Monday, October 10, 2011

Majlis bertandangku pada hari Ahad (15/05/2011). Aku bercuti semula pada hari Jumaat sebelum tu. Pulang ke Pahang untuk bersama-sama dengan family pergi ke Muar tempat persinggahan nanti. Balik ke Pahang dengan menaiki bas sahaja, sebab tiada sesiapa yang hendak memandu keretaku ke Johor.Tumpang kawan abang untuk pergi ke Titiwangsa. Akhirnya aku selamat sampai ke rumah. Then keesokannya, kami bertolak ke Muar bersama-sama dengan poksu. Perjalanan mengambil masa 6 jam jugak rasanya. Memang penat. Selamat sampai ke Muar pada petangnya. Owh...malamnya student aku menjawab exam math...Macamanalah mereka menjawab yer..Sepatutnya lec yang mengajar perlu berada 30 minit awalnya untuk memberi semangat pada students. Tetapi aku tidak dapat menghadirkan diri. Sory yer..saya ada majlis memang yang tak dapat dielakkan.

LOVELY COUPLE

Ahad 15/05/2011, majlis berlangsung. Jam 12 aku sampai ke batu pahat, menyiapkan diri di sana. Bayanganku, baju persalinanku warna kuning, rupa2nya warna gold...OMG...apa yang kuharapkan tidak menjadi kenyataan. Tapi apakan daya, semua dah x boleh diubah.Make up pun aku tak berpuas hati..Pucat dan macam orang matang....Hu3....Sedihnya...Bila bab cameraman pun sama..Apa ke patut, diaorg boleh tanya kitaorg yg tak tahu apa2pun, nak menggayakan macam mana...Memang geram tol rasanya...Kata profesional, rupa2nya hampeh...Ayoyo..dah la mahal...Tak pe husband ku yang keluarkan duit ..Tapi memang tak puas hati. Mujur kat tempatku ok...Legalah, sebelah tempat ok...Jadi tak rasa terkilan sangat...Selesai sesi bergambar dan makan, akhirnya familyku pulang ke Muar semula...Aku ditinggalkan..Hu3...

FAMILY BELAH PEREMPUAN

Petang, kami menyetelkan semua. Kemas apa2 yang patut...Fuh memang penat...Keesokannya sambung lagi...2 hari berturut2...Badan memang tak rehat...Rabu pagi baru bertolak ke Seremban dengan husband.Mengemas barang-barang dirumah. Kemudian pergi ke Kolej. Husband aku ditinggalkan dirumah. Aku tanya dengan admin, mcmna budak2 menjawab . Memang ketara kepayahannya.. Owh...macammanalah result mereka nanti. Mudah-mudahan semuanya lepas...Pelajar istimewa kena tambahan waktu, jadi aku kena membetulkan apa yang patut. Soalan hendaklah dibaca kerana laptopnya tak dapat nak baca apa yang soalan yang diberikan. Cara penyampaian soalan lain dengan apa yang diberitahu oleh sebelum ni...Kemudian aku kena ke setapak untuk memulangkan semula kalkulator saintifik...

FAMILY BELAH LELAKI

0 Comments:

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online