Monday, December 24, 2012
Bila kandungan masih lagi
menyongsang, aku cuba wat rawatan tradisional. Kalau ikut rawatan moden, tak
dibenarkan mengurut takut terjadi apa-apa. Tapi bila dah keadaan macam ni, aku
dan parents pergi ke jengka 12 untuk pergi berurut nak turunkan kepala bayi. 30
minit jugak bidan betulkan kedudukan
bayi dalam perutku. Katanya belah kiri aku kosong. Semua berada belah kanan.
Aku dengar jelah, aku buka tau sangatkan. Seminggu lepas tuh aku kena datang
lagi kesana, nak tahu kedudukan bayi macam mana. Patutnya nak adjust kedudukan bayi
nih kena datang masa 6 atau 7 bulan. Tapi ma tak teringat pulak. Bila kandungan
dah besar payah sebab dah sempit ruang dalam perut aku nih. Seminggu kemudian
pergi lagi, bidan cakap patutnya bayi ni dah turun, tapi tak jugak macam ada
benda yang tersekat. Cuma berdoa jelah mudah-mudahan dia turun. Diberi air penawar supaya dipermudahkan
segalanya. Aku pergi ke klinik desa katanya dah turun lega jugak aku. Mereka
periksa guna tangan, kepala dah turun ditempat ruang yang sepatutnya.
Bila kandungan semakin membesar,
aku jugak dah tak lena nak tido. Tak tahu kenapa..automatik je..Seringkali
terjaga jam 3 atau 4 pg. Aku jugak seringkali batuk dan kadangkala menyebabkan
lelah. Risau jugak aku, kalau terjadi masa bersalin nanti.Lagipun aku tak
bagitau klinik yang aku lelah. Bila keadaan berterusan, aku pergi klinik desa,
buat rawatan. Ambil tekanan darah tinggi sebab aku selalu pening. Klinik desa
kata ok, kemudian pergi j2 untuk ambil ubat batuk, sebab aku batuk teruk di
awal pagi selepas bgn tido. Kadang-kadang aku tak boleh tido semula, sebab
semput.
Ujian air gula dah keluar,
nampaknya aku tersangkut untuk ujian ke2. Aku kena pergi ambik darah 4 kali
sehari setiap 2 minggu untuk buat bsp. Penat jugak rasanya berulang alik ke
klinik desa.Bila buat bsp, kandungan gula aku ok je..control je..tak pernah
cecah 6..around 3.5-5-5 saja. Tapi nak wat macam mana dah nak kena, terima
jelah, ikut aje arahannya.
Bila dh 8 bulan, tiba-tiba aku teringin nak
makan seafood. Dahalah masa nih, berjalanpun x larat dah. Cepat termengah-mengah.
Di Pahang manalah nak cari seafood yang sedap kalau bukan di Tanjumg Lumpur.
Walaupun pagi tuh tak sihat, berulang kali ke toilet, gagahkan jugak nk g
kuantan. Dah lama jugak aku tak pergi Kuantan. Dah nak dekat setahun. Bila dah
tengahari rasanya badan dh sihat, selepas zohor kami berempat pergi ke Kuantan.
Maklumlah nak lepaskan kempunan. Singgah umah moksu jap hantar barang dan
solat, baru pergi East Coast Mall nak cari minyak wangi dulu. Bila dh 6 lebih
baru pergi Tanjung Lumpur. Menu utama ikan kerapu 3 rasa, sotong celup tepung,
udang masak merah, sayur kailan and tom yam campur. Memang puas hati, siap
bertambah lagi. Perut kenyang. Singgah solat di masjid berdekatan. Kemudian
sebelum balik singgah Giant. Lama jugak. Dapat jugak baby baju yer disitu. Kami sampai dirumah jam 10lebih. Mujur
husband yang bawak. Kalau abah memang dh tak boleh bawak mlm2 ni. Balik2 dh
kepenatan. Masing-masing terus tido. Apa2pun apa yang aku teringin dapat
harini.
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)