Thursday, December 13, 2012
First time pergi ke klinik
kesihatan jengka 2. Emak yang teman. Jam 7.45 am aku dah ke sana. Walaupun
klinik bermula jam 8, aku dah orang ke 5 untuk bertemu dengan doktor. Sebelum
berjumpa dengan doktor, seperti biasa, timbang berat badan, tekanan darah dan
ambil ujian air kencing. Kemudian aku dikehendaki untuk mengambil darah untuk
menentukan jenis darah. Result akan
diperolehi dalam 2 minggu. Jam 10 aku baru berjumpa doktor. Hamper 1 ½ jam baru
dapat jumpa doktor, padahal aku orang ke 5 sahaja. Macam nilah kot klinik
kerajaan. Doktor jam 9 lebih baru masuk keja padahal waktu bekerja start jam 8.
Semasa aku berjumpa doktorpun, doktor scan, sama juga uri masih dibawah. Owh,
mudah-muahan uri akan naik ke atas. Itupun merisaukan aku. Jam 11 baru aku
masuk opis. Kesian jugak kat makku kerana terpaksa menunggu lama. Serik jugak
aku nak pergi ke klinik kesihatan…Perkhidmatan yang terlalu lembab. Tapi nak
wat macammana, aku memang kena berurusan dengan klinik kesihatan sepanjang
kehamilan aku.
Minggu berikutnya aku buat
pemeriksaan gigi. Itupun satu prosuder kalau mengandung. Aku pergi ke
poliklinik Bandar Jengka untuk pemeriksaan tersebut. Mujur tak mengambil masa
yang lama walaupun aku pergi dalam jam 8 lebih. Aku orang yang pertama. Masih
sama menunggu doktor masuk dulu. Macam nilah gayanya. Gigi aku dicuci dan di
tampal. Padahal aku baru buat pemeriksaan gigi dalam bulan 12 atau 1, x silap
aku masa di uitm. Masih ada lagi kerosakan gigiku.
Masa minggu ke 19, aku buat
pemeriksaan rutin di klinik desa ulu jempol. Seperti biasa beratku naik. Wow
naik 4 kg dalam sebulan. Sudah jawabnya aku kena minum air gulalah sebab berat
naik terlalu banyak. Selera aku bertambah-tambah, maklumlah aku tak loya-loya
masa mengandung. Muntahpun jauh sekali. Berlainan dengan orang lain. Sedap je
makan, maklumlah makan seafood. Ayam dan ikankan tak boleh makan.
Sekarang aku dah selalu balik ke Batu Pahat.
Menumpang Lina. So husbandku yang ambil di Melaka.Aku dah mula mencari barang
baby sikit-sikit. Maklumlah kalau beli sekaligus, terasa banyak yang mengalir..
So beli sikit-sikit. First kami beli di Mydin. Setakat 2 helai baju sahaja.
Takpe sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Disebabkan tak tahu jantina, jadi aku
dan husband ambil langkah selamat beli baju warna putih.
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)