Friday, December 28, 2012
13/10/12
Pagi ma uruskan baby dan juga
aku. Nurse datang dalam jam 10 untuk melihat kesihatan bayi dan juga aku. Takut
kuning katanya. Biasanya baby yang baru lahir cepat kena kuning. Husbandku
pulak ke Bandar Jengka untuk membeli barang-barang yang kukirim. Bila nurse
cek, bayiku kena pergi ke jengka 2 untuk ambil darah. Kuning katanya. Aku dan makku bersiap-siap. Aku telefon suamiku
supaya hantar ke J2. Kelam kabut jugak. Sebab Klinik Kesihatan J2 buka sekejap
sahaja. Husbandku patah balik semula ke rumah. Kuning bayiku dalam 11. Keesokann
harinya kena pergi lagi. Ma bagi anggur hijau untuk mengurangkan kuning. Mandikan
baby dengan air daun belimbing dan daun inai. Tak mahu aku nak dok hospital.
Baik dok umah berulang g ambik darah. Ada jugak orang nak jaga aku dan baby. Kalau
di hospital semua diuruskan sendiri. Dahlah tengah sakit.
Petang mak mertua dan adik iparku
sampai dari Batu Pahat. Melihat cucu baru. Aku tak melayan sangat sebab aku masih
tak bermaya lagi. Makku jugak sibuk di
dapur. Abang sekeluarga dari Kalumpangpun balik untuk melihat aku dan baby.
Jadi akak iparku yang melayan. Maklumlah sama-sama jawa. Mak bawakan ikan
haruan untukku. Adalah dalam 7 ekor yang hidup-hidup. Walaupun aku tak pernah makan, dipaksanya
jugak makan untuk cepat sembuh. Fuh kembang tekak jugak rasanya. Ditahankan aje.
Hu…hu..hu. Makan berpantang. Aku hanya makan bubur nasi +sup ikan haruan +ikan
bilis. Itu saja. Memang betul-betul tak berselera. Dah nama sakitkan.Petang itu,
kawan nini ada jugak datang. Sambil melawat nini dan bayiku. Mereka pernah
datang semasa majlis tunang aku dahulu. Malam tuh aku batuk teruk, sakit perut
aku..Hu3 berdenyut2…so ma yang banyak uruskan bayiku. Mak mertua aku jugak
temankan aku juga tidur diluar. Hari ni saja baby aku dah dapat 4 hadiah. Wow..sekali
dapat terus banyak yer baby…
Kak Nora: Hamper Anakku
Kak Nora: Hamper Anakku
Nini: Set Tilam
Raidah(kawan Nini): Barangan
Disnep
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)