Monday, October 31, 2011

Jun 2011

Selepas kahwin, kami tak kemana-mana lg..Masing-masing kesibukan. Aku berulang alik ke Seremban, untuk memunggah barang dibawa balik ke Pahang. Rasanya ada jugak 2-3 kali aku ke sana. Mula-mula aku jemput husbandku di Gombak untuk pergi ke Seremban. Memunggah barang-barang yang besar dl..Agak banyak jugak barangnya walaupun baru beberapa bulan aku tinggal dirumah sewaku. 2 malam jugak aku disana bersama husbandku. Aku berada dirumah sahaja, manakala husbandku berulang ke Gombak siangnya..Hu3..Tinggal aku keseorangan di siang hari. X sempat nak berjalan2 ke mana2pun. Kami sama-sama survey di internet untuk mencari tempat-tempat menarik untuk pergi bercuti...2 pilihan: Cameron Highland dan Pulau Tioman. Yg mana satu yer..Di Pulau Tioman, pada musim sekolah semuanya penuh. Tak sempat kami nak booking. Yang lain tinggal yang mahal dan tak lawa. Alang-alang pergi, baik yang ok..Kalau Cameron Highland kami dah selalu pergi. Nmpknya terpaksalah kami postpone lagi percutian kami ini.

2 minggu kemudian aku datang lagi. Tapi kali ini my parents dtg jugak untuk mengenal tempat yang aku telah duduki beberapa bulan. Kami pergi berasingan. My parents melencong ke Tanjong Malim dulu dan aku terus ke Seremban. Husbandku pulak dari Batu Pahat. Sempat jugak aku singgah ke Kolej lama tempat aku bekerja. Sempat jugak berborak-borak dengan ex-officemate dan sempat jugak jumpa dengan beberapa ex-studentku. Berborak-borak sekejap. Kemudian aku balik ke rumah sewa, menunggu husbandku datang. Malam baru sampai. Petang keesokkannya husband kena pulang, ada yang perlu diuruskan di sekolah. Husbandku balik dulu..Tak sempat untuk berjumpa dengan dorang. Kali ni sempat jugak aku gi Nilai, mencari barang-barang. Parents datang dgn abg dr Tanjong Malim. Riuh rendah kat rumah, x pernah riuh-rendah, padahal sebelum ni sunyi sepi. Itulah aku laz berada di seremban 2. Kunci dipulangkan semula pada tuan rumah, dan mungkin aku tak kembali lg kesana.

Thursday, October 20, 2011

Suasana Baru

30 May 2011 aku mendaftar diri di UiTM Jengka. Bermula dengan suasana baru, persekitaran baru, rakan-rakan baru dan semuanya barulah. Rupa-rupanya ramai jugak yang aku kenal disini. Senior tempat sekolahku, junior semasa di UiTM Shah Alam. Kenalan yang pertamaku kenal adalah Aishah. agak lincah orangnya.Sama-sama mendaftar di bilik Koordinator. Hari pertama agak kelam kabut jugak, banyak form yang kena isi dengan untuk mendapat punch card lagi. Agak penat jugak. Mencari tempat untuk aku duduk dalam Uitm ni.

Di sini aku diamanahkan untuk mengajar 2 kod. Satu untuk pra perdagangan dan 1 lg untuk diploma. Alhamdulillah, hari jumaat petang aku tiada kelas, jadi aku boleh ulang alik ke Johor. Tak perlu untuk cancelkan kelas. Alhamdulillah dipermudahkan segalanya. Itulah yang aku harapkan.

Bermula perjalanan baruku disini. Setiap pagi berulang alik dari rumah parents ke UiTM untuk menunaikan amanah yang diberikan. Memang tepat dengan moto UiTM dihatiku. Belajar disini dan bekerjapun disini.

Friday, October 14, 2011

BERTEMU DAN BERPISAH

ADAT MANUSIA BIASA

HILANG DI MATA TAPI

DI HATI TIDAK LUPA

BERDOALAH KITA

AGAR AMAN DAN SENTOSA

SEMOGA KELAK KITA BERTEMU DILAIN MASA


Bait-bait lagu ini bila dihayati betul2 memberi kesan kapada sesiapa yang menghayatinya. Begitulah juga dengan aku. Akhirnya aku membuat keputusan untuk berpindah bila memikirkan baik dengan buruk. Walaupun sukar untuk membuat keputusan, akhirnya keputusan itu jugak yang kupilih. Aku meminta pandangan semua pihak…suamiku, ibu bapaku..mak mertua ku sendiri…Mungkin hidup ini memerlukan pengorbanan..tapi sampai bila???Aku tak tahu jawapannya. Adakah aku dan suamiku sanggup bersabar keberadaan jauh kami…Mudah2an semuanya dilindungi oleh Allah Subhana wa taala.

