Sunday, January 2, 2011
Memang aku puas hati duduk kat kg selama 10 ari. Byk juga aku buat kat umah sepanjang aku bercuti. Sampaikan aku puas rasanya. Maklumlah internet macam ciput kat sini. Jadi aku malas nak melayari internet (padahal nak buka facebook), kalau tidak habis aku sumpah seranah (dalam hati jelah) sebab terlalu lambat. So..kesimpulannya dari aku dapat dosa kering (kuarkan kata-kata kesat) baik aku tak yah on internet. Apa-apapun aku puas hati dapat tolong apa-apa yang patut, sepanjang aku bercuti nih. Alhamdulillah, tangan ma pun dh ok sikit walaupun masih tak boleh membuat kerja dengan tangan kiri lagi. Apa-apapun moga-moga ma cepat sembuh sebelum kenduri aku nanti (macam nak buat awal je..ish..ish..ish)
Hari Pertama::
Apa yang aku buat, biasalah pagi-pagi selepas selesai aku mengerjakan suruhan-Nya, aku buat sarapan. Selesai aku buat sarapan, tiba2 aku jadi pekebun, mana taknya aku mmg jarang buat kerja luar rumah, sebab aku alahan sikit dgn habuk, debu dan kotoran. Kalau tidak kena telan ubat, tidolah jawabnya pas tuh. Pagi tu aku kena bersihkan kawasan belakang rumah..membuang daun-daun pisang yg tak elok dan menebang pokok pisang. Adoila…org x pernah buat keja nih, lainlah caranya menebang pokoknya. Padahal sekali dua je cantas terus tumbang, dapat dengan aku lebih 5 kali. Pegang parang pun macam kekok. Dapat dengan ma, gelak aja, x nak suruh kena suruh, kalau tak, sapa nak buat. Ikutkan aje…Selesai keja luar rumah, uruskan dalam rumah. Petang abang aku kat kuantan balik. Tugasan aku sudah menunggu. Dia bawak balikk pizza, puas hati aku makan. Malam x mula lg kerja, sebabkan dia tido jadi aku tidak dapat membuatnya seorg diri..kena tggu guide dari dia.
Hari Kedua::
Selesai membuat sarapan, aku menolong abg mengesahkan jawapan. Seharian jugak mengadap. Boleh berpinar mata aku rasa. Sekejap rehat dan smbg semula. Mana taknya sambil menonton bola, mulut nih mengira2 markah. Yang beznya aku dapat upah..Yahuu..Aku bukan mengharap sangat tapi kalau dia dah nak bagi, aku ambik je…sebab akupun terdesak..almaklumlah hari bersejarah makin dekat..poket pulak makin menipis. Thanks yer..Kalau nak sponsor kawen banyak-banyak ok gak kan.
Hari Ketiga::
Menyambung kerja abg sehingga ptg. Kena siapkan sebab petang abg dah nak balik Kuantan. Terima kasih yer bagi habuan. Walaupun aku rasa macam byk tapi aku ambik je tanpa banyak soal. Rezki jangan ditolakkan. Malam aku berehat dan tido awal. Maklumlah penat mengiralah kononnya.