Thursday, October 20, 2011
30 May 2011 aku mendaftar diri di UiTM Jengka. Bermula dengan suasana baru, persekitaran baru, rakan-rakan baru dan semuanya barulah. Rupa-rupanya ramai jugak yang aku kenal disini. Senior tempat sekolahku, junior semasa di UiTM Shah Alam. Kenalan yang pertamaku kenal adalah Aishah. agak lincah orangnya.Sama-sama mendaftar di bilik Koordinator. Hari pertama agak kelam kabut jugak, banyak form yang kena isi dengan untuk mendapat punch card lagi. Agak penat jugak. Mencari tempat untuk aku duduk dalam Uitm ni.
Di sini aku diamanahkan untuk mengajar 2 kod. Satu untuk pra perdagangan dan 1 lg untuk diploma. Alhamdulillah, hari jumaat petang aku tiada kelas, jadi aku boleh ulang alik ke Johor. Tak perlu untuk cancelkan kelas. Alhamdulillah dipermudahkan segalanya. Itulah yang aku harapkan.
Bermula perjalanan baruku disini. Setiap pagi berulang alik dari rumah parents ke UiTM untuk menunaikan amanah yang diberikan. Memang tepat dengan moto UiTM dihatiku. Belajar disini dan bekerjapun disini.