Kepada pelajar2 ku , saya minta maaf perginya saya tanpa pesan….terus pergi tanpa ucapan ataupun pertemuan. Apapun semoga berjaya wahai anak didikku..sehingga ke akhir hayat..Setiap pertemuan berakhir dengan perpisahan. Begitulah juga dengan kita. Cuma perpisahan seperti ini, kita tak jangkakan. Moga-moga kita akan ke temu lagi..Terima kasih atas segalanya...

Monday, October 10, 2011

Majlis bertandangku pada hari Ahad (15/05/2011). Aku bercuti semula pada hari Jumaat sebelum tu. Pulang ke Pahang untuk bersama-sama dengan family pergi ke Muar tempat persinggahan nanti. Balik ke Pahang dengan menaiki bas sahaja, sebab tiada sesiapa yang hendak memandu keretaku ke Johor.Tumpang kawan abang untuk pergi ke Titiwangsa. Akhirnya aku selamat sampai ke rumah. Then keesokannya, kami bertolak ke Muar bersama-sama dengan poksu. Perjalanan mengambil masa 6 jam jugak rasanya. Memang penat. Selamat sampai ke Muar pada petangnya. Owh...malamnya student aku menjawab exam math...Macamanalah mereka menjawab yer..Sepatutnya lec yang mengajar perlu berada 30 minit awalnya untuk memberi semangat pada students. Tetapi aku tidak dapat menghadirkan diri. Sory yer..saya ada majlis memang yang tak dapat dielakkan.

LOVELY COUPLE

Ahad 15/05/2011, majlis berlangsung. Jam 12 aku sampai ke batu pahat, menyiapkan diri di sana. Bayanganku, baju persalinanku warna kuning, rupa2nya warna gold...OMG...apa yang kuharapkan tidak menjadi kenyataan. Tapi apakan daya, semua dah x boleh diubah.Make up pun aku tak berpuas hati..Pucat dan macam orang matang....Hu3....Sedihnya...Bila bab cameraman pun sama..Apa ke patut, diaorg boleh tanya kitaorg yg tak tahu apa2pun, nak menggayakan macam mana...Memang geram tol rasanya...Kata profesional, rupa2nya hampeh...Ayoyo..dah la mahal...Tak pe husband ku yang keluarkan duit ..Tapi memang tak puas hati. Mujur kat tempatku ok...Legalah, sebelah tempat ok...Jadi tak rasa terkilan sangat...Selesai sesi bergambar dan makan, akhirnya familyku pulang ke Muar semula...Aku ditinggalkan..Hu3...

FAMILY BELAH PEREMPUAN

Petang, kami menyetelkan semua. Kemas apa2 yang patut...Fuh memang penat...Keesokannya sambung lagi...2 hari berturut2...Badan memang tak rehat...Rabu pagi baru bertolak ke Seremban dengan husband.Mengemas barang-barang dirumah. Kemudian pergi ke Kolej. Husband aku ditinggalkan dirumah. Aku tanya dengan admin, mcmna budak2 menjawab . Memang ketara kepayahannya.. Owh...macammanalah result mereka nanti. Mudah-mudahan semuanya lepas...Pelajar istimewa kena tambahan waktu, jadi aku kena membetulkan apa yang patut. Soalan hendaklah dibaca kerana laptopnya tak dapat nak baca apa yang soalan yang diberikan. Cara penyampaian soalan lain dengan apa yang diberitahu oleh sebelum ni...Kemudian aku kena ke setapak untuk memulangkan semula kalkulator saintifik...

