Friday, December 28, 2012
13/10/12
Pagi ma uruskan baby dan juga
aku. Nurse datang dalam jam 10 untuk melihat kesihatan bayi dan juga aku. Takut
kuning katanya. Biasanya baby yang baru lahir cepat kena kuning. Husbandku
pulak ke Bandar Jengka untuk membeli barang-barang yang kukirim. Bila nurse
cek, bayiku kena pergi ke jengka 2 untuk ambil darah. Kuning katanya. Aku dan makku bersiap-siap. Aku telefon suamiku
supaya hantar ke J2. Kelam kabut jugak. Sebab Klinik Kesihatan J2 buka sekejap
sahaja. Husbandku patah balik semula ke rumah. Kuning bayiku dalam 11. Keesokann
harinya kena pergi lagi. Ma bagi anggur hijau untuk mengurangkan kuning. Mandikan
baby dengan air daun belimbing dan daun inai. Tak mahu aku nak dok hospital.
Baik dok umah berulang g ambik darah. Ada jugak orang nak jaga aku dan baby. Kalau
di hospital semua diuruskan sendiri. Dahlah tengah sakit.
Petang mak mertua dan adik iparku
sampai dari Batu Pahat. Melihat cucu baru. Aku tak melayan sangat sebab aku masih
tak bermaya lagi. Makku jugak sibuk di
dapur. Abang sekeluarga dari Kalumpangpun balik untuk melihat aku dan baby.
Jadi akak iparku yang melayan. Maklumlah sama-sama jawa. Mak bawakan ikan
haruan untukku. Adalah dalam 7 ekor yang hidup-hidup. Walaupun aku tak pernah makan, dipaksanya
jugak makan untuk cepat sembuh. Fuh kembang tekak jugak rasanya. Ditahankan aje.
Hu…hu..hu. Makan berpantang. Aku hanya makan bubur nasi +sup ikan haruan +ikan
bilis. Itu saja. Memang betul-betul tak berselera. Dah nama sakitkan.Petang itu,
kawan nini ada jugak datang. Sambil melawat nini dan bayiku. Mereka pernah
datang semasa majlis tunang aku dahulu. Malam tuh aku batuk teruk, sakit perut
aku..Hu3 berdenyut2…so ma yang banyak uruskan bayiku. Mak mertua aku jugak
temankan aku juga tidur diluar. Hari ni saja baby aku dah dapat 4 hadiah. Wow..sekali
dapat terus banyak yer baby…
Kak Nora: Hamper Anakku
Kak Nora: Hamper Anakku
Nini: Set Tilam
Raidah(kawan Nini): Barangan
Disnep
12/10/12
Thursday, December 27, 2012
11/10/12
Aku tidak boleh bangun lagi.
Masih terbaring lagi. Cuma aku boleh tinggikan kepalaku. Jadi setiap aktiviti
dilakukan dengan bantuan nurse disini. Selepas operation, badanku masih terima
suntikan jarum. Sampai bila tak tahulah, mungkin sampai keluar hospitallah
gamaknya. Ubat jugak tak ketinggalan. Seperti biasa jam 7 lebih dah ada doktor
yang melawat. Dalam 9 lebih, tiub air kencing dah dibuka. Maknanya aku dah
boleh berjalan. Nurse suruh aku mengiring ke kiri atau ke kanan. Terasa
sakitnya di bahagian perut tambah kalau nak berdiri. Bila dah berasa sakit
maknanya ubat bius dah hilang. Lagipun laz aku muntah di awal pagi. Jadi secara
beransur-ansur ubat bius hilang dengan sendirinya. Aduh, maknanya aku kena tggu husbandku untuk
meminta bantuannya. Bila time melawat tengahari, husbandku sampai and then aku
minta bantuan dia untuk bangun. Kemudian pergi ke toilet membersihkan diri.
Sungguh seksa aku nak berjalan. Dah siap memperkemaskan diri, aku rindu untuk
menjenguk puteri kesayanganku di Nicu. Seharian tak tengok. Dengan diiringi
kerusi roda, aku kesana. Di Nicu aku kelihatan ramai bayi-bayi yang diletakkan
disitu. Masing-masing ada masalah. Owh kesian aku tengok bayiku diasingkan
dengan aku. Masa kulihat dan kuambil bayiku dia ketiduran. 30 minit jugak aku
disana. Rindunya dengan bayiku ini. Beginilah besarnya pengorbanan ibu yang aku
rasakan. Bagaimana ma melahirkan aku dulu.
Husbandku beritahu, malam tadi dah nak jam 10 lebih dorang sampai uj. Dorang tak tido terus membersihkan uri di malam hari. Barulah dorang berehat. Memang nampak dorang kepenatan. Kesian ma dan abah. Husbandku seminggu berulang alikpun dah rasa penat.Pergi balik dah nak dekat 2 jam. Uj sebagai tempat persinggahan untuk tido. Masa banyak dihabiskan di hospital. Sengkang masa antara melawat
tengahari dan petang, husbandku tunggu di bawah saja. Dah tak tahu nak ke mana.
Petang ma datang. Pagi abah pergi ladang dulu. Kesian kat abah. Penat-penat
datang jugak masa waktu melawat. Doktor
yang menyambut bayiku ada di wad aku. Katanya bayiku dah boleh naik atas,
mungkin petang-petang sikit. Ada prosedur yang perlu diuruskan di sana. Aku
juga mungkin dah boleh balik esok. Tunggu doktor buka bahagian penampal
operateku. Doktor bagi salinan ubat yang perlu aku ambil esok ari. Bila dah hbs melawat waktu petang aku tertido.
Jam 8 lebih, misi mengejutku, dia dah bawa bayiku naik ke atas. Gembira tak
terkata, sakitpun terasa hilang. Aku menyalin baju baby, terasa kekok rasanya.
Mujur ada orang yg menghulurkan bantuan. Bayiku asik tido saja. Malam tu aku
tido sebelah bayiku.
Wednesday, December 26, 2012
10/10/12
Pagi dalam jam 5 lebih aku dah
dipanggil oleh nurse untuk membuang najis. Aku ingatkan tindakbalasnya lambat,
rupa-rupanya cepat. Terkocoh-kocoh aku ke toilet. Aku suh husband dan parents
bertolak lambat ckit, maklumlah doktor di sini ada perjumpaan dengan orang
tertinggi. Jam 7 lebih, doktor datang melawatku, aku katakan aku batuk. Tapi
doktor berpesan jangan beritahu nanti operation
dibatalkan. So aku diamkan sahaja. Dalam jam 8 lebih doktor datang lagi,
katanya kenapa tekanan darah aku tinggi, pelik jugak aku, aku rasa ok je masa
nurse cek tadi. Rupa-rupanya orang yang giliran pertama. Dalam 8.30 pagi, tiba-tiba
aku jadi orang pertama, bila orang pertama ada masalah. Alamak, husband dan
parents aku tak sampai lagi nih. Mujur jugak dorang bertolak awal. Makin
berdebar-debar maklumlah tiba-tiba jadi orang pertama. Troli untuk tolakku dah
sampai. Mujur parents dan husband sempat sampai. Sebelum aku naik kekatil tuh
aku diberi satu jenis air, rasanya masin. Aku dah tak igt untuk apa. Sempat aku
mintak maaf dengan husband , ma dan abah. Adus sedih rasanya. Di wad bilikku
pun semua tengok…Biarlah pasnih aku dah tak jumpa dorang dah. Aku ditolak untuk
ke bilik pembedahan. Aku menunggu dipintu luar bilik pembedahan. Menunggu
giliran.
Bila start masuk bilik pembedahan
lebih kurang dalam jam 9pagi aku dah terasa kesejukan. Mudah-mudahan segalanya
berjalan lancar. Sebelum masuk ke tempat utama, aku disteril dulu. Tak lama,
sekejap sahaja. Mungkin untuk menghilangkan jangkitan kumanlah kot. Akupun tak
pasti. Kemudian aku ditolak ke tempat utama. Ubat di kedua-dua tanganku
dipasang, wayar di hidung, and then dilekap kedada. Tak silap aku di bilik
pembedahan tuh rasanya adalah dalam 6 orang. 3 lelaki, 3 perempuan x silap
akulah, maklumlah dh tak nampak, cermin mata dibuang. Kemudian aku dicucuk ubat
bius dibelakang badan. Bius separuh badan. Mula-mula masa taklimat aku mintak
bius satu badan, tapi takut ada effect pada baby untuk mengelakkan sebarang
kemungkinan aku bius separuh badan je. Aku mintak penuh, sebab aku risau
batukku saja. Asik batuk je, takut berlaku dalam bilik pembedahan saja. Tak
silapku 2 kali jugak aku dicucuk ubat bius. Sakit jugak rasanya. Kemudian doktor
suruh aku angkatkan kaki. Aku terasa
berat. Maknanya ubat bius dah berkesan. Kemudian mataku ditutup. Tapi telingaku
dapat menangkap perbualan mereka. Kadang-kadang aku tertidur jugaklah. Aku
terasa macam aku disentuh dan ditarik-tarik…Akhirnya aku kedengaran suara bayi…
aku dah dapat anak. Seakan tak percaya rasanya. Kemudian doktor perempuan tunjukkan
padaku, owh seakan dalam mimpi…dia tanya jantina padaku supaya aku lihat
sendiri dengan mataku sendiri dan kemudian dia letak didadaku….sebak jugak
rasanya. Ada jugak aku kedengaran suara-suara kenapa baby air liur meleleh…tapi
aku tak dapat berbuat apa-apa. Kemudian mataku ditutup semula, operasi untuk
menjahit bermula. Bila dah selesai sebelum keluar, aku disteril lagi. Ini
mengambil masa yang lama. Hidungku dah rasa gatal-gatal maklumlah wayar
dihidungku belum dicabut. Di situ walaupun ada wap, aku terasa kesejukan lagi.
