Wednesday, December 19, 2012
Bila dah 6 bulan nih, rasanya
semua baju keja (baju kurung) dah tak muat. Lebih-lebih lagi seluar jeans.
Maklumlah berat badan naik mendadakkan. 10 kg gitu. Itu baru 6 bulan, kalau 9
bulan entah berapalah. Mujur dah nak dekat puasa, tinggal beberapa minggu je
lagi, so bolehlah cover sikit berat badan tuh. Maknanya aku kena cari uniform yang baru. Nak
beli maxi, confirm singkat, sebab aku tinggi. Kalau aku pakai maxi mesti
terjongketlah, maklumlah perutkan dah ke depan. Penyelesaiannya aku kena cari
jubah. Itulah jalan yang terbaik. Jubah bila-bilapun boleh pakai, tapi tulah kena
beli jubah saiz besar supaya muat sampai 9 bulan. Tapi bila dah bersalin dah
tak boleh pakai jubah tuh, gedoboh pulak. Kalau nak pakai kena tunggu pregnant
kali ke2…tapi entah bila pulakkan. Simpan jelah dulu. Aku beli jugaklah dalam 5
pasang. Siap beli online lg. Malas nak survey kat kedai. Yang lain maksu dan
kakak ipar bagi pinjam. Dorangpun kalau pakai time pregnant, dari dok terperuk
dalam almari lama-lama baik bagi orang pakai. Maxi ada jugaklah aku beli
sehelai je. Yang lain pakai yang orang gak. Aku mengajar pakai jubah je, maxi
bila time berjalan je, maklumlah nanti nampk sangat kesingkatannya bila menulis
di white board kalau pakai maxi.
Result untuk minum air gula dah
keluar. Nampaknya aku terlepas untuk first minum air gula. Tapi aku kena minum
lagi untuk kali ke 2 tetapi tak tahu bila. Date akan ditentukan oleh misi. Bila
dah 6 bulan berat aku dah naik 78.5kg. Dah 10 kg lebih naik….adoilah. Bila
first pregnant ni, tak leh kawal semua benda. Berat badan aku naik sebulan
dalam 2.5 kg. Nampaknya aku kena minum air gula lagi. Dr nak trace sama ada aku
kena kencing manis atau tidak semasa mengandung. Maklumlah aku tak ada
keturunan kencing manis, yang ada adalah darah tinggi je.
Aku dapat temuduga kali ke2 di
Uitm. Alhamdulilah walaupun candidatenya ramai, aku cuba jugak. Untuk subjek
math, ambil masa separuh hari sahaja. Lega bila interview not fully English.
Rasanya banyak bahasa Melayu dari bahasa Inggeris. Itu yang bagusnya..Ha3…2
panel dr Uitm Pahang, dan 1 panel dr Uitm Shah Alam. Rupa-rupanya aku kenal
jugaklah panel nih, lecturer statistic. Diapun familiar dengan muka ku nih,
siap tanya lagi…mudah-mudahan ada rezeki aku kali ini.Rezeki anak ker mana
taukan. Interview kali nih lebih rilex and cool je.
Sebelum Ramadhan, aku dah berjaya
habiskan 1 Al-Quran.Alhamdulillah... Itulah azam aku bila aku pregnant. Bila dah habis 1 Quran,
aku mengamalkan surah Yusof, Maryam dan Luqman. Aku baca bergilir-gilir setiap
hari. Surah Yusof untuk kecantikan, surah Maryam memudahkankan bersalin dan
surah Luqman untuk kebijaksanaan. Mudah-mudahan anakku nanti beroleh kesemuanya.
Amin…Aku juga memperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran setiap malam untuk anak
dalam kandunganku ini
.
Sehari sebelum 1 Ramadhan, aku
pulang ke Batu Pahat dengan Lina. Aritu kami bertolak awal, dalam 10 lebih.
