Friday, December 21, 2012
Raya dah hampir tiba. Orang lain
sibuk mengambil cuti, sebelum dan selepas raya. Tapi aku ambil cuti selepas
raya. Sebab apa? Sebab tahun ni giliran beraya ditempatku pulak. Jadi aku tak
sibuk-sibuk nak balik Batu Pahat. Raya ke3 akan balik kesana. Husbandku yang
akan ke sini. Cutipun boleh aku simpan untuk bersalin nanti. Nampaknya, raya
kali ini masih lagi berdua. Walaupun sorang masih lagi di dalam perut. Raya
jatuh hari ahad, jadi kebanyakan semua pulang ke ulu jempol pada hari jumaat. Termasuk
husbandku. Cuma abgku yng sulung saja
terawal balik pulak. Maklumlah menaiki kereta kecil saja. Selepas accident,
keretanya tak siap dibaiki lagi. Husbandku pulak sampai malam jumaatnya. Jadi
riuh rendahlah dengan anak-anak sedara. Siap main mercun lagi. Hari sabtu abgku
yang ke dua pulang ke Kedah dengan meminjam kereta ayahku. Giliran dia sahaja
di sana. Maknanya setiap hari raya kami tidak akan bertembung raya. Hari sabtu
sudah mulai sibuk dengan pelbagai persiapan hari raya. Aku pula dah tak boleh
bergerak lincah. Maklumlah dh 7 bulan. Tak larat jugak nk wt semunya. Makku
jugak yang penat, tambahan pulak kakak iparku juga mengandung 6 bulan. Mujurlah
abgku ambik port tolong makku serba sedikit.
Tema raya tahun ni, warna ungu.
Aku siap beli awal lagi baju raya. Maklumlah dah sarat, jadi beli jelah jubah
mengandung senang. Nak wat baju kurung macam malas je. Jadi tak banyaklah baju
raya aku tahun nih. Lagipun beraya di uj, tak banyak tempat nak beraya
berbanding beraya di Batu Pahat. Kalau beraya di batu pahat hari first memang kena prepare banyak baju seperti tahun
lepas. Baju raya aku hanya sehelai saja tahun nih,yang lain jubah kerja saja.
Asalkan boleh pakai.
Menu raya pertama, seperti biasa
nasi impit+sate goreng+kuah masalodeh, kuah kacang dan rendang daging. Husbandku
pulak bawakkan lontong dari sana. Raya pertama, hanya berjalan sekitar kawasan
rumah saja. Husbandku mcm peliklah, maklumlh beraya di Johor berbeza dengan
beraya di Pahang. Di sana sakan beraya rumah saudara mara, tapi disini beraya rumah
kawan-kawan. Suasana yang sungguh berbeza. Maklumlah di sini tiada sedara mara. Semuanya di Kelantan. Raya
ke2, kami memasak nasi minyak. Aku bantu sikit-sikit sahaja walaupun itu
permintaan aku. Entah aku kepingin pulak nak makan nasi minyak. Raya ke 2, baru aku beraya rumah kawan-kawanku
yang jauh di jengka 22, jengka 7 dan Bandar Jengka. Raya ke 3, kami dh bertolak
ke Johor pagi-pagi lagi sebab, plannya nk g beraya petang tuh. Ma bekalkan nasi
dagang dekat besannya. Nak bagi merasai makanan tradisional orang Kelantan.
Abangku pulak balik johor tengaharinya dengan menaiki kereta aku, maklumlah
kereta masih baru nak dibandingkan dengan kereta kecil dia. Petang baru sampai
disebabkan byk kenderaan di jalan raya. Makanya malam tuh baru kami beraya
sakan disekitar kawasan rumah mak. Jam 12.30 mlm , baru kami pulang. Plan
esokknya mahu g berjalan rumah saudara mara arwah ayah mentua…tapi sebaliknya
yang berlaku.
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)