Aku tak tahu suhu berapa yang digunakan. Akhirnya aku dibawa keluar. Bayi
diletakkan dibawah kelangkang aku. Bila kuar dari bilik bedah aku terasa loya,
mungkin disebabkan kesan ubat bius. Aku muntah.
BABY GIRL. BERAT 2.8KG
Semua dah menunggu diluar. Mujur
jugak aku keluar time melawat, so bolehlah mak aku uruskan apa yang patut. Aku
dengar husbandku mengazankan dan mengiqamatkan bayi kami. Aku tidak dibenarkan
bergerak selama 5 jam. Sepanjang
menunggu waktu melawat aku asik muntah dan pening. Adoilah mak ku pulak tak
dibenarkan menunggu. Ada sekali tu, baby ku menangis, aku dah lah tak boleh
gerak, aku dok hjg sekali lak tuh, nurse tak dak lak dtg, puas aku menjerit..Geram
betul rasanya. Dahlah kita sakit. Tak sabar nak menunggu time melawat petang.
Masa melawat petang, on time dorang masuk, mak tgk ada najis kat baby, x dak sapa
nk tolong tengokkan…ish geramnya. Dahlah najis baby ni berbisa. Masa tuh aku
dah boleh tggikan kepala. Sebab dah lebih 5 jam…Rindunya aku dengan baby.
Tiba-tiba doctor yang menyambut babyku datang kata babyku ada masalah. Macam
kepala sakit. Katanya masa dia sambut bayiku, kepala bayiku senget, mungkin
urat pendek sebelah. Biar benar. Terkejut jugak semua. Ha sudahlah, petang tu
jugak babyku diletakkan di Nicu. Husbandku carikan makanan untukku bubur nasi.
Mujur ma ada wat spare ikan bakar dan ikan bilis. Aku jamah jugak sikit. Malam nih baby tido di Nicu. Aku pulak masih
tak boleh bangun…Parents dan husband pulang dh lepas mghrib. Mesti parents dan
husband keletihan , maklumlah sepanjang hari berada dihospital.
Tuesday, December 25, 2012
8/10/2012..aku kena admit di
hospital Temerloh. Aku dan husband bertolak dari rumah jam 7.45 pg. Jam 9 pagi
aku dah didaftarkan masuk wad…Ramai betul nurse-nurse disini. Pelatih jugak ramai.
Macam nilah hospital kerajaan, ramai pelatih nurse dan jugak doc. Nasiblah.
Mungkin jugak aku dijadikan bahan eksperimen. Tunggu dan lihat sajalah. Aku dah prepare dengan buku cerita. Maklumlah
duk hospital tentu bosan. Banyak pemeriksaan dilakukan. Rutin biasa seperti
ambil ujian air kencing dan tekanan darah kemudian buat ctg. Lama jugak aku
buat ctg, sebab apa?? Sebab baby tido dalam perut. Nurse nak tahu gerakan baby
dalam perut, jadi digerak-geraknya perut aku nih, supaya gerakan bayi normal. Bila tengahari baru doc scan. Katanya untuk
memusingkan kepala memang berisiko. Doc akan refer pada doctor pakar. And then
pada jam 3 ptg doctor pakar scan. Katanya memang tak boleh dipusingkan, sebab
baby besar. 3.4kg x silap aku. So aku
menunggu hari jelah pada 10.10.12 untuk dioperate.
Di wad tuh kebanyakan semunya nak
bersalin. Masing-masing nak cari jalan mereke berjalan-jalan untuk memudahkan
bersalin. Aku rilex saja. Maklumlah tak sakit lagi. Nursepun melakukan rutin
cek denyutan baby dan ambil tekanan
darah. Banyak kali jugak dalam sehari. Ada kot 5 kali rasanya. Hari pertama
husband dan parents datang. Husband bila datang tengahari, dia x balik tunggu
sampai petang. Maklumlah jauh jugak dalam sejam , kalau pergi balik dah 2 jam. Hari pertama di hospital, aku teringin nak
makan ikan percik, jadi keesokannya husbandku sahaja yang datang, bawakan ikan percik,
sayur dan nasi. Ma yang bekalkan padaku. Awal jugak dia masak, sebab jam 11
husband dah nak bertolak dari rumah. Petang husbandku tak balik. Sanggup
menunggu untuk waktu melawat waktu ptg…Jadi dia pergi ke Mentakab untuk
menguruskan pembayaran keretaku sambil-sambil menunggu waktu melawat petang. Apa
lagi aku mengirim mcd. Maklumlah pasnih aku dah nak operate…Hu3…Mcd pulak ada
di Mentakab saja pulak tuh. Aku ada temujanji dengan pakar bius pada jam
2…Diberi taklimat mengenai operation keesokkan harinya. Makin berdebar rasanya.
So aku akan dibawa ke tempat bilik bedah untuk operation esoknya. Aku diberitahu
aku giliran kedua. Aku jugak ditemu bual oleh doc pelatih. Mungkin untuk kajian
kes mereka. Layankan ajelah. Petang aku diambil darah oleh doktor, untuk wat
simpanan takut ada apa-apa kecemasan. Mula-mula dicucuk oleh doktor pelatih,
tak jumpa urat. Sakit jugak. Kan betul dijadikan bahan eksperimen. Akhirnya doktor betul yang cucuk. Malamnya
aku dipanggil oleh nurse untuk membersihkan apa yg sepatutnya. And then tengah
malam kedua-dua tanganku dah dicucuk untuk mengisi ubat keesokan harinya. Memang
sakit. Berdenyut-denyut samapi ke pagi.
Monday, December 24, 2012
Wah, dalam masa 3-4 mggu lagi,
aku akan deliver. Berdebar rasanya. Perasaan bercampur baur. Takut, gembira,
semuanya ada menjadi satu. Barang-barang
semua dah prepare, cuma tunggu masa sahaja. Syukur aku dok dengan parents,
walaupun husbandku jauh di selatan. Sekurang-kurangnya ada orang yang
berpengalaman untuk mengendalikannya. Husbandku pun tengah cuak…maklumlah nak
menerima kehadiran orang baru. Tanggunjawabpun makin besar...sama juga dengan
aku. Bermacam-macam perkara berlegar difikiran. Takut apa-apa terjadi dan macam-macam
lagilah. Hanya berserah kepada-Nya semoga segalanya dipermudahkn….Sejak 9 bulan
ni, hampir setiap minggu aku berulang ke klinik desa ataupun klinik kesihatan,
sama ada berjumpa dengan nurse atau doctor.
Setakat yang diberitahu pada
37w…baby dh berada pada laluannya..engaged…maknanya dah x lama lagilah..Katanya
kepala dh di bawah. Itulah merisaukan aku sebelum ni, sebab apa?? Sebab kepala
baby songsang sebelum nih. Berada ditepi. Tawakal dan berdoa banyak-banyak.
Keesokan harinya aku perlu berjumpa doc…Untuk menambahkan kepastiannya lg kita
tengok keputusan scan bagaimana. Semunya boleh nampak. Bermacam-macam dugaan
yang ku terima. Selepas aku berjumpa dengan doc, dh mula menscan baby,
rupa-rupanya kepala baby tak turun. Yang turun hanyalah punggung baby. Owh..tergamam
jugak aku..Fikiran mula bercelaru. Nampaknya aku kena operate. Doc telah
tetapkan tarikh dengan doc hospital temerloh.