Kelas ke 2 aku cancelkan, maklumlah, studentpun nak balik kampung, apalagi
pensyarahkan. Aku sebenarnya bergegas mau pergi klinik Batu Pahat. Entah sempat
ke tidak. Time tuh ramai yang balik, maklumlah first puasa bersama-sama family,
aku pulak nak puasa dengan husband. Sampai Melaka husbandku terus ambil, dan
kami terus pergi ke klinik Azlina nak scan, nak tau jantina baby, masa tuh dah
26 w. Nak g malam risau tutup, masatuh org dah mula terawih. Katanya kalau dah
4 bulan dah tahu jantina. Bila sampai di klinik, seperti biasa menunggu
giliran. Husband dan aku masuk sekali. Bila di scan katanya perempuan. Owh anakku
perempuan. Tak kisah asalkan sihat babynya. Kata doktor, bayiku ni songsang
lagi. Bilalah baby nak turun nih. Jangan risaukan mama yer.
Keesokannya puasa, maknanya first
time aku mengandung dalam bulan puasa. Entah larat ke tidak. Cuba jelah.
Maklumlah sebelum nih, mulut tak pernah berhenti makan. Jadi tahun nih aku
bolehlah puasa penuh. Fisrt puasa di Batu Pahat. Kebetulan pulak time tuh jatuh
hari sabtu. Dapatlah aku bersahur dan berbuka puasa dibelah mertua.First puasa jugaklah abgku
accident di Genting Highland sekeluarga, termasuk adikku. Hajat mahu berbuka
bersama parents, tapi lain lak yg jadinya.Teruk jugak kereta. Risaunya dengan
akak ipar. Maklumlah diapun tengah pregnant jugak…Keesokkannya parents pergi
Kalumpang nak tengok apa yang terjadi sambil nak ambil adikku. Maklumlah dah
seminggu dia di sana. Aku pula pulang selalunya sampai di Uitm abh yang ambik,
tapi kali ni, Lina kena hantar sampai ke UJ. Aku masak yang ringkas2 je,
maklumlah buka posa sorang-sorang, mek bagi jugak lauk untukku
Semasa 27w aku mengalami batuk yang sangat teruk, sampaikan aku sakit dibahagian perut. Risau jugak aku, maklumlah takut terjadi apa-apa pada kandunganku nih. Aku mengajak husbandku ke klinik Shaik untuk memeriksa kandunganku, risau kalau terjadi apa-apa. Alhamdulillah kandungan aku ok. Bila kandungan dah membesar, effect pada bayi kurang melainkan pada peringkat mula-mula.Kedudukan bayi masih lagi sama seperti mula-mula aku scan pertama dulu. Tak berubah, cuma berat baby yang bertambah. 27 w aku kena cucuk att dos 1.
Semua orang kena cucuk tuh untuk apa aku dah tak ingat, tapi adalah mengenai
besi masa bersalin ke apa ntah, tak tahu pulak aku nak explain. Sakit jugak
rasanya. Terasa jugaklahkan. Kemudian aku kena minum air gula lagi. Sah-sahlah
bulan puasa kena minum air gula jawabnya tak puasalah aku, melainkan puasa dr
jam 10 mlm and then berbuka pas ambik darah kali ke2. Bila aku sampai ke sana,
gula pulak hbs. Boleh pulak macam tuh. Kan dah sia-sia satu hari. Nak posa mmg
x laratlh, sbb x bersahur. Lepas tuh suruh datang keeesokan harinya lagi untuk
minum air gula. Air gula x dak lagi. Kalau dah tau x boleh dapat dalam minggu
tuh, x payahlah suruh datang. Kan merugikan puasa aku. Kemudian aku kena jumpa
sekali lagi dengan doktor. Biasalah bila kena pergi j2 aku memang kena awal,
maklumlah mesti ramai patientnyalah. Hahaha aku jadi orang pertama. Walaupun
orang pertama, doktor jam 9 lebih baru masuk, so tunggu jelahkan, aku seperti
biasa bawaklah keja kesana, dr aku dok melangutkan, seperi biasa tanda kertas.
Bila aku jumpa dr, katanya kandungan aku songsang. Risau jugak, tapi katanya
boleh trn lagi, maklumlah baby dalam perut nih memang nak sentiasa
bergerak-gerak.
Masa 6 ½ bulan, aku dah kena
ambil catatan gerakan janin. Yang pasti aku memang kurang merasai gerakan itu,
tambah lak bila time mengajar. Orang cakap rasa tapi aku tidak. So aku pun seperti
biasalah catatkan tipu2 ckit. Risau jugak sebenarnya, maklumlah kalau jadi
apa-apakan dalam perut tuh mana kita taukan. Moga-moga tidak jadi apa-apa.
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)