Tuesday, December 25, 2012
8/10/2012..aku kena admit di
hospital Temerloh. Aku dan husband bertolak dari rumah jam 7.45 pg. Jam 9 pagi
aku dah didaftarkan masuk wad…Ramai betul nurse-nurse disini. Pelatih jugak ramai.
Macam nilah hospital kerajaan, ramai pelatih nurse dan jugak doc. Nasiblah.
Mungkin jugak aku dijadikan bahan eksperimen. Tunggu dan lihat sajalah. Aku dah prepare dengan buku cerita. Maklumlah
duk hospital tentu bosan. Banyak pemeriksaan dilakukan. Rutin biasa seperti
ambil ujian air kencing dan tekanan darah kemudian buat ctg. Lama jugak aku
buat ctg, sebab apa?? Sebab baby tido dalam perut. Nurse nak tahu gerakan baby
dalam perut, jadi digerak-geraknya perut aku nih, supaya gerakan bayi normal. Bila tengahari baru doc scan. Katanya untuk
memusingkan kepala memang berisiko. Doc akan refer pada doctor pakar. And then
pada jam 3 ptg doctor pakar scan. Katanya memang tak boleh dipusingkan, sebab
baby besar. 3.4kg x silap aku. So aku
menunggu hari jelah pada 10.10.12 untuk dioperate.
Di wad tuh kebanyakan semunya nak
bersalin. Masing-masing nak cari jalan mereke berjalan-jalan untuk memudahkan
bersalin. Aku rilex saja. Maklumlah tak sakit lagi. Nursepun melakukan rutin
cek denyutan baby dan ambil tekanan
darah. Banyak kali jugak dalam sehari. Ada kot 5 kali rasanya. Hari pertama
husband dan parents datang. Husband bila datang tengahari, dia x balik tunggu
sampai petang. Maklumlah jauh jugak dalam sejam , kalau pergi balik dah 2 jam. Hari pertama di hospital, aku teringin nak
makan ikan percik, jadi keesokannya husbandku sahaja yang datang, bawakan ikan percik,
sayur dan nasi. Ma yang bekalkan padaku. Awal jugak dia masak, sebab jam 11
husband dah nak bertolak dari rumah. Petang husbandku tak balik. Sanggup
menunggu untuk waktu melawat waktu ptg…Jadi dia pergi ke Mentakab untuk
menguruskan pembayaran keretaku sambil-sambil menunggu waktu melawat petang. Apa
lagi aku mengirim mcd. Maklumlah pasnih aku dah nak operate…Hu3…Mcd pulak ada
di Mentakab saja pulak tuh. Aku ada temujanji dengan pakar bius pada jam
2…Diberi taklimat mengenai operation keesokkan harinya. Makin berdebar rasanya.
So aku akan dibawa ke tempat bilik bedah untuk operation esoknya. Aku diberitahu
aku giliran kedua. Aku jugak ditemu bual oleh doc pelatih. Mungkin untuk kajian
kes mereka. Layankan ajelah. Petang aku diambil darah oleh doktor, untuk wat
simpanan takut ada apa-apa kecemasan. Mula-mula dicucuk oleh doktor pelatih,
tak jumpa urat. Sakit jugak. Kan betul dijadikan bahan eksperimen. Akhirnya doktor betul yang cucuk. Malamnya
aku dipanggil oleh nurse untuk membersihkan apa yg sepatutnya. And then tengah
malam kedua-dua tanganku dah dicucuk untuk mengisi ubat keesokan harinya. Memang
sakit. Berdenyut-denyut samapi ke pagi.
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)