Aku kena bersalin 2 minggu awal
dr tarikh yang sepatutnya. Mungkin doc tak mahu kita sakit di bahagian bawah
kalau dh confirm kena operation. Kalau tak, 2 kesakitan yang aku alami. Aku
kena admit 2 hari sebelum operate untuk rujukan pakar. Mana tau kepala baby
boleh berpusing lagi. Tawakal sahajalah. Risikonya takut tali pusat baby
terbelit sahaja. And then tarikh untuk aku bersalin adalah 10/10/12. Maksudnya
aku akan bercuti awal. Habis plan aku sebelum ini. Paper pun x sempat nak
tanda. Semua akan diserahkan pada orang lain. Demi aku dengan baby, walaupun
melepas jugaklahkan. Owh. Berat sungguh dugaanku. Hanya memikirkan perkara ini sahaja membuatkan aku sudah pening
kepala. Jangan sampai darah tinggi sudahlah. Aku menceritakan kepada suamiku
yang jauh berada di selatan. Dia pun terkejut, sebab tak dijangka terjadi
perkara ini. Sebelum ni aku bagitau kandunganku ok, kepala di bawah berdasarkan
pemeriksaan klinik desa. Lagipun 2 minggu awal. Dia terpaksa mengambil cuti
sebelum tarikh operateku. Mujur cutinya masih ada berbaki 5 hari. Owh. Beberapa
hari jjelah nak kena admit. Sentiasa berada difikiran. Kepala ligat
memikirkannya. Selepas pergi ke klinik j2, aku diarahkan ke hospital Bandar Jengka
untuk mengambil pemeriksaan ctg, disebabkan aku breech. Aku ingatkan apalah itu,
rupa-rupanya aku pernah lakukan semasa aku berada di labour room hospital Batu
pahat. Mengambil denyutan jantung dan pergerakan baby. Sekarang aku menghitung
hari untuk sampai ke tarikh itu.
Bila dah tau nak kena admit, aku selesaikan tugas-tugas aku dulu sebelum menyerahkan pada orang lain. Menanda kertas assignmnet dan quiz yang berlambak-lambak dan key in carrymark student. Seminggu tanpa henti mengadap kerja-kerja ni, sampai aku nak termuntah rasanya. Dah naik muak. Akhirnya berjaya aku siapkan. Aku sudah bagitau Ketua Pusat Pengajian dan juga Koordinator tentang aku apa yang terjadi. Supaya dorang dapat planning schedule aku untuk semester depan. Aku jugak makan sepuas-puasnya apa yang aku teringin nak makan. Maklumlah lepas nih kena berpantang lama tambah pulak dengan seafood. Aku siap pesan kat ma suh beli ketam dan masak ketam untukku. Entah kenapa ntah, mungkin aku tak puas makan kat kedai. Preparation untuk aku masuk
hospital, apa lagi aku mencari sumber untuk meminjam buku. Tentu aku kebosanan
di sana.Mujur ada kawan, pinjam jugak 6 buah buku cerita yang tebal-tebal. Sebelum
masuk hospital aku dah habiskan 2 buah buku. Menghabiskan masa yabg terluang. Tinggal 4 buah buku lagi. Ntah sempat
habiskan ke tidak 4 lagi nih..
Bila kandungan masih lagi
menyongsang, aku cuba wat rawatan tradisional. Kalau ikut rawatan moden, tak
dibenarkan mengurut takut terjadi apa-apa. Tapi bila dah keadaan macam ni, aku
dan parents pergi ke jengka 12 untuk pergi berurut nak turunkan kepala bayi. 30
minit jugak bidan betulkan kedudukan
bayi dalam perutku. Katanya belah kiri aku kosong. Semua berada belah kanan.
Aku dengar jelah, aku buka tau sangatkan. Seminggu lepas tuh aku kena datang
lagi kesana, nak tahu kedudukan bayi macam mana. Patutnya nak adjust kedudukan bayi
nih kena datang masa 6 atau 7 bulan. Tapi ma tak teringat pulak. Bila kandungan
dah besar payah sebab dah sempit ruang dalam perut aku nih. Seminggu kemudian
pergi lagi, bidan cakap patutnya bayi ni dah turun, tapi tak jugak macam ada
benda yang tersekat. Cuma berdoa jelah mudah-mudahan dia turun. Diberi air penawar supaya dipermudahkan
segalanya. Aku pergi ke klinik desa katanya dah turun lega jugak aku. Mereka
periksa guna tangan, kepala dah turun ditempat ruang yang sepatutnya.
Bila kandungan semakin membesar,
aku jugak dah tak lena nak tido. Tak tahu kenapa..automatik je..Seringkali
terjaga jam 3 atau 4 pg. Aku jugak seringkali batuk dan kadangkala menyebabkan
lelah. Risau jugak aku, kalau terjadi masa bersalin nanti.Lagipun aku tak
bagitau klinik yang aku lelah. Bila keadaan berterusan, aku pergi klinik desa,
buat rawatan. Ambil tekanan darah tinggi sebab aku selalu pening. Klinik desa
kata ok, kemudian pergi j2 untuk ambil ubat batuk, sebab aku batuk teruk di
awal pagi selepas bgn tido. Kadang-kadang aku tak boleh tido semula, sebab
semput.
Ujian air gula dah keluar,
nampaknya aku tersangkut untuk ujian ke2. Aku kena pergi ambik darah 4 kali
sehari setiap 2 minggu untuk buat bsp. Penat jugak rasanya berulang alik ke
klinik desa.Bila buat bsp, kandungan gula aku ok je..control je..tak pernah
cecah 6..around 3.5-5-5 saja. Tapi nak wat macam mana dah nak kena, terima
jelah, ikut aje arahannya.
Bila dh 8 bulan, tiba-tiba aku teringin nak
makan seafood. Dahalah masa nih, berjalanpun x larat dah. Cepat termengah-mengah.
Di Pahang manalah nak cari seafood yang sedap kalau bukan di Tanjumg Lumpur.
Walaupun pagi tuh tak sihat, berulang kali ke toilet, gagahkan jugak nk g
kuantan. Dah lama jugak aku tak pergi Kuantan. Dah nak dekat setahun. Bila dah
tengahari rasanya badan dh sihat, selepas zohor kami berempat pergi ke Kuantan.
Maklumlah nak lepaskan kempunan. Singgah umah moksu jap hantar barang dan
solat, baru pergi East Coast Mall nak cari minyak wangi dulu. Bila dh 6 lebih
baru pergi Tanjung Lumpur. Menu utama ikan kerapu 3 rasa, sotong celup tepung,
udang masak merah, sayur kailan and tom yam campur. Memang puas hati, siap
bertambah lagi. Perut kenyang. Singgah solat di masjid berdekatan. Kemudian
sebelum balik singgah Giant. Lama jugak. Dapat jugak baby baju yer disitu. Kami sampai dirumah jam 10lebih. Mujur
husband yang bawak. Kalau abah memang dh tak boleh bawak mlm2 ni. Balik2 dh
kepenatan. Masing-masing terus tido. Apa2pun apa yang aku teringin dapat
harini.
Sunday, December 23, 2012
Seminggu selepas balik dari Batu
Pahat selepas raya, aku pulang ke Batu Pahat sehari sebelum majlis ini
berlangsung. Aku pergi bersama dengan parentsku. Nak naik bas dahpun x larat.
Jadi aku jadi tukang tunjuk jalan walaupun selama ini, aku tak pernah ingat
jalan nak balik Batu Pahat. Asik tido je dalam kereta, manalah nak ingat. Seingat
aku memang aku tak pernah kalau aku tak tido dalam keta. Tunjuk prolah kononnya.
Sehari sebelum aku bertolak, aku merasai kesakitan dipinggangku. Hampir
seminggu tak rasa sakit, tiba-tiba rasa sakit semula. Mula-mula tak tahu lagi
boleh pergi ke tidak untuk majlis tu.Usaha untuk pergi sebab majlis aku. Telan
ubat minum air garam..Oklah…Sekejap sahaja aku rasa sakit. Walaupun tak sakit
sangat lebih baik merawat daripada terus merebak. Ambil langkah pencegahan
awal. Sebelum nak bertolak ke Batu Pahat, aku rasa sakit semula, cepat-cepat
aku makan ubat. Padahal dah nak bertolak. Di tahankan juga sakit ini. Perjalanan
pula bagaikan terlalu lama. Dengan hujan lebatnya. Akhirnya aku sampai jam 6-30
ptg di rumah. Banyak juga persiapan yg dah dibuat. Abah dan ma berehat. Aku juga tido awal malam
tuh.
Siang tuh baru merewang. Pak
sedara dan mak sedara ramai yang datang menolong. Ma dan abah pun dapat
jugaklah kenal-kenal saudara mara husband. Dapat berborak lebih kalau nak
dibandingkan masa kenduri aku dulu. Hampir setahun lebih jugaklahkan. Laz jumpa
masa majlis kenduri kahwin aku. Majlis diadakan selepas solat Jumaat. Diadakan
baca Yasin dan jugak tahlil. Kemudian aku kena mandi, mungkin itu tradisi orang
Jawa. Mandi bunga dengan 7 helai kain batik. Ma ikutkan saja. Hampir petang
baru selesai majlis. Penat jugak rasanya walaupun aku tidak membuat keja berat.
Malam pulak kawan husband datang, dilayan tetamu yang hadir. Jam 11 aku masuk
tido. Ma dan abah dah tido awal lagi, sebab keesokkannya kami mahu balik Pahang
sudah. Jam 10 bertolak dr Batu Pahat. Abah mahu ikut Tangkak mahu shopping kain langsir katanya. Jadi
husbandku hantar sampai Tangkak, sebab abah tak tahu jalan dr Batu Pahat ke Tangkak.
