. Aku juga sebenrnya tidak juga boleh membuat keputusan walhal baru masuk terawih yang ke 5. Tetapi itulah andaian aku. Jika hari ini terjadi lg kejadian seperti ini, mungkin aku mencari surau lain untuk menunaikan solat terawih. Adakah ini menunjukkan akhir zaman?? Petanda-petanda seperti itu. Wallahuallam. Memang betul yang baik datang dari Allah yang kurang datang dari diri sendiri. Moga-mago Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun lepas. Amin...
Tiba-tiba aku rasa mau link ke fb. Bukan aku mau menunjukkan aku baik tapi cuma mau kongsi pengalaman ku ini...
1 Comment:
-
- cik gha said...
August 15, 2010 at 12:01 PMjom pegi masjid lain..