Thursday, December 13, 2012
Sebelum semester baru bermula,
aku bercuti 2 minggu. Selepas habis intersesi aku pulang ke Batu Pahat dengan
Lina. Kali ini aku pulang pagi sabtu. Tak sempat aku nak pulang hari jumaat,
maklumlah masa tuh dok settlekan pemarkahan
budak-budak intersesi. Di rumah pulak mak tak berapa sihat, belah bagi jugak
nak balik. Ma muntah-muntah dari pagi jumaat lagi sampai ke malam. Kalah aku
yang pregnant nih. Kesian jugak. Malam
pun still muntah-muntah lagi. Ma dok
terbaring jelah sepanjang hari. Keesokan harinya, mujur tengok dah ok sikit. So
aku rasa sedap hati sikit nak balik ke Batu Pahat, maklumlah nak balik
seminggu. Risau jugak nak tinggalkan walaupun ada abah. Nanti sapa yang nak
buat keja umah. Keesokan harinya sambil hantar aku ke uitm, terus bawak ma gi
klinik. Aku sampai di Melaka dalam jam 3 petang. Tempat biasa mydin menjadi
tumpuan, maklumlah tempat perhentian aku di Mydin. Dah depan mata, masuk terus.
Beli lagi sikit-sikit barang bayi. Sampai di Batu Pahat dah nak dekat maghrib.
Aku duduk di Batu Pahat seminggu. Sepanjang aku berada seminggu disana, ada
jugaklah kenduri kendara suadara mara. Aku tak merewang sangat, maklumlah mabuk
aku belum hilang. Tambah bila malam hari. Orang sana pulak, malam baru gi
tolong menolong. Siang aku duduk dirumah sahaja menghabiskan komik mutiara
naga. Aku tak tahu kenapa aku tergila-gila sangat dengan novel nih. Mungkin aku
tak berkesempatan nak tengok kesuluruhan karton nih, maklumlah kegilaan budak
sekolah pada waktu dahulu. Masa tuh tak silap aku, aku tingkatan 2. Sanggup aku
beli komik tuh kongsi dengan husband ku. Seminggu selepas tuh aku pulang ke ulu
jempol, husbandku pergi belajar diped di gombak. Masa tuh cuti sekolah dah
bermula.
Sem baru dah masuk. Beruntung
jugak jadi orang mengandung nih. Kelas kebanyakan semua level bawah. Jam kredit
sikitlah nak dibandingkan dengan yang lain. Aku dapat 18 kredit hour. Bak kata
kpp nanti terberanak lak kalau bagi banyak kredit hour. Aku apa lagi happy
gaklah. Kelas pulak hanya ari isnin sahaja yang pagi. Memang nikmat. Mungkin
senang aku nak pergi klinik kot, maklumlah bila dah mengandung nih banyak check
up diklinik. So x payah lah aku susah-susah nak gantikan kelas. Budak pra pulak
aku dapat pra perakaunna. Syukur jugaklah. Tak yah susah-susah sangat aku nak
mengajar. Dorang nih boleh kategorikan pandai jugaklah walaupun ada certain
yang kurang, tapi tak berapa ramai. Bila dh masuk sem baru nih, berazam nak
coolkan diri. Mals nak marah2…nanti berjangkit lak dengan baby dalam perut nih.
Walaupun kadang-kadang geram je rasa, tapi di tahan jugak sifat amarah tuh.
12hb June my birthday. So tak
celebrate mana-manapun. Husband lak ada di Gombak. Cuma dapat surprise dari
husband. Wow…aku dapat handphone. Canggihlah dari handphone2 aku yang
terdahulu. Thanks abang. Bagi hadiah kat ayang. Nak celebrate birthdaypun x
leh, ayang masih mabuk lagi. Kita tunggu tahun depan yer….celebrate semua
sekali tahun depan. Masa tuh dah bertiga..2 minggu aku bersama husband. Macam
belangkas rasanya. Bila dah habis diped seminggu, maknanya cuti sekolahpun dah
habis. Husband nak balik batu pahat meneruskan rutin kerjanya. Bila nak
berpisah, terasa sedih sangat-sangat. Pembawakan budak kot atau baby dalam
perut tak mau papanya balik. Sayu je rasa…Tak pernah aku rasa seperti itu…
Masa 5 bulan jugak, aku dapat
interview tetap kat uitm jengka nih. Kebetulan masa tuh,memang semua uitm bukak
untuk jawatan tetap. Aku mintak Kedah, Perak, Terengganu, Johor dan Pahang rasanya.
Yang dipanggil adalah Perak, Kedah dan Pahang sahaja. Tapi aku tak pergi untuk
Perak dan Kedah, maklumlah jauh sangat. Masa di Perak dan Kedah panggilan interview awal dalam bulan 5. Masa
tuh sibuk mengajar intersesi. So aku pergi yang Pahang sahaja. Untuk subjek
math tak silap aku 3 hari, maknanya ramailah calon untuk jawatan ini. Padahal
kekosongan nak berapa je. Aku hari yang ke3….performance aku masa microteaching
sangat tak memuaskan hatiku. Aku tak tahu kenapa. Alamak, adakah aku ada peluang
yang cerah. Mudah-mudahan ada rezeki budak. Memang akupun tak puas hati dengan
performance aku masa tuh. Keesokanya aku terjumpa KPP pun, dia mengatakan benda
yang sama. Aduh, malu jugak jumpa KPP. Tapi tulah kalau ada rezeki, adalah tuh.
Aku tak memberi harapan sangatlah sebab aku yang wat microteaching tuh.
Masa 5 bulan jugak, aku
dikehendaki minum air gula disebabkan kenaikan berat badan yang terlalu banyak.
First time nak minum air gula nih. Aku ingatkan aku kena minum air gula sahaja.
Tak perlu berjumpa dengan doktor. So aku rilex2 je lah kat bahagian depan. Bila
minum air gula terasa kembang je tekak nih. Manis giler. Macam bubuh 1 kilo
gula gamaknya. Sebelum aku minum air gula aku dikehendaki berpuasa dahulu. Maksudnya
start dari jam 10 malam, aku tak dibenarkan makan dan minum. Aku minum air gula
jam 8.30 dan kemudian ambik darah. Kena tunggu 2 jam untuk ambil darah semula.
Masa yang panjang, jadi aku bawak kerja-kerjaku ke klinik, dari aku dok
melangut 2 jam disitu tanpa berbuat apa-apa baik aku tanda kertaskan. Biar
orang tengok semacam, janji kita tak membazir masa. Masa 2 jam tuh amat
berharga rasanya. Banyak keja yang boleh disettlekan. Bila aku jumpa doktor,
aku disuruhnya kawal pemakanan, adoilah, laz2 aku kena jumpa lak dengan pegawai
zat makanan. Ingat aku nih terlebih makanlah gamaknya, padahal memang betullpun.
Dok tanya apa yang aku makan seharian. Kalau dah lapar makan jelah takkan nak
ditahan-tahankan. Kesian baby, nak rasa semua benda.
Satu hal lagi, aku memang liat
nak minum susu. Maklumlah memang aku tak pernah minum melainkan masa keciklah.
Tapi demi baby, aku gahkan gak minum, takut kalsium dalam badan kurang.
Mula-mula minum susu anmum…tapi aku rasa lain je…Bila dah habis 2 peket, aku
ubah kepada mamil, ok sikitlah, habis sepeket aku beli yang perasa coklat, lagi
ok…Tapi taklah jadi favouritekan. Kadang-kadang aku minum gak yang dutch lady
coklat tuh. Yang pasti susu nih aku minum masa aku pregnant jelah..Huhuhu
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)