Sambil menunggu abah shopping kain langsir , kami pekena pizza hut. Sebenarnya nak
makan mcd, tapi x dak pulak. Aku sampai kat umah dah jam 5 lebih. Mujur tak
sesat. Cuma abh kepenatan sebab abah demam. Aku nak gilir drive tapi tak reti
sebab keta manual. Itulah laz aku balik Batu Pahat, pengakhiran 7 bulan. 8
bulan ma dah tak bagi berjalan jauh dah, risau jadi apa-apa. Mana taukan.Kita
mintak dijauhkan…Tapi hanya Allah saja yang tahu apa yang akan terjadi seterusnya…
Pagi bila aku bgn pagi, aku
merasa tidak sedap badan, apa kehal pulak nih. Perut rasa sakit, ari2 pun rasa
sakit. Ikut planning jam 9 am, mau pergi beraya satu family, tapi lain pulak
jadinya. Aku rasa seperti mencucuk rasanya. Dari nk pergi klinik desa hari
khmis, pergi pulak hari rabu, Takut jadi apa-apa. Risau jugak dibuatnya. Sakit
sangat rasanya. Bila pergi ke klinik desa, katanya biasa-biasa saja. Normal
saja sakit tu. Aduhai, yg kita nih dah tak tahan sakitnya…..disebabkan sakit,
aku dengan husbandku tinggal dirumah. Yg lain pergi beraya. Kesian husbandku
kena jaga aku dirumah. Aku tido dr pg sampai lah tengahari. Bila bangun, aku
rasa ok, berhajat nk pergi berayalah kononnya. Bila dh bersiap-siap, sakitku
datang lagi. Spoil betullah, x jadi jugak aku nk pergi beraya. Alih-alih cari
klinik panel yang bukak. Klinik azlina tutup, kalau boleh nk refer dengan doc
pompuan senang sikit. Laz2 g klinik Sri Sulong, doc lelaki apakan daya. Dah
tiada pilihan. Time raya manalah klinik nak bukak. Mood raya lagi walaupun raya
ke 4. Scan perut ok. Cuma katanya air kencing byk. Mgkin aku tahan kencing
semasa perjalanan semalam. Maklumlah pyh nk jumpa toilet. And then katanya air
kencingku berdarah, mungkin ada batu karang. Tapi doc tak berani kata lebih2,
berdasarkan ujian air kencing sahaja. Nak bg ubt pun aku tgh mgndung juz bg ubt
tahan sakit sajalah. Disebabkan
kelaparan, makan tgahripun belum lg, selepas jumpa doc g bandar cr mknn. Tidak
pulangke rumah terus. Teringin nak makan bubur mcd, g mcd, tp buburnya hbs…laz2
g mkn di kfc….siap kirim kat adik ipar teringin sgt dgn bubur mcd…sempat masuk
Carrefour beli epal n papa roti….Orang pergi beraya tapi kita g pasaraya pulak.
Jam 6 sampai dirumah. Bila balik, bdn mula penat. Doc td pesan kalau nk tido
tggikan bhgn pggg. Aku rasa mcm nk melelapkan mata sekejap. Aku terjaga bila jam
8. Bila aku nak bangun rasa seperti piggangku tersalah urat…sakit yg amat
sgt….Husbandku dh mula risau. Sakit dari yang td….sakit dibahagian pinggang
pulak. Sampai aku termuntah2…Keluar balik apa yang aku makan siang tadi. Husbandku
urutpun rasa mcma x rasa saja. Parents mertua x balik lg….Husbandku dh risau.
Akhirnya nk g hsptl..igt nk g hospital kerajaan saja, tiba-tiba abg iparku
balik, sarankan pergi hsptl swasta. Putra Medical Centre.
Di sana pergi bahagian kecemasan.
Mujurlah aku bawak buku merah aku. So adalah detail2 tntgku. Mula-mula ambik
tekanan darah. And then akhirnya doc sampai. Bila sampai hsptl, aku rasakan
kesakitanku hilang. Pelikkan…mungkin itu penangan hospital…bila doc sampai, aku
terus diarah masuk ke labour rom.
Pertama kali aku masuk ke situ, begitu rupanya. Pada mulanya doc mengatakan aku
ada minor contraction berdasarkan denyutan jantung dan pergerakan baby. Alamak
aku dah nak bersalin ker. Tanpa ada apa-apa persediaan. Maklumlah aku balik ke
batu pahat untuk menyambut perayaan bukan untuk bersalin lagi, walhal baru 7
bulan lebih. Adakah berlakunya pramatang. Tak terlintas difikiran langsung rasanya.
Doc siapa mengambil bukakan rahim lg. Baru 1.5 mm. Maknanya bukanlah. Mungkin
aku ada kesakitan lain yang tidak diketahui. Husbandku diluar menunggu penuh
sabar. Rasanya ada gak 30-45 min aku di dalam. Untuk mengelakkan apa-apa
terjadi, doc memberitahu aku akan mendapat 2 injection untuk mematangkan paru-paru
budak. Bila aku keluar dari labour room, mak mertua n adik-adik iparku ada
dikatilku. Mesti dorang terus singgah ke hospital tanpa balik ke rumah dahulu.
Tengok mereka masih kepenatan, almaklumlah penat beraya belum hilang. Dahlah
keesokkannya ada marhaban di rumah. Husbandku balik sebentar untuk membawa
barang-barangku kerana aku hanya datang sehelai sepinggan. Mujurlah dekat.
Dalam 10 minit, aku di bawa keluar, aku diarahkan untuk membuat ujian air
kencing. Barulah terjawab rupa-rupanya aku ada batu karang. Terkejut jugak
sedangkan selama ini, tak pernah pula aku kena penyakit tuh. Aku diberi
suntikan untuk mematangkan peparu. Fuh memang sangat sakit, bukan jenis
suntikan yng biasa. Sekali lagi pada keesokkan harinya. Dalam jam 12 tgh malam,
aku mula merasa sakit pinggang. Kesakitan seperti berada di rumah. Aku diberi
ubat bius, kerana ubat tahan sakit lambat berkesan. And then pada jam 4 am aku
berasa kesakitan lg. Aku diberi lg suntikan. Byk betul aku terima suntikan hari
ini. Malam aku ditemani husbandku. Bila klinik swasta, bila2 je boleh datang
melawat dan boleh temankan sekali. Itu yang bestnya, taklah aku bosan. Aku tak
beritahu lagi keluargaku di Pahang. Tak mahu membuatkan diaorang risau di
tengah-tengah malam. Aku cuma bagitau adik dan abangku saja. Esok pagi baru nak
bagitau ma dan abah.
Pagi-pagi lagi aku dah tepon ma dalam jam 7. Terkejut ma, takkan dah nak bersalin kot. Aku ceritakan apa yang terjadi. Lega sikit ma. Kalau tak kena ke Batu Pahatlah gamaknya. Pagi tu aku dibawa ke pusat image apa ntah untuk mengesan batu karang. Rupa-rupanya tidak sebesar mana kerana hanya 4mm sahaja. Tetapi disebabkan himpitan baby, menyebabkan aku kesakitan yang amat sangat. Bila aku tahu bukan berpunca untuk bersalin, aku terfikir, nmpknya bolehlah aku menggunakan insuranku. So x perlu byr byk2…maklumlah klinik swastakna..Aku igtkan aku dah tak terasa sakit sebab pg td aku dah diberi dos yng tggi. Jam 12 lebih aku kesakitan sekali lg..Husbandku pulak pulang sebentar ke rumah untuk mengambil barang-barang. Aku di inject sekali lg. Baru sehari lebih berada dihospital dah kebosanan. Doc hanya melawat sekali sekala sahaja. Pagi dan petang. Kemungkinan aku boleh keluar atau tidak, bergantung pada keesokkan harinya. Almaklumlah kalau aku terasa kesakitan lag pada hari ini, maknanya hari sabtu baru aku boleh keluar. Sangat bosan.
Hari jumaat, akhirnya doc kata
boleh kuar and then dia bg aku mc seminggu dan kena terima rawatan susulan pd
mggu depan. Manalah aku nak pegi, sebab aku dh balik Pahang dan kalau aku tidak
bermalam dihospital aku tak akan dpt claim insurance. So aku abaikan sahaja.
Lagipun kalau kesihatan aku mengizinkan, mggu depan aku akan balik Batu Pahat
lagi bersama-sama dengan parents, kerana ada majlis doa selamat. Mc seminggu
aku abaikan sebab aku nak guna masa bersalin nanti. Payah jugak bila ada limit
mc. Masa aku sakit di batu pahat, abang sulungku jugak terkena batu karang
jugak di Kota Tinggi. Diapun ambik injection. Bila balik Pahang dia kena lagi.
