Thursday, December 27, 2012
11/10/12
Aku tidak boleh bangun lagi.
Masih terbaring lagi. Cuma aku boleh tinggikan kepalaku. Jadi setiap aktiviti
dilakukan dengan bantuan nurse disini. Selepas operation, badanku masih terima
suntikan jarum. Sampai bila tak tahulah, mungkin sampai keluar hospitallah
gamaknya. Ubat jugak tak ketinggalan. Seperti biasa jam 7 lebih dah ada doktor
yang melawat. Dalam 9 lebih, tiub air kencing dah dibuka. Maknanya aku dah
boleh berjalan. Nurse suruh aku mengiring ke kiri atau ke kanan. Terasa
sakitnya di bahagian perut tambah kalau nak berdiri. Bila dah berasa sakit
maknanya ubat bius dah hilang. Lagipun laz aku muntah di awal pagi. Jadi secara
beransur-ansur ubat bius hilang dengan sendirinya. Aduh, maknanya aku kena tggu husbandku untuk
meminta bantuannya. Bila time melawat tengahari, husbandku sampai and then aku
minta bantuan dia untuk bangun. Kemudian pergi ke toilet membersihkan diri.
Sungguh seksa aku nak berjalan. Dah siap memperkemaskan diri, aku rindu untuk
menjenguk puteri kesayanganku di Nicu. Seharian tak tengok. Dengan diiringi
kerusi roda, aku kesana. Di Nicu aku kelihatan ramai bayi-bayi yang diletakkan
disitu. Masing-masing ada masalah. Owh kesian aku tengok bayiku diasingkan
dengan aku. Masa kulihat dan kuambil bayiku dia ketiduran. 30 minit jugak aku
disana. Rindunya dengan bayiku ini. Beginilah besarnya pengorbanan ibu yang aku
rasakan. Bagaimana ma melahirkan aku dulu.
Husbandku beritahu, malam tadi dah nak jam 10 lebih dorang sampai uj. Dorang tak tido terus membersihkan uri di malam hari. Barulah dorang berehat. Memang nampak dorang kepenatan. Kesian ma dan abah. Husbandku seminggu berulang alikpun dah rasa penat.Pergi balik dah nak dekat 2 jam. Uj sebagai tempat persinggahan untuk tido. Masa banyak dihabiskan di hospital. Sengkang masa antara melawat
tengahari dan petang, husbandku tunggu di bawah saja. Dah tak tahu nak ke mana.
Petang ma datang. Pagi abah pergi ladang dulu. Kesian kat abah. Penat-penat
datang jugak masa waktu melawat. Doktor
yang menyambut bayiku ada di wad aku. Katanya bayiku dah boleh naik atas,
mungkin petang-petang sikit. Ada prosedur yang perlu diuruskan di sana. Aku
juga mungkin dah boleh balik esok. Tunggu doktor buka bahagian penampal
operateku. Doktor bagi salinan ubat yang perlu aku ambil esok ari. Bila dah hbs melawat waktu petang aku tertido.
Jam 8 lebih, misi mengejutku, dia dah bawa bayiku naik ke atas. Gembira tak
terkata, sakitpun terasa hilang. Aku menyalin baju baby, terasa kekok rasanya.
Mujur ada orang yg menghulurkan bantuan. Bayiku asik tido saja. Malam tu aku
tido sebelah bayiku.
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)