Monday, December 24, 2012
Wah, dalam masa 3-4 mggu lagi,
aku akan deliver. Berdebar rasanya. Perasaan bercampur baur. Takut, gembira,
semuanya ada menjadi satu. Barang-barang
semua dah prepare, cuma tunggu masa sahaja. Syukur aku dok dengan parents,
walaupun husbandku jauh di selatan. Sekurang-kurangnya ada orang yang
berpengalaman untuk mengendalikannya. Husbandku pun tengah cuak…maklumlah nak
menerima kehadiran orang baru. Tanggunjawabpun makin besar...sama juga dengan
aku. Bermacam-macam perkara berlegar difikiran. Takut apa-apa terjadi dan macam-macam
lagilah. Hanya berserah kepada-Nya semoga segalanya dipermudahkn….Sejak 9 bulan
ni, hampir setiap minggu aku berulang ke klinik desa ataupun klinik kesihatan,
sama ada berjumpa dengan nurse atau doctor.
Setakat yang diberitahu pada
37w…baby dh berada pada laluannya..engaged…maknanya dah x lama lagilah..Katanya
kepala dh di bawah. Itulah merisaukan aku sebelum ni, sebab apa?? Sebab kepala
baby songsang sebelum nih. Berada ditepi. Tawakal dan berdoa banyak-banyak.
Keesokan harinya aku perlu berjumpa doc…Untuk menambahkan kepastiannya lg kita
tengok keputusan scan bagaimana. Semunya boleh nampak. Bermacam-macam dugaan
yang ku terima. Selepas aku berjumpa dengan doc, dh mula menscan baby,
rupa-rupanya kepala baby tak turun. Yang turun hanyalah punggung baby. Owh..tergamam
jugak aku..Fikiran mula bercelaru. Nampaknya aku kena operate. Doc telah
tetapkan tarikh dengan doc hospital temerloh.
Aku kena bersalin 2 minggu awal
dr tarikh yang sepatutnya. Mungkin doc tak mahu kita sakit di bahagian bawah
kalau dh confirm kena operation. Kalau tak, 2 kesakitan yang aku alami. Aku
kena admit 2 hari sebelum operate untuk rujukan pakar. Mana tau kepala baby
boleh berpusing lagi. Tawakal sahajalah. Risikonya takut tali pusat baby
terbelit sahaja. And then tarikh untuk aku bersalin adalah 10/10/12. Maksudnya
aku akan bercuti awal. Habis plan aku sebelum ini. Paper pun x sempat nak
tanda. Semua akan diserahkan pada orang lain. Demi aku dengan baby, walaupun
melepas jugaklahkan. Owh. Berat sungguh dugaanku. Hanya memikirkan perkara ini sahaja membuatkan aku sudah pening
kepala. Jangan sampai darah tinggi sudahlah. Aku menceritakan kepada suamiku
yang jauh berada di selatan. Dia pun terkejut, sebab tak dijangka terjadi
perkara ini. Sebelum ni aku bagitau kandunganku ok, kepala di bawah berdasarkan
pemeriksaan klinik desa. Lagipun 2 minggu awal. Dia terpaksa mengambil cuti
sebelum tarikh operateku. Mujur cutinya masih ada berbaki 5 hari. Owh. Beberapa
hari jjelah nak kena admit. Sentiasa berada difikiran. Kepala ligat
memikirkannya. Selepas pergi ke klinik j2, aku diarahkan ke hospital Bandar Jengka
untuk mengambil pemeriksaan ctg, disebabkan aku breech. Aku ingatkan apalah itu,
rupa-rupanya aku pernah lakukan semasa aku berada di labour room hospital Batu
pahat. Mengambil denyutan jantung dan pergerakan baby. Sekarang aku menghitung
hari untuk sampai ke tarikh itu.
Bila dah tau nak kena admit, aku selesaikan tugas-tugas aku dulu sebelum menyerahkan pada orang lain. Menanda kertas assignmnet dan quiz yang berlambak-lambak dan key in carrymark student. Seminggu tanpa henti mengadap kerja-kerja ni, sampai aku nak termuntah rasanya. Dah naik muak. Akhirnya berjaya aku siapkan. Aku sudah bagitau Ketua Pusat Pengajian dan juga Koordinator tentang aku apa yang terjadi. Supaya dorang dapat planning schedule aku untuk semester depan. Aku jugak makan sepuas-puasnya apa yang aku teringin nak makan. Maklumlah lepas nih kena berpantang lama tambah pulak dengan seafood. Aku siap pesan kat ma suh beli ketam dan masak ketam untukku. Entah kenapa ntah, mungkin aku tak puas makan kat kedai. Preparation untuk aku masuk
hospital, apa lagi aku mencari sumber untuk meminjam buku. Tentu aku kebosanan
di sana.Mujur ada kawan, pinjam jugak 6 buah buku cerita yang tebal-tebal. Sebelum
masuk hospital aku dah habiskan 2 buah buku. Menghabiskan masa yabg terluang. Tinggal 4 buah buku lagi. Ntah sempat
habiskan ke tidak 4 lagi nih..
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)