Dia lagi teruk rasanya. Lagipun dia dah pernah buat laser untuk buang batu
karang. Aku cuma kecil saja. Pelik jugak pompuan yang kena sebab majority
selalunya lelaki ynag kena. Bil hospital 1k lebih jugak..bila claim insuran
kena bayar $380. Mb rawatan mengandung tak boleh diclaim. Kemudian elaun makan
aku dapat $300. So hanya keluarkan $80 saja untuk 3h2m di hospital swasta.
Friday, December 21, 2012
Raya dah hampir tiba. Orang lain
sibuk mengambil cuti, sebelum dan selepas raya. Tapi aku ambil cuti selepas
raya. Sebab apa? Sebab tahun ni giliran beraya ditempatku pulak. Jadi aku tak
sibuk-sibuk nak balik Batu Pahat. Raya ke3 akan balik kesana. Husbandku yang
akan ke sini. Cutipun boleh aku simpan untuk bersalin nanti. Nampaknya, raya
kali ini masih lagi berdua. Walaupun sorang masih lagi di dalam perut. Raya
jatuh hari ahad, jadi kebanyakan semua pulang ke ulu jempol pada hari jumaat. Termasuk
husbandku. Cuma abgku yng sulung saja
terawal balik pulak. Maklumlah menaiki kereta kecil saja. Selepas accident,
keretanya tak siap dibaiki lagi. Husbandku pulak sampai malam jumaatnya. Jadi
riuh rendahlah dengan anak-anak sedara. Siap main mercun lagi. Hari sabtu abgku
yang ke dua pulang ke Kedah dengan meminjam kereta ayahku. Giliran dia sahaja
di sana. Maknanya setiap hari raya kami tidak akan bertembung raya. Hari sabtu
sudah mulai sibuk dengan pelbagai persiapan hari raya. Aku pula dah tak boleh
bergerak lincah. Maklumlah dh 7 bulan. Tak larat jugak nk wt semunya. Makku
jugak yang penat, tambahan pulak kakak iparku juga mengandung 6 bulan. Mujurlah
abgku ambik port tolong makku serba sedikit.
Tema raya tahun ni, warna ungu.
Aku siap beli awal lagi baju raya. Maklumlah dah sarat, jadi beli jelah jubah
mengandung senang. Nak wat baju kurung macam malas je. Jadi tak banyaklah baju
raya aku tahun nih. Lagipun beraya di uj, tak banyak tempat nak beraya
berbanding beraya di Batu Pahat. Kalau beraya di batu pahat hari first memang kena prepare banyak baju seperti tahun
lepas. Baju raya aku hanya sehelai saja tahun nih,yang lain jubah kerja saja.
Asalkan boleh pakai.
Menu raya pertama, seperti biasa
nasi impit+sate goreng+kuah masalodeh, kuah kacang dan rendang daging. Husbandku
pulak bawakkan lontong dari sana. Raya pertama, hanya berjalan sekitar kawasan
rumah saja. Husbandku mcm peliklah, maklumlh beraya di Johor berbeza dengan
beraya di Pahang. Di sana sakan beraya rumah saudara mara, tapi disini beraya rumah
kawan-kawan. Suasana yang sungguh berbeza. Maklumlah di sini tiada sedara mara. Semuanya di Kelantan. Raya
ke2, kami memasak nasi minyak. Aku bantu sikit-sikit sahaja walaupun itu
permintaan aku. Entah aku kepingin pulak nak makan nasi minyak. Raya ke 2, baru aku beraya rumah kawan-kawanku
yang jauh di jengka 22, jengka 7 dan Bandar Jengka. Raya ke 3, kami dh bertolak
ke Johor pagi-pagi lagi sebab, plannya nk g beraya petang tuh. Ma bekalkan nasi
dagang dekat besannya. Nak bagi merasai makanan tradisional orang Kelantan.
Abangku pulak balik johor tengaharinya dengan menaiki kereta aku, maklumlah
kereta masih baru nak dibandingkan dengan kereta kecil dia. Petang baru sampai
disebabkan byk kenderaan di jalan raya. Makanya malam tuh baru kami beraya
sakan disekitar kawasan rumah mak. Jam 12.30 mlm , baru kami pulang. Plan
esokknya mahu g berjalan rumah saudara mara arwah ayah mentua…tapi sebaliknya
yang berlaku.
Thursday, December 20, 2012
Bila dah masuk 7 bulan, persiapan
bayi semua dah tersedia. Prepare biar awl supaya tidak kelam kabut. Beli
semuanya dengan berpada-pada. Kata ma dan mak, jangan beli banyak-banyak sebab
baby cepat membesar. Nanti kena beli baju lain dah. Jadi untuk baju siang aku
beli dalam 5 pasang dan baju malam dalam 5 pasang. Cukuplah sampai 4 bulan dia
pakai gamaknyalah. Anggaran aku jelah. Bila anak pertama banyak benda jugaklah
kena beli. Kelambu, kain lampin, beg bayi dan macam-macam lagilah. Itu yang
teruja tuh nak wat persiapan kelahiran pertama. Persiapan bayi dan ibu banyak
jugak habis bila dijumlahkan, tapi nasib baik beli sikit-sikit jadi tak terasa
sangat pengalirannya. Kain balut, cawat dan tilam guna yang orang lain saja.
Lagipun nak pakai sekejap je. Cawat pakai masa pantang, kain balut dalam 4
bulan, tilam pun dalam 2 bulan saja. Bukan semua orang bersalin time yang sama.
Pinjamkan aje yang moksu nya. Bila dah anak ke 2 atau ke3 juz topup sikit-sikit
je. Tak perlu beli semua benda lagi.
Berat badan aku static pulak bila
bulan puasa. Bagus jugakkan. Taklah nak naik mendadak selalu. Bila dah perut
membesar, aku selalu je cramp kaki. Sakit tu. Bila tanya misi, dia tanya kita
pulak, banyak mana minum susu. Laz2 aku yang terkena. Sebab aku tak selalu
minum susu. Kalau tiap2 ari minum memang mujurlah. Kadang-kadang selang 2 ari.
Bising husbandku. Dia tak pelah memang peminat tegar susu. Kita ni yang
lemahnya, x pernah-pernah minum susu kena jadikan minuman rutin pulak. Katanya
kurang kalsium tu yang kaki menjadi cramp…Tak nak cramp minum susu jelah
jawaabnya.
Seperti biasa bila bulan puasa
tradisi munjung ada di Batu Pahat. Mak mertuaku buat bila aku balik ke sana.
Kebetulan time tu cuti nuzul quran, jadi aku ada cuti 3 ari. Tapi aku tak balik
dengan Lina sebab dia pergi Kuala Lumpur. Disebabkan aku nak balik sangat, aku
cari jugak orang yang balik area selatan. Akhirnya jumpa jugak, walaupun tak
kenal sangat. Tebalkan muka jugak. Nak naik bas dah tentu tiket habis. Takpun
terberanak jugak aku dalam bas, maklumlah dah 7 bulan. Bertolak agak lewat
jugak dalam 4 lebih, dan berbukalah kami dalam kereta, makan roti dan pau. Beli
siap-siap kat stesyen minyak. Kalau singgah makan nanti lambat pulak sampai.
Jam 9 lebih sampai kat Tangkak dan aku turun disitu, jadi husbandku ambik aku
kat sana. Tak sabar nak sampai rumah, mau makan nasi. Jam 10 lebih baru sampai
umah. Banyak jugaklah aku makan.
Keesokannya ingatkan nak shopping barang raya.
Maklumlah pastuh dah tak sempat nak cari barang dah. Sebab itu hari laz aku
balik Batu Pahat sebelum raya. Plan nak kuar petang tak jadi, sebab takut tak
larat. Cuma pergi cari kerepek-kerepek yang orang kirim untuk raya je. Banyak gak
habis, Maklumlah banyak tuan.5 bungkus besar jugak rasanya. Lepas buka puasa
baru kuar cari barang raya. Pergi Pacific cari selipar, husbandku pulak cari
seluar. Kemudian survey kat tempat baby dapat jugak beli alat-alat mandi tuk
baby. Sampaikan nak tutup Pacific tuh. Dahlah ramai orang, nak cari parking pun
payah, bila nak kuar Pacificpun sama. Nak dekat 45 minit gak rasanya baru dapat
kuar dari parking. Boleh jem pulak. First time shopping malam ari, macam nilah
gayanya kot orang Bandar, suka jalan malam-malam cari barang. Balik dari
Pacific, husband ajak makan. Aku apa lagi mau char kuew teaw. Dah lama aku kepingin makanan tuh. Dapat jugak
akhirnya Ikutkan hati rasa nak makan 2 pinggan tapi tahankan je..Segan dengan pelanggan yng lain..Memang puas hati bila kita dapat sesuatu yang kita inginkan. Balik dah
dekat 12.30 malam. Macam g dating lak rasanya. Balik umh, mak dan adik ipar dah
sibuk2 goreng ayam malam tuh. Jadi pagi esok tinggal nak masak benda lain je
lagi.