FAMILY BELAH LELAKI

Sunday, October 9, 2011

Tugas Oh Tugas

Aku bercuti panjang sepanjang majlis perkahwinan aku berlangsung. Hampir 10 hari aku bercuti untuk menyiapkan segala persiapan..Mind set aku hanya majlis sahaja...So yang lain aku tolak ketepi dulu..Tinggalkan tugasan dan students.Aku telah berikan tugasan kepada mereka sebelum aku bercuti..Aku telah planning awal, supaya mereka tidak leka sebab final exam semakin hampir.. Aku ada 2 minggu lg sebelum majlis bertandang berlangsung..Kelas tambahan diadakan untuk memantapkan lg ilmu di dada mereka...Fuh...full class..Baru balik dr bercuti, terus adakan kelas..

Kemudian aku berusaha juga untuk menyiapkan SPSS yang telah diberikan sebelum aku berkahwin...Itu tak menjadi masalah sebab SPSS yang simple...Jadi aku hanya mengambil masa satu hari saja untuk menyiapkannya. Menjaga budak periksa juga amat membosankan. Time tuh exam dah bermula. Huh...Kemudian aku perlu ke setapak dengan Ketua akademik untuk meminjamkan kalkulator saintifitik untuk student yang istimewa. Sepanjang perjalanan aku ke Setapak, aku mendapat panggilan dari Uitm Pahang untuk menghadiri interview.Berbelah bagi rasanya. Banyak tugasan yang belum selesai, memikirkan cuti dibekukan, sibuk untuk menguruskan majlis bertandang, dan student nak exam..banyak betul dugaan. Sory for my beloved students sebab tak dapat menemani you all menjawab exam, sebab majlis saya berlangsung keesokannya harinya. Saya berdoa dari jauh, semoga you all dapat menjawab sehabis baik..Ingatlah pesanan saya sebelum ini...Tugas ini adalah satu amanah dan tanggungjawab yang perlu kita laksanakan...Lakukanlah dengan ikhlas walau seberat mana tugas yang kita pikul...Mudah2 an tugasan aku nih diberkati oleh Allah...

Saturday, October 8, 2011

Wah...sudah lama aku x menulis di laman blog nih..rasanya dh hampir 5 bulan...Dah berhabuk dan bersawang rasanya...Kadangkala hati meronta-ronta untuk menulis di blog ini, tetapi disebabkan kekangan waktu yang menghimpit masaku, membuatkan aku tak berkesempatan untuk memenuhi ruangan ini...Jadi, sekarang aku berusaha untuk menulis apa yang berlaku sepanjang aku menyepikan diri ini...Episod sebelumnya masih belum habis, jadi aku sambungkan semula apa yang terputus di pertengahan jalan...Mudah2an aku diberi ingatan yang kuat untuk aku coretkan disini..

Keesokannya 2 May 2011, di awal pagi, aku dan husband pergi ke rumah mak andam untuk mengambil gambar outdoor..Sebelum tuh, aku dimakeup seperti hari semalam. Sejam jugak kurasakan...Kemudian kami bersaing untuk pergi ke Tekam Residence Resort untuk mengambil gambar outdoor, kerana kawasan di situ boleh dikatakan agak cantik..bermula di tasik, di kolam dan akhirnya di padang golf...Fuh memang penat...berpeluh-peluh jugak rasanya...walaupun hari agak panas , semuanya berjalan dengan lancar...Malu jugak aku, sebab pada hari cuti begini, ramai org menghabiskan masa bersama family di sana, tapi kita orang nih tebalkan muka jelah...mesti orang nak tengokkan berbaju pengantinlah katakan. Sesi bergambar nih mengambil masa 2 jam jugak rasanya..walaupun penat, kami berpuas hati...

Selesai fotografi outdoor...kami pergi ke temerloh untuk menghantar tempat letak kek...kalau lambat akan dikenakan charge yang tinggi...Memang penat..Balik umah, uruskan hal rumah pula, sebab pg td kita orang terus keluar tanpa tolong apa2...Semua adik beradik pulang petang tu jugak..untuk meneruskan rutin harian seperti biasa.

Keesokannya..pagi2 lagi kami dah bertolak balik ke Seremban, dengan kereta yang berasingan..Wa..cepatnya masa berlalu...Kami kena meneruskan kerja masing-masing. Cuti kami hanya setakat itu sahaja...Sampai di seremban, mencari barang-barang rumah..Husband pulang ke Johor keesokan paginya...Sedih rasa nak berpisah. Bila dah jadi seorang isteri, rasa macam tak mahu berpisah dengan suami..Inilah dugaan hidup kami...Berpisah sementara, berjumpa pada hujung minggu...

 

blogger templates | Make Money Online