Thursday, December 13, 2012
Masa 3 bulan aku ada temu janji
dengan doktor iaitu pemeriksaan pertama dengan doktor. Tetapi pada tarikh itu,
pertemuan terpaksa aku cancelkan, sebab aku ada interview di UTHM Batu Pahat. Alasan
yang ku berikan pada klinik desa adalah aku ada kursus. Langkah selamatlah
katakan. Jadi klinik desa akan set kan tarikh lain untuk bertemu dengan doktor.
Tarikh yang diberikan adalah minggu depan berikutnya. Nak dijadikan cerita
minggu itu, doctor pulak yang tiada, doktor pula yang ada kursus. So, tarikh
menganjak minggu berikutnya lagi. Bermakna aku dah 4 bulan time tuh. Pertemuan
dengan doctor akan ku ceritakan dalam kronologi 4 bulan. Kebetulan aku ada dua interview dalam masa
satu hari, so x payah susah-susah aku nak ambik cuti.Mudah-mudahan satu daripadanya
lekat padaku. Aku rasa dah x sanggup nak berjauhan dengan suamiku tambahan
pulak aku berbadan dua.
1st interview aku di
Pusat Pengajian Diploma dan yang ke 2 di Fakulti Sains, Teknologi dan
Pembangunan Insan. Kedua-duanya adalah post pensyarah matematik. Satu mengajar
pelajar diploma dan satu lagi mengajar degree. Satu ada mock teaching dan satu
lagi adalah interview biasa. Kebetulan
minggu tuh husbandku balik naik kereta, jadi aku terus ikut sekali balik ke
Batu Pahat. Untuk balik ke Ulu Jempol
semula, terpaksalah aku balik naik bas, walaupun pada masa itu aku berada pada
1st trimester. Risau jugak. Tapi berdoa banyak2 semoga tak terjadi
apa-apa. Takkan aku nak suruh husbandku hantar, tambahan banyak kelas terpaksa
aku ganti nanti. Aku pulang melalui Kuala lumpur untuk mempercepatkan
perjalanana dan memudahkan aku sampai ke Pahang. Kebetulan pada hari itu, aku
adakan kelas cuma di sebelah petang.
Masa 1st interview bagiku biasa2
je. Lagipun tiada mock teaching, juz berbual2 kosong sahaja. Tapi bagi 2nd
interview, tajuk yang diberikan adalah on the spot dan kena prepared dalam masa
10 minit. Bagai nak rak malam sebelum tuh aku prepared untuk mock teaching,
laz2 tajuk lain yang diberikan. Itu yang manakutkan aku. Jadi bagiku, aku hanya
menaruh harapan pada interview yang pertama. Yang ke dua jauh sekali. Lagipun
banyak candidate untuk 2nd interview untuk aku bersaing. Aku hanya
bertawakal sahaja. Mudah-mudahan ada rezeki babyku ini.
Ok, berbalik pada kandunganku
ini. Bila pertemuan dengan doktor asik
tertunda je,aku jadi gelisah, maklumlah orang masa 2 bulan lebih or 3 bln dh
scan, aku masih x scan2 lg. So inisiatifnya
masa 3 bulan ½ aku g scan di klink swasta Batu Pahat untuk mengetahui
perkembangan janinku. Risau jugak kalau terjadi apa-apa. Kebetulan aku balik
Batu Pahat menumpang kereta kawanku sampai ke Melaka and then husbandku ambik
di Melaka. Pada masa itu aku sampai
malam, maklumlah bertolak dr UiTM pun dh kul 4 lebih and then sampai di Melaka kul
8 lebih. Husbandku tggu di Mydin. Di sebabkan aku dh lama x bershopping, bershopping
jugaklah aku di Mydin. Ada jugak sejam berada di Mydin. And then makan mcd di
Melaka sebelum balik. Sampai di rumah dah nak dekat jam 11, sbb bertolak dr
melakapun dh dkt 10.30 mlm. Keesokan harinya aku dan husband pergi ke kinik
untuk scan baby. Nak tahu perkembangan baby, sebabnya aku tak pernah scan sejak
mengandung lagi. Permulaan scan resultnya uri di bawah. Doctor nasihatkn aku
supaya tidak membuat kerja berat takut mengalami pendarahan. Bila uri dibawah, banyak
risiko yang akan berlaku. Aku teruja tengok gambar baby dalam filem scan. Owh x
sabar rasanya, walhal baru je 3 bulan lebih. Hari isnin aku balik dengan Lina.
Husbandku hantar di Melaka. Bershopping
lagi maklumlah x puas malm tu cari barang. Lagipun aku keluar awal dr rumh.
Sampai di Uj, aku tunjukkan filem scan pada parents. Nampknya aku masih
menungggu 6 bulan lg untuk dia lahir ke dunia ini. Aku ternanti-nanti saat itu.
Pertemuan kedua dengan klinik
desa semasa aku 15 minggu. Wah paling mengejutkan berat badan aku naik 2 ½ kg
dalam masa sebulan. Padahal dalam 5 bulan pertama kenaikan yang sepatutnya
adalah 0.5kg sebulan. Naik yang amat
mendadak. Fuh, mungkin seleraku bertambah-tambah maklumlah aku tiada alahan
semasa mengandung. Cuma aku tidak boleh bau dapur semasa orang memasak.
Maknanya aku memang tak masuk dapurlah. Makku sahaja yang masakkan. Aku juga
tidak boleh makan ayam dan ikan. Aku rasa seperti kembang je tekak nih. Jadi
aku makan seafood sahaja. Itu yang berat badan aku naik mendadak tu kot. Pening
kepala semasa di awal kehamilan juga turut berlaku padaku. Mula-mula di awal
pagi and then selepas 2 minggu, terjadi di malam hari. Maksudnya sepanjang awal
kehamilan, aku memang tidur awal.
Diawal kandungan aku nih, aku
teringin nak makan pizza hut. Manalah aku nak cari pizza hut di Bandar Pusat.
Paling dekatpun Jerantut. Mula-mula aku tak cakap pada sapa-sapapun. Tetiba aku
terlepas cakap dengan makku. Laz2 abah bawak pergi jerantut beli pizza. Tapau je.
Beli yang kecik. Nak hilangkan rasa kepingin. Kesian baby nanti, meleleh air
liur. Wah bila dapat rasa sikitpun dah jadi lega. Cerita kat husband, diapun
kesian, tapi nak wat macammana, husbandku di batu pahat. Kadang-kadang dia rasa
terkilan jugaklah, maklumlah isteri nak, tapi husband tak dapat tunaikan. Ulangtahun
perkahwinanku bersambut dirumah sahaja. Mula- mula planning nak gi Langkawi,
tapi semua tak benarkan, maklumlah 3bulan. Masih berisiko untuk bergerak lasak.
Sampaikan tunda tahun depan. Harijadi mak
mertua celebrate di pizza hut. Memang puas hatilah. Sampai tak terhabis pizza
hutnya. Siap tapau lagi. Aku rasa aku yang paling banyak makan pizzanya. Maklumlah
kepingin tu tak hilang. Sampaikan aku naik muak rasanya.
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)