Hari ahad mak buat munjung. Aku
tidaklah sesibuk dulu, sebab aku kepenatan. Adik ipar dan mak mertuaku yang
bertungkus lumus dari pagi masak di dapur. Aku juz tolong-tolong yang ringan je.
Potong tempe, tauhu dan kentang saja. Bila petang aku dah terlentang tambah lak
hari panas. Hari isnin aku balik dengan kawan yang sama. Tengahari bertolak dan
sampai dah nak dekat buka puasa. Fuh memang penat. Perjalanan yang sangat jauh
rasanya.
Ingatkan minum air gula lepas
raya. Malas nak ganti puasa banyak. Yang sebelum nih dah 3 ari. Demam sekali, 2
kali yang tak jadi minum air gula. Tapi seminggu sebelum raya dapat panggilan
dari klinik desa suruh pergi klinik kesihatan jengka 2 minum air gula. Pergi
jelah minum, lepas nih dah tak kena minum dah. Relakan jelah.
Wednesday, December 19, 2012
Bila dah 6 bulan nih, rasanya
semua baju keja (baju kurung) dah tak muat. Lebih-lebih lagi seluar jeans.
Maklumlah berat badan naik mendadakkan. 10 kg gitu. Itu baru 6 bulan, kalau 9
bulan entah berapalah. Mujur dah nak dekat puasa, tinggal beberapa minggu je
lagi, so bolehlah cover sikit berat badan tuh. Maknanya aku kena cari uniform yang baru. Nak
beli maxi, confirm singkat, sebab aku tinggi. Kalau aku pakai maxi mesti
terjongketlah, maklumlah perutkan dah ke depan. Penyelesaiannya aku kena cari
jubah. Itulah jalan yang terbaik. Jubah bila-bilapun boleh pakai, tapi tulah kena
beli jubah saiz besar supaya muat sampai 9 bulan. Tapi bila dah bersalin dah
tak boleh pakai jubah tuh, gedoboh pulak. Kalau nak pakai kena tunggu pregnant
kali ke2…tapi entah bila pulakkan. Simpan jelah dulu. Aku beli jugaklah dalam 5
pasang. Siap beli online lg. Malas nak survey kat kedai. Yang lain maksu dan
kakak ipar bagi pinjam. Dorangpun kalau pakai time pregnant, dari dok terperuk
dalam almari lama-lama baik bagi orang pakai. Maxi ada jugaklah aku beli
sehelai je. Yang lain pakai yang orang gak. Aku mengajar pakai jubah je, maxi
bila time berjalan je, maklumlah nanti nampk sangat kesingkatannya bila menulis
di white board kalau pakai maxi.
Result untuk minum air gula dah
keluar. Nampaknya aku terlepas untuk first minum air gula. Tapi aku kena minum
lagi untuk kali ke 2 tetapi tak tahu bila. Date akan ditentukan oleh misi. Bila
dah 6 bulan berat aku dah naik 78.5kg. Dah 10 kg lebih naik….adoilah. Bila
first pregnant ni, tak leh kawal semua benda. Berat badan aku naik sebulan
dalam 2.5 kg. Nampaknya aku kena minum air gula lagi. Dr nak trace sama ada aku
kena kencing manis atau tidak semasa mengandung. Maklumlah aku tak ada
keturunan kencing manis, yang ada adalah darah tinggi je.
Aku dapat temuduga kali ke2 di
Uitm. Alhamdulilah walaupun candidatenya ramai, aku cuba jugak. Untuk subjek
math, ambil masa separuh hari sahaja. Lega bila interview not fully English.
Rasanya banyak bahasa Melayu dari bahasa Inggeris. Itu yang bagusnya..Ha3…2
panel dr Uitm Pahang, dan 1 panel dr Uitm Shah Alam. Rupa-rupanya aku kenal
jugaklah panel nih, lecturer statistic. Diapun familiar dengan muka ku nih,
siap tanya lagi…mudah-mudahan ada rezeki aku kali ini.Rezeki anak ker mana
taukan. Interview kali nih lebih rilex and cool je.
Sebelum Ramadhan, aku dah berjaya
habiskan 1 Al-Quran.Alhamdulillah... Itulah azam aku bila aku pregnant. Bila dah habis 1 Quran,
aku mengamalkan surah Yusof, Maryam dan Luqman. Aku baca bergilir-gilir setiap
hari. Surah Yusof untuk kecantikan, surah Maryam memudahkankan bersalin dan
surah Luqman untuk kebijaksanaan. Mudah-mudahan anakku nanti beroleh kesemuanya.
Amin…Aku juga memperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran setiap malam untuk anak
dalam kandunganku ini
.
Sehari sebelum 1 Ramadhan, aku
pulang ke Batu Pahat dengan Lina. Aritu kami bertolak awal, dalam 10 lebih.
Kelas ke 2 aku cancelkan, maklumlah, studentpun nak balik kampung, apalagi
pensyarahkan. Aku sebenarnya bergegas mau pergi klinik Batu Pahat. Entah sempat
ke tidak. Time tuh ramai yang balik, maklumlah first puasa bersama-sama family,
aku pulak nak puasa dengan husband. Sampai Melaka husbandku terus ambil, dan
kami terus pergi ke klinik Azlina nak scan, nak tau jantina baby, masa tuh dah
26 w. Nak g malam risau tutup, masatuh org dah mula terawih. Katanya kalau dah
4 bulan dah tahu jantina. Bila sampai di klinik, seperti biasa menunggu
giliran. Husband dan aku masuk sekali. Bila di scan katanya perempuan. Owh anakku
perempuan. Tak kisah asalkan sihat babynya. Kata doktor, bayiku ni songsang
lagi. Bilalah baby nak turun nih. Jangan risaukan mama yer.
Keesokannya puasa, maknanya first
time aku mengandung dalam bulan puasa. Entah larat ke tidak. Cuba jelah.
Maklumlah sebelum nih, mulut tak pernah berhenti makan. Jadi tahun nih aku
bolehlah puasa penuh. Fisrt puasa di Batu Pahat. Kebetulan pulak time tuh jatuh
hari sabtu. Dapatlah aku bersahur dan berbuka puasa dibelah mertua.First puasa jugaklah abgku
accident di Genting Highland sekeluarga, termasuk adikku. Hajat mahu berbuka
bersama parents, tapi lain lak yg jadinya.Teruk jugak kereta. Risaunya dengan
akak ipar. Maklumlah diapun tengah pregnant jugak…Keesokkannya parents pergi
Kalumpang nak tengok apa yang terjadi sambil nak ambil adikku. Maklumlah dah
seminggu dia di sana. Aku pula pulang selalunya sampai di Uitm abh yang ambik,
tapi kali ni, Lina kena hantar sampai ke UJ. Aku masak yang ringkas2 je,
maklumlah buka posa sorang-sorang, mek bagi jugak lauk untukku
Semasa 27w aku mengalami batuk yang sangat teruk, sampaikan aku sakit dibahagian perut. Risau jugak aku, maklumlah takut terjadi apa-apa pada kandunganku nih. Aku mengajak husbandku ke klinik Shaik untuk memeriksa kandunganku, risau kalau terjadi apa-apa. Alhamdulillah kandungan aku ok. Bila kandungan dah membesar, effect pada bayi kurang melainkan pada peringkat mula-mula.Kedudukan bayi masih lagi sama seperti mula-mula aku scan pertama dulu. Tak berubah, cuma berat baby yang bertambah. 27 w aku kena cucuk att dos 1.
Semua orang kena cucuk tuh untuk apa aku dah tak ingat, tapi adalah mengenai
besi masa bersalin ke apa ntah, tak tahu pulak aku nak explain. Sakit jugak
rasanya. Terasa jugaklahkan. Kemudian aku kena minum air gula lagi. Sah-sahlah
bulan puasa kena minum air gula jawabnya tak puasalah aku, melainkan puasa dr
jam 10 mlm and then berbuka pas ambik darah kali ke2. Bila aku sampai ke sana,
gula pulak hbs. Boleh pulak macam tuh. Kan dah sia-sia satu hari. Nak posa mmg
x laratlh, sbb x bersahur. Lepas tuh suruh datang keeesokan harinya lagi untuk
minum air gula. Air gula x dak lagi. Kalau dah tau x boleh dapat dalam minggu
tuh, x payahlah suruh datang. Kan merugikan puasa aku. Kemudian aku kena jumpa
sekali lagi dengan doktor. Biasalah bila kena pergi j2 aku memang kena awal,
maklumlah mesti ramai patientnyalah. Hahaha aku jadi orang pertama. Walaupun
orang pertama, doktor jam 9 lebih baru masuk, so tunggu jelahkan, aku seperti
biasa bawaklah keja kesana, dr aku dok melangutkan, seperi biasa tanda kertas.
Bila aku jumpa dr, katanya kandungan aku songsang. Risau jugak, tapi katanya
boleh trn lagi, maklumlah baby dalam perut nih memang nak sentiasa
bergerak-gerak.
