Monday, January 3, 2011
Hari Keempat
Cuaca mendung, tapi plan arini mau ke Temerloh. Settlekan semua kerja. Buat sarapan terus masak tengahari. Jam 10 dah bertolak ke temerloh. Bersama dengan ma dan abah. Tujuan?? Mau cari barang-barang yang diperlukan. Apa dia yer??Tentulah karpet dan langsir. Walaupun tangan ma masih tergantung di leher, ma ikut jugak ke temerloh takut kitaorg salah beli atau ma x puas hati. Tangan tergantung, tergantunglah asalkan barang yang di beli ok. Wah habis hamper dua belah tgn jugak padahal 2 jenis barang je beli….karpet n langsir..mahal jugak yer(zaman sekarang mana ada barang yang murah-murah dah). Dapat sms dr Jiha, nak result questionnaire n temu bual. Alamak aku x start lagi nih, huahuahua…kalau questionnaire tuh jap je…Yang temu bual tuh yg lama. Padahal dah lama aku dapat..Cuma malas je aku nak buat..Sempat ke x nih…Mood nak buat x dak lagi nih..Tolong-tolong. Balik umah dh petang, apa lagi penat je yg dapat..Tak dapat nak buat lg…
Hari Kelima
Seperti biasa mengerjakan rutin harian…Selesai buat sarapan terus masak tghari..disebabkan aku mahu keluar..Alang-alang aku cuti yang kena tolak gaji ni, baik aku bereskan apa yg patut. Pergi ke poliklinik untuk membuat ujian saringan HIV..Alamaklumlah bakal pengantin kononnya. Setibanya di sana, nurse kat situ minta kau borang. Terpinga-pinga jugak aku nih. Aku igtkan borang ambik kat hospital, rupa-rupanya kena pergi ke pejabat agama untuk ambil borang. Mujurlah aku pergi dengan abh, hajatnya mau g sorang2…pejabat agamapun aku x tau kat mana…Pergi ambik borang yang hanya sekeping itupun poliklinik x leh sediakan ke?? Mujur kat pejabat agama x dak apa2 kena buat juz ambik borang je. Mujurlah dekat antara pejabat agama dan poliklinik. Selesai urusan pendaftaran, pergi ke bilik saringan. Lama jugak aku menunggu giliran. Bila sampai giliran aku, byk yang ditanya oleh nurse lelaki, aku x pasti pangkat apa, jadi aku pggil nurse je…Bila time nak ambik darah, nurse perempuan pulak yang ambik tugasan…Tiba-tiba dia bersuara, “Ish..ulu jempol nih boleh je pergi jengka 2, nak jugak pergi kat Bandar Pusat” dengan sinisnya..aku apa lagi menjawab “ Saya kalau tak kena pergi hospital kerajaan nih, saya x pergi, saya pergi swasta je”( tapi dalam hati jelahkan) Geram tol aku. Layanlah pesakit elok2. Ikutlah pesakit nak g hospital mana….Dahlah cucuk aku 2 kali. First tgn kanan, darah tak kuar, mujur kali ke dua tangan kiri, darah kuar. Kalau tak mmg aku maki hamunlah…dahlah hati tengah panas membara angkara tadi. Selesai ujian makmal, result kuar dan aku perlu jumpa DR. Alhamdulillah darah aku non reaktif, dan aku…Kesimpulannya aku tiasa HIV dan Talesemia. Jadi aku boleh kawan….Abang, ayang dah selesai buat ujian saringan ayang..Abang macamana yer?? Tangan masih rasa sakit dan bengkak. Singgah di pejabat pos untuk mengeluakan duit..untu apa??Untuk shopping kat Nilai. Malas aku nak berebut bila asb boleh kuar, jadi aku kuarkan yg lain dulu..bila terdesak barulah aku kuarkan ASB pulak…Bila dah semakin hamper, tiada masa untuk aku simpankan wang lagi. Kuarkan lagi ada…sampai umah, hujan turun, baru aku start wat keja Questionaire. Petang ma na abh pulak kuar utk berubat ma. Sambil aku tgk bola sambil aku buat keja…Keja xsiap lagi, sambg keesokan harinya.
Hari Keenam.
Seperti biasa melakukan kerja2 rutin dan menyiapkan spss. Kemudian buat kerepek pisang pulak, ma teringan nak makan. Dari jam 3 samapi ptg….dapat jugak 4 balang. Dapatlah mengunyah-nguyah jugak… settle keja spss. Tggl utk temu bual. Igtakan mau g Bandar pusat nak pergi tempat mak andam. Tapi hujan tak berhenti-henti dr malam tadi. Manalah abh nak bagi aku drive sorang-sorang…
Hari-hari seterusnya, aku mengerjakan rutinku seperti biasa sambil menyiapkan kerja-kerja yang terbengkalai. Akhirnya aku sampai di Tanjong Malim tapi bukan dirumah sewaku, tapi dirumah abangku. Dan akhirnya dapat juga aku mengepos blog ini, sepanjang aku bercuti panjang