Thursday, January 27, 2011

Tugas Bermula

Hampir masuk hari ke 5, aku di bumi seremban ni...Seronokkah?? Gembirakah?? Sedihkah?? Aku tak tahu perasaan aku macam mana ketika ini. Perlu sesuaikan diri dengan keadaan yang serba baru bagiku.

Mula-mula aku masuk, aku diberi tugas untuk mengajar Statistik. Hanya untuk kelas tutorial. Alhamdulillah, bukannya apa sebab aku tiada langsung pengalaman untuk mengajar. Kalau kelas tutorial, kita hanya bagi soalan dan discuss. Itu sahaja. Tiba-tiba petang aku diberitahu, aku kena tukar subjek matematik. Alamak, walaupun aku major math tapi aku lebih tertumpu pada statistik. Gementar memang gementar, tapi itu tugas aku, aku perlu laksanakan. Mujur jugak, awalnya kelas tutorial sebab kelas lecture dh lepas. Dari 12 jam aku perlu mengajar 24 jam...2 kali ganda ma....hbslah suara aku lepas nih.

First aku masuk kelas tutorial beres, aku bagi latihan je.. Masuk kelas lecturer, fuh sakit anak tekak aku nih. Entah dorang faham ke tidak. Risau jugak aku nih. Mudah-mudahan dorang fahamlah apa yang aku ajar. Ada jugak student yg blind and rabun teruk..Memang cabaran betul bagi aku...aku perlu ada cara untuk menanganinya supaya mereka faham.

Apa-apapun aku perlu menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang dan perlu sgt2 berdikari. Berlainan dengan yang dulu. Apa2 pun terimalah keadaan ini dengan sebaik mungkin.

3 Comments:

  1. cik gha said...
    perlahan2, lame2 ok la....
    azlanlin said...
    TAHNIAH : Sudah memulakan tugas. Dimana tu?
    ~ Boleh mintak petua sama orang Johor...
    yuhazlina said...
    Cik Gha:: Mudah-mudahan segalanya ok
    Cikgu Lan:: Thanks. Rezeki nak kawen kot. Di Kolej Teknologi Alpha

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online