Masa 6 ½ bulan, aku dah kena
ambil catatan gerakan janin. Yang pasti aku memang kurang merasai gerakan itu,
tambah lak bila time mengajar. Orang cakap rasa tapi aku tidak. So aku pun seperti
biasalah catatkan tipu2 ckit. Risau jugak sebenarnya, maklumlah kalau jadi
apa-apakan dalam perut tuh mana kita taukan. Moga-moga tidak jadi apa-apa.
Thursday, December 13, 2012
Sebelum semester baru bermula,
aku bercuti 2 minggu. Selepas habis intersesi aku pulang ke Batu Pahat dengan
Lina. Kali ini aku pulang pagi sabtu. Tak sempat aku nak pulang hari jumaat,
maklumlah masa tuh dok settlekan pemarkahan
budak-budak intersesi. Di rumah pulak mak tak berapa sihat, belah bagi jugak
nak balik. Ma muntah-muntah dari pagi jumaat lagi sampai ke malam. Kalah aku
yang pregnant nih. Kesian jugak. Malam
pun still muntah-muntah lagi. Ma dok
terbaring jelah sepanjang hari. Keesokan harinya, mujur tengok dah ok sikit. So
aku rasa sedap hati sikit nak balik ke Batu Pahat, maklumlah nak balik
seminggu. Risau jugak nak tinggalkan walaupun ada abah. Nanti sapa yang nak
buat keja umah. Keesokan harinya sambil hantar aku ke uitm, terus bawak ma gi
klinik. Aku sampai di Melaka dalam jam 3 petang. Tempat biasa mydin menjadi
tumpuan, maklumlah tempat perhentian aku di Mydin. Dah depan mata, masuk terus.
Beli lagi sikit-sikit barang bayi. Sampai di Batu Pahat dah nak dekat maghrib.
Aku duduk di Batu Pahat seminggu. Sepanjang aku berada seminggu disana, ada
jugaklah kenduri kendara suadara mara. Aku tak merewang sangat, maklumlah mabuk
aku belum hilang. Tambah bila malam hari. Orang sana pulak, malam baru gi
tolong menolong. Siang aku duduk dirumah sahaja menghabiskan komik mutiara
naga. Aku tak tahu kenapa aku tergila-gila sangat dengan novel nih. Mungkin aku
tak berkesempatan nak tengok kesuluruhan karton nih, maklumlah kegilaan budak
sekolah pada waktu dahulu. Masa tuh tak silap aku, aku tingkatan 2. Sanggup aku
beli komik tuh kongsi dengan husband ku. Seminggu selepas tuh aku pulang ke ulu
jempol, husbandku pergi belajar diped di gombak. Masa tuh cuti sekolah dah
bermula.
Sem baru dah masuk. Beruntung
jugak jadi orang mengandung nih. Kelas kebanyakan semua level bawah. Jam kredit
sikitlah nak dibandingkan dengan yang lain. Aku dapat 18 kredit hour. Bak kata
kpp nanti terberanak lak kalau bagi banyak kredit hour. Aku apa lagi happy
gaklah. Kelas pulak hanya ari isnin sahaja yang pagi. Memang nikmat. Mungkin
senang aku nak pergi klinik kot, maklumlah bila dah mengandung nih banyak check
up diklinik. So x payah lah aku susah-susah nak gantikan kelas. Budak pra pulak
aku dapat pra perakaunna. Syukur jugaklah. Tak yah susah-susah sangat aku nak
mengajar. Dorang nih boleh kategorikan pandai jugaklah walaupun ada certain
yang kurang, tapi tak berapa ramai. Bila dh masuk sem baru nih, berazam nak
coolkan diri. Mals nak marah2…nanti berjangkit lak dengan baby dalam perut nih.
Walaupun kadang-kadang geram je rasa, tapi di tahan jugak sifat amarah tuh.
12hb June my birthday. So tak
celebrate mana-manapun. Husband lak ada di Gombak. Cuma dapat surprise dari
husband. Wow…aku dapat handphone. Canggihlah dari handphone2 aku yang
terdahulu. Thanks abang. Bagi hadiah kat ayang. Nak celebrate birthdaypun x
leh, ayang masih mabuk lagi. Kita tunggu tahun depan yer….celebrate semua
sekali tahun depan. Masa tuh dah bertiga..2 minggu aku bersama husband. Macam
belangkas rasanya. Bila dah habis diped seminggu, maknanya cuti sekolahpun dah
habis. Husband nak balik batu pahat meneruskan rutin kerjanya. Bila nak
berpisah, terasa sedih sangat-sangat. Pembawakan budak kot atau baby dalam
perut tak mau papanya balik. Sayu je rasa…Tak pernah aku rasa seperti itu…
Masa 5 bulan jugak, aku dapat
interview tetap kat uitm jengka nih. Kebetulan masa tuh,memang semua uitm bukak
untuk jawatan tetap. Aku mintak Kedah, Perak, Terengganu, Johor dan Pahang rasanya.
Yang dipanggil adalah Perak, Kedah dan Pahang sahaja. Tapi aku tak pergi untuk
Perak dan Kedah, maklumlah jauh sangat. Masa di Perak dan Kedah panggilan interview awal dalam bulan 5. Masa
tuh sibuk mengajar intersesi. So aku pergi yang Pahang sahaja. Untuk subjek
math tak silap aku 3 hari, maknanya ramailah calon untuk jawatan ini. Padahal
kekosongan nak berapa je. Aku hari yang ke3….performance aku masa microteaching
sangat tak memuaskan hatiku. Aku tak tahu kenapa. Alamak, adakah aku ada peluang
yang cerah. Mudah-mudahan ada rezeki budak. Memang akupun tak puas hati dengan
performance aku masa tuh. Keesokanya aku terjumpa KPP pun, dia mengatakan benda
yang sama. Aduh, malu jugak jumpa KPP. Tapi tulah kalau ada rezeki, adalah tuh.
Aku tak memberi harapan sangatlah sebab aku yang wat microteaching tuh.
Masa 5 bulan jugak, aku
dikehendaki minum air gula disebabkan kenaikan berat badan yang terlalu banyak.
First time nak minum air gula nih. Aku ingatkan aku kena minum air gula sahaja.
Tak perlu berjumpa dengan doktor. So aku rilex2 je lah kat bahagian depan. Bila
minum air gula terasa kembang je tekak nih. Manis giler. Macam bubuh 1 kilo
gula gamaknya. Sebelum aku minum air gula aku dikehendaki berpuasa dahulu. Maksudnya
start dari jam 10 malam, aku tak dibenarkan makan dan minum. Aku minum air gula
jam 8.30 dan kemudian ambik darah. Kena tunggu 2 jam untuk ambil darah semula.
Masa yang panjang, jadi aku bawak kerja-kerjaku ke klinik, dari aku dok
melangut 2 jam disitu tanpa berbuat apa-apa baik aku tanda kertaskan. Biar
orang tengok semacam, janji kita tak membazir masa. Masa 2 jam tuh amat
berharga rasanya. Banyak keja yang boleh disettlekan. Bila aku jumpa doktor,
aku disuruhnya kawal pemakanan, adoilah, laz2 aku kena jumpa lak dengan pegawai
zat makanan. Ingat aku nih terlebih makanlah gamaknya, padahal memang betullpun.
Dok tanya apa yang aku makan seharian. Kalau dah lapar makan jelah takkan nak
ditahan-tahankan. Kesian baby, nak rasa semua benda.
Satu hal lagi, aku memang liat
nak minum susu. Maklumlah memang aku tak pernah minum melainkan masa keciklah.
Tapi demi baby, aku gahkan gak minum, takut kalsium dalam badan kurang.
Mula-mula minum susu anmum…tapi aku rasa lain je…Bila dah habis 2 peket, aku
ubah kepada mamil, ok sikitlah, habis sepeket aku beli yang perasa coklat, lagi
ok…Tapi taklah jadi favouritekan. Kadang-kadang aku minum gak yang dutch lady
coklat tuh. Yang pasti susu nih aku minum masa aku pregnant jelah..Huhuhu
First time pergi ke klinik
kesihatan jengka 2. Emak yang teman. Jam 7.45 am aku dah ke sana. Walaupun
klinik bermula jam 8, aku dah orang ke 5 untuk bertemu dengan doktor. Sebelum
berjumpa dengan doktor, seperti biasa, timbang berat badan, tekanan darah dan
ambil ujian air kencing. Kemudian aku dikehendaki untuk mengambil darah untuk
menentukan jenis darah. Result akan
diperolehi dalam 2 minggu. Jam 10 aku baru berjumpa doktor. Hamper 1 ½ jam baru
dapat jumpa doktor, padahal aku orang ke 5 sahaja. Macam nilah kot klinik
kerajaan. Doktor jam 9 lebih baru masuk keja padahal waktu bekerja start jam 8.
Semasa aku berjumpa doktorpun, doktor scan, sama juga uri masih dibawah. Owh,
mudah-muahan uri akan naik ke atas. Itupun merisaukan aku. Jam 11 baru aku
masuk opis. Kesian jugak kat makku kerana terpaksa menunggu lama. Serik jugak
aku nak pergi ke klinik kesihatan…Perkhidmatan yang terlalu lembab. Tapi nak
wat macammana, aku memang kena berurusan dengan klinik kesihatan sepanjang
kehamilan aku.
Minggu berikutnya aku buat
pemeriksaan gigi. Itupun satu prosuder kalau mengandung. Aku pergi ke
poliklinik Bandar Jengka untuk pemeriksaan tersebut. Mujur tak mengambil masa
yang lama walaupun aku pergi dalam jam 8 lebih. Aku orang yang pertama. Masih
sama menunggu doktor masuk dulu. Macam nilah gayanya. Gigi aku dicuci dan di
tampal. Padahal aku baru buat pemeriksaan gigi dalam bulan 12 atau 1, x silap
aku masa di uitm. Masih ada lagi kerosakan gigiku.
Masa minggu ke 19, aku buat
pemeriksaan rutin di klinik desa ulu jempol. Seperti biasa beratku naik. Wow
naik 4 kg dalam sebulan. Sudah jawabnya aku kena minum air gulalah sebab berat
naik terlalu banyak. Selera aku bertambah-tambah, maklumlah aku tak loya-loya
masa mengandung. Muntahpun jauh sekali. Berlainan dengan orang lain. Sedap je
makan, maklumlah makan seafood. Ayam dan ikankan tak boleh makan.
Sekarang aku dah selalu balik ke Batu Pahat.
Menumpang Lina. So husbandku yang ambil di Melaka.Aku dah mula mencari barang
baby sikit-sikit. Maklumlah kalau beli sekaligus, terasa banyak yang mengalir..
So beli sikit-sikit. First kami beli di Mydin. Setakat 2 helai baju sahaja.
Takpe sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Disebabkan tak tahu jantina, jadi aku
dan husband ambil langkah selamat beli baju warna putih.
Masa 3 bulan aku ada temu janji
dengan doktor iaitu pemeriksaan pertama dengan doktor. Tetapi pada tarikh itu,
pertemuan terpaksa aku cancelkan, sebab aku ada interview di UTHM Batu Pahat. Alasan
yang ku berikan pada klinik desa adalah aku ada kursus. Langkah selamatlah
katakan. Jadi klinik desa akan set kan tarikh lain untuk bertemu dengan doktor.
Tarikh yang diberikan adalah minggu depan berikutnya. Nak dijadikan cerita
minggu itu, doctor pulak yang tiada, doktor pula yang ada kursus. So, tarikh
menganjak minggu berikutnya lagi. Bermakna aku dah 4 bulan time tuh. Pertemuan
dengan doctor akan ku ceritakan dalam kronologi 4 bulan. Kebetulan aku ada dua interview dalam masa
satu hari, so x payah susah-susah aku nak ambik cuti.Mudah-mudahan satu daripadanya
lekat padaku. Aku rasa dah x sanggup nak berjauhan dengan suamiku tambahan
pulak aku berbadan dua.
1st interview aku di
Pusat Pengajian Diploma dan yang ke 2 di Fakulti Sains, Teknologi dan
Pembangunan Insan. Kedua-duanya adalah post pensyarah matematik. Satu mengajar
pelajar diploma dan satu lagi mengajar degree. Satu ada mock teaching dan satu
lagi adalah interview biasa. Kebetulan
minggu tuh husbandku balik naik kereta, jadi aku terus ikut sekali balik ke
Batu Pahat. Untuk balik ke Ulu Jempol
semula, terpaksalah aku balik naik bas, walaupun pada masa itu aku berada pada
1st trimester. Risau jugak. Tapi berdoa banyak2 semoga tak terjadi
apa-apa. Takkan aku nak suruh husbandku hantar, tambahan banyak kelas terpaksa
aku ganti nanti. Aku pulang melalui Kuala lumpur untuk mempercepatkan
perjalanana dan memudahkan aku sampai ke Pahang. Kebetulan pada hari itu, aku
adakan kelas cuma di sebelah petang.
Masa 1st interview bagiku biasa2
je. Lagipun tiada mock teaching, juz berbual2 kosong sahaja. Tapi bagi 2nd
interview, tajuk yang diberikan adalah on the spot dan kena prepared dalam masa
10 minit. Bagai nak rak malam sebelum tuh aku prepared untuk mock teaching,
laz2 tajuk lain yang diberikan. Itu yang manakutkan aku. Jadi bagiku, aku hanya
menaruh harapan pada interview yang pertama. Yang ke dua jauh sekali. Lagipun
banyak candidate untuk 2nd interview untuk aku bersaing. Aku hanya
bertawakal sahaja. Mudah-mudahan ada rezeki babyku ini.
Ok, berbalik pada kandunganku
ini. Bila pertemuan dengan doktor asik
tertunda je,aku jadi gelisah, maklumlah orang masa 2 bulan lebih or 3 bln dh
scan, aku masih x scan2 lg. So inisiatifnya
masa 3 bulan ½ aku g scan di klink swasta Batu Pahat untuk mengetahui
perkembangan janinku. Risau jugak kalau terjadi apa-apa. Kebetulan aku balik
Batu Pahat menumpang kereta kawanku sampai ke Melaka and then husbandku ambik
di Melaka. Pada masa itu aku sampai
malam, maklumlah bertolak dr UiTM pun dh kul 4 lebih and then sampai di Melaka kul
8 lebih. Husbandku tggu di Mydin. Di sebabkan aku dh lama x bershopping, bershopping
jugaklah aku di Mydin. Ada jugak sejam berada di Mydin. And then makan mcd di
Melaka sebelum balik. Sampai di rumah dah nak dekat jam 11, sbb bertolak dr
melakapun dh dkt 10.30 mlm. Keesokan harinya aku dan husband pergi ke kinik
untuk scan baby. Nak tahu perkembangan baby, sebabnya aku tak pernah scan sejak
mengandung lagi. Permulaan scan resultnya uri di bawah. Doctor nasihatkn aku
supaya tidak membuat kerja berat takut mengalami pendarahan. Bila uri dibawah, banyak
risiko yang akan berlaku. Aku teruja tengok gambar baby dalam filem scan. Owh x
sabar rasanya, walhal baru je 3 bulan lebih. Hari isnin aku balik dengan Lina.
Husbandku hantar di Melaka. Bershopping
lagi maklumlah x puas malm tu cari barang. Lagipun aku keluar awal dr rumh.
Sampai di Uj, aku tunjukkan filem scan pada parents. Nampknya aku masih
menungggu 6 bulan lg untuk dia lahir ke dunia ini. Aku ternanti-nanti saat itu.
Pertemuan kedua dengan klinik
desa semasa aku 15 minggu. Wah paling mengejutkan berat badan aku naik 2 ½ kg
dalam masa sebulan. Padahal dalam 5 bulan pertama kenaikan yang sepatutnya
adalah 0.5kg sebulan. Naik yang amat
mendadak. Fuh, mungkin seleraku bertambah-tambah maklumlah aku tiada alahan
semasa mengandung. Cuma aku tidak boleh bau dapur semasa orang memasak.
Maknanya aku memang tak masuk dapurlah. Makku sahaja yang masakkan. Aku juga
tidak boleh makan ayam dan ikan. Aku rasa seperti kembang je tekak nih. Jadi
aku makan seafood sahaja. Itu yang berat badan aku naik mendadak tu kot. Pening
kepala semasa di awal kehamilan juga turut berlaku padaku. Mula-mula di awal
pagi and then selepas 2 minggu, terjadi di malam hari. Maksudnya sepanjang awal
kehamilan, aku memang tidur awal.
Diawal kandungan aku nih, aku
teringin nak makan pizza hut. Manalah aku nak cari pizza hut di Bandar Pusat.
Paling dekatpun Jerantut. Mula-mula aku tak cakap pada sapa-sapapun. Tetiba aku
terlepas cakap dengan makku. Laz2 abah bawak pergi jerantut beli pizza. Tapau je.
Beli yang kecik. Nak hilangkan rasa kepingin. Kesian baby nanti, meleleh air
liur. Wah bila dapat rasa sikitpun dah jadi lega. Cerita kat husband, diapun
kesian, tapi nak wat macammana, husbandku di batu pahat. Kadang-kadang dia rasa
terkilan jugaklah, maklumlah isteri nak, tapi husband tak dapat tunaikan. Ulangtahun
perkahwinanku bersambut dirumah sahaja. Mula- mula planning nak gi Langkawi,
tapi semua tak benarkan, maklumlah 3bulan. Masih berisiko untuk bergerak lasak.
Sampaikan tunda tahun depan. Harijadi mak
mertua celebrate di pizza hut. Memang puas hatilah. Sampai tak terhabis pizza
hutnya. Siap tapau lagi. Aku rasa aku yang paling banyak makan pizzanya. Maklumlah
kepingin tu tak hilang. Sampaikan aku naik muak rasanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)