Wednesday, December 26, 2012
10/10/12
Pagi dalam jam 5 lebih aku dah
dipanggil oleh nurse untuk membuang najis. Aku ingatkan tindakbalasnya lambat,
rupa-rupanya cepat. Terkocoh-kocoh aku ke toilet. Aku suh husband dan parents
bertolak lambat ckit, maklumlah doktor di sini ada perjumpaan dengan orang
tertinggi. Jam 7 lebih, doktor datang melawatku, aku katakan aku batuk. Tapi
doktor berpesan jangan beritahu nanti operation
dibatalkan. So aku diamkan sahaja. Dalam jam 8 lebih doktor datang lagi,
katanya kenapa tekanan darah aku tinggi, pelik jugak aku, aku rasa ok je masa
nurse cek tadi. Rupa-rupanya orang yang giliran pertama. Dalam 8.30 pagi, tiba-tiba
aku jadi orang pertama, bila orang pertama ada masalah. Alamak, husband dan
parents aku tak sampai lagi nih. Mujur jugak dorang bertolak awal. Makin
berdebar-debar maklumlah tiba-tiba jadi orang pertama. Troli untuk tolakku dah
sampai. Mujur parents dan husband sempat sampai. Sebelum aku naik kekatil tuh
aku diberi satu jenis air, rasanya masin. Aku dah tak igt untuk apa. Sempat aku
mintak maaf dengan husband , ma dan abah. Adus sedih rasanya. Di wad bilikku
pun semua tengok…Biarlah pasnih aku dah tak jumpa dorang dah. Aku ditolak untuk
ke bilik pembedahan. Aku menunggu dipintu luar bilik pembedahan. Menunggu
giliran.
Bila start masuk bilik pembedahan
lebih kurang dalam jam 9pagi aku dah terasa kesejukan. Mudah-mudahan segalanya
berjalan lancar. Sebelum masuk ke tempat utama, aku disteril dulu. Tak lama,
sekejap sahaja. Mungkin untuk menghilangkan jangkitan kumanlah kot. Akupun tak
pasti. Kemudian aku ditolak ke tempat utama. Ubat di kedua-dua tanganku
dipasang, wayar di hidung, and then dilekap kedada. Tak silap aku di bilik
pembedahan tuh rasanya adalah dalam 6 orang. 3 lelaki, 3 perempuan x silap
akulah, maklumlah dh tak nampak, cermin mata dibuang. Kemudian aku dicucuk ubat
bius dibelakang badan. Bius separuh badan. Mula-mula masa taklimat aku mintak
bius satu badan, tapi takut ada effect pada baby untuk mengelakkan sebarang
kemungkinan aku bius separuh badan je. Aku mintak penuh, sebab aku risau
batukku saja. Asik batuk je, takut berlaku dalam bilik pembedahan saja. Tak
silapku 2 kali jugak aku dicucuk ubat bius. Sakit jugak rasanya. Kemudian doktor
suruh aku angkatkan kaki. Aku terasa
berat. Maknanya ubat bius dah berkesan. Kemudian mataku ditutup. Tapi telingaku
dapat menangkap perbualan mereka. Kadang-kadang aku tertidur jugaklah. Aku
terasa macam aku disentuh dan ditarik-tarik…Akhirnya aku kedengaran suara bayi…
aku dah dapat anak. Seakan tak percaya rasanya. Kemudian doktor perempuan tunjukkan
padaku, owh seakan dalam mimpi…dia tanya jantina padaku supaya aku lihat
sendiri dengan mataku sendiri dan kemudian dia letak didadaku….sebak jugak
rasanya. Ada jugak aku kedengaran suara-suara kenapa baby air liur meleleh…tapi
aku tak dapat berbuat apa-apa. Kemudian mataku ditutup semula, operasi untuk
menjahit bermula. Bila dah selesai sebelum keluar, aku disteril lagi. Ini
mengambil masa yang lama. Hidungku dah rasa gatal-gatal maklumlah wayar
dihidungku belum dicabut. Di situ walaupun ada wap, aku terasa kesejukan lagi.
Aku tak tahu suhu berapa yang digunakan. Akhirnya aku dibawa keluar. Bayi
diletakkan dibawah kelangkang aku. Bila kuar dari bilik bedah aku terasa loya,
mungkin disebabkan kesan ubat bius. Aku muntah.
BABY GIRL. BERAT 2.8KG
Semua dah menunggu diluar. Mujur
jugak aku keluar time melawat, so bolehlah mak aku uruskan apa yang patut. Aku
dengar husbandku mengazankan dan mengiqamatkan bayi kami. Aku tidak dibenarkan
bergerak selama 5 jam. Sepanjang
menunggu waktu melawat aku asik muntah dan pening. Adoilah mak ku pulak tak
dibenarkan menunggu. Ada sekali tu, baby ku menangis, aku dah lah tak boleh
gerak, aku dok hjg sekali lak tuh, nurse tak dak lak dtg, puas aku menjerit..Geram
betul rasanya. Dahlah kita sakit. Tak sabar nak menunggu time melawat petang.
Masa melawat petang, on time dorang masuk, mak tgk ada najis kat baby, x dak sapa
nk tolong tengokkan…ish geramnya. Dahlah najis baby ni berbisa. Masa tuh aku
dah boleh tggikan kepala. Sebab dah lebih 5 jam…Rindunya aku dengan baby.
Tiba-tiba doctor yang menyambut babyku datang kata babyku ada masalah. Macam
kepala sakit. Katanya masa dia sambut bayiku, kepala bayiku senget, mungkin
urat pendek sebelah. Biar benar. Terkejut jugak semua. Ha sudahlah, petang tu
jugak babyku diletakkan di Nicu. Husbandku carikan makanan untukku bubur nasi.
Mujur ma ada wat spare ikan bakar dan ikan bilis. Aku jamah jugak sikit. Malam nih baby tido di Nicu. Aku pulak masih
tak boleh bangun…Parents dan husband pulang dh lepas mghrib. Mesti parents dan
husband keletihan , maklumlah sepanjang hari berada dihospital.
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)