Monday, October 31, 2011

Selamat Tinggal Seremban

Jun 2011

Selepas kahwin, kami tak kemana-mana lg..Masing-masing kesibukan. Aku berulang alik ke Seremban, untuk memunggah barang dibawa balik ke Pahang. Rasanya ada jugak 2-3 kali aku ke sana. Mula-mula aku jemput husbandku di Gombak untuk pergi ke Seremban. Memunggah barang-barang yang besar dl..Agak banyak jugak barangnya walaupun baru beberapa bulan aku tinggal dirumah sewaku. 2 malam jugak aku disana bersama husbandku. Aku berada dirumah sahaja, manakala husbandku berulang ke Gombak siangnya..Hu3..Tinggal aku keseorangan di siang hari. X sempat nak berjalan2 ke mana2pun. Kami sama-sama survey di internet untuk mencari tempat-tempat menarik untuk pergi bercuti...2 pilihan: Cameron Highland dan Pulau Tioman. Yg mana satu yer..Di Pulau Tioman, pada musim sekolah semuanya penuh. Tak sempat kami nak booking. Yang lain tinggal yang mahal dan tak lawa. Alang-alang pergi, baik yang ok..Kalau Cameron Highland kami dah selalu pergi. Nmpknya terpaksalah kami postpone lagi percutian kami ini.

2 minggu kemudian aku datang lagi. Tapi kali ini my parents dtg jugak untuk mengenal tempat yang aku telah duduki beberapa bulan. Kami pergi berasingan. My parents melencong ke Tanjong Malim dulu dan aku terus ke Seremban. Husbandku pulak dari Batu Pahat. Sempat jugak aku singgah ke Kolej lama tempat aku bekerja. Sempat jugak berborak-borak dengan ex-officemate dan sempat jugak jumpa dengan beberapa ex-studentku. Berborak-borak sekejap. Kemudian aku balik ke rumah sewa, menunggu husbandku datang. Malam baru sampai. Petang keesokkannya husband kena pulang, ada yang perlu diuruskan di sekolah. Husbandku balik dulu..Tak sempat untuk berjumpa dengan dorang. Kali ni sempat jugak aku gi Nilai, mencari barang-barang. Parents datang dgn abg dr Tanjong Malim. Riuh rendah kat rumah, x pernah riuh-rendah, padahal sebelum ni sunyi sepi. Itulah aku laz berada di seremban 2. Kunci dipulangkan semula pada tuan rumah, dan mungkin aku tak kembali lg kesana.

0 